ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  ​TACONIC BIOSCIENCES MEMPEROLEH LESEN CRISPR DARIPADA ERS GENOMICS

Thursday 01/06/2017



HUDSON, N.Y., 1 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian pelesenan dengan ERS Genomics (“ERS”) untuk menggunakan teknologi CRISPR-Cas9 syarikat itu bagi menjana model murin yang unik.

Di bawah perjanjian itu, Taconic menerima lesen bukan eksklusif yang bersifat global bagi paten CRISPR-Cas9 yang sering dirujuk sebagai “paten UC Berkeley.” Pengasas ERS Genomics, Emmanuelle Charpentier, merupakan pencipta bersama untuk teknologi CRISPR-Cas9. Perjanjian dengan ERS ini melengkapi platform perkhidmatan CRISPR Taconic, sebagai penambahan kepada lesennya yang sedia ada dengan Broad Institute yang sedia ada. Pemegangan lesen daripada kedua-dua kumpulan memberikan capaian kepada Taconic untuk menggunakan semua jenis sel dan spesis tikus, yang merupakan suatu pencapaian luar biasa dalam bidang model haiwan.

“Tidak dapat disangkal bahawa CRISPR-Cas9 telah mengubah sama sekali pengeditan gen serta penemuan ubat-ubatan. Penambahan teknologi ERS kepada platform CRISPR Taconic yang sedia ada membolehkan syarikat menonjol dalam kalangan pesaing dengan menawarkan platform CRISPR yang berlesen penuh dan menyeluruh,” kongsi Dr. John Couse, pengarah reka bentuk terubah suai secara genetik dalam Taconic Biosciences.

“Kami amat gembira untuk menambah Taconic dalam senarai pemilik lesen kami kerana ia menggerakkan matlamat kami untuk membuatkan teknologi ini lebih mudah dicapai dengan lebih luas dan Taconic semestinya merupakan peneraju yang diiktiraf di seluruh dunia dalam bidang model haiwan,” kata Eric Rhodes, ketua pegawai eksekutif ERS. 

Taconic merupakan penyedia berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model roden dan telah memiliki pengalaman reka bentuk model selama dua puluh tahun. Syarikat ini menyediakan teknologi penyahaktifan gen, mutasi atau penggantian gen, ekspresi transgen, RNAi, dan pengeditan gen melalui CRISPR-Cas9, suntikan pronuklear dan teknologi penggabungan semula homologus untuk memastikan bahawa alat yang betul telah digunakan untuk setiap projek khusus pelanggan. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan yang lancar daripada proses reka bentuk sehingga pengurusan pembiakan dan koloni, memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Perkhidmatan saintifik ini termasuk pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, persediaan, dan pengedaran model tereka bentuk secara genetik ke mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjanaan model tersuai Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, atau +45 70 23 04 05 di Eropah, atau menghantar e-mel kepada info@taconic.com.

Mengenai Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences merupakan peneraju global berlesen penuh bagi model dan perkhidmatan roden tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga di serata dunia.  Sebagai pakar bagi model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga buah makmal perkhidmatan dan enam buah kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan hampir ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER : Taconic Biosciences

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.