|
|
|
|
|
|
TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR 4-SALURAN H-BRIDGE DENGAN PENILAIAN MAKSIMUM 40V DAN 3.5A
Thursday 01/06/2017
TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TB67H452FTG," sebuah IC pemacu motor 4-saluran H-bridge yang menawarkan voltan 40V yang tinggi dan arus 3.5A. IC baharu itu adalah sesuai untuk produk pengguna yang kecil. Penghantaran bermula hari ini. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, lebih banyak produk memerlukan arus pemacu tinggi dengan voltan bekalan kuasa yang rendah, terutamanya barangan pengguna yang kecil seperti kamera digital, peralatan elektrik, komputer riba, tablet dan robot domestik yang kecil. IC baharu itu boleh membekalkan sebuah arus output sehingga 3.5A dengan voltan bekalan berkuasa rendah, yang amat sesuai untuk aplikasi yang dijanakan oleh bateri, seperti bekalan kuasa 7.2V untuk robot domestik yang kecil, peralatan elektrik dan kamera pengawasan. IC pemacu motor baharu itu mempunyai kedua-dua pemacu motor berus DC dan antara muka pemacu stepping motor, yang memungkinkan kombinasi seperti dua saluran motor berus DC dan satu saluran stepping motor. Pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih daripada satu barisan yang menyokong pelbagai jenis peranti. Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan pelbagai portfolio bagi pemacu motor yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran. Ciri-ciri Utama bagi Produk Baharu
1. Arus pemacu tinggi dengan voltan bekalan kuasa yang rendah Sesuai untuk aplikasi yang memerlukan arus yang tinggi dengan voltan kuasa yang rendah. 2. Memacukan dua motor atau lebih Boleh memacukan sehingga empat berus motor serentak; dalam mod stepping motor, boleh memacukan dua stepping motor serentak.
3. Pakej kecil Pembungkusan di dalam sebuah pakej QFN yang kecil menyokong pelanggan dalam mengurangkan masalah haba dan memudahkan corak reka bentuk PCB untuk mengendalikan pelesapan haba. Di samping itu merealisasikan satu penyelesaian yang mampu milik dari segi ruang dan kos. 4. Penjanaan haba rendah Penjanaan haba untuk sebuah pemacu 2-saluran serentak dikurangkan oleh rintangan yang rendah (0.6 Ω atau kurang (atas + rendah)).
5. Penggunaan kuasa yang rendah Sebuah fungsi tidur terbina dalam oleh kawalan pin luaran mengurangkan penggunaan arus IC semasa siap sedia. 6. Litar pengesanan kesilapan terbina dalam Menggabungkan penutupan haba dan litar pengesanan lebihan arus. Keselamatan dan kebolehpercayaan bagi peralatan itu dipertingkatkan oleh isyarat kesilapan (ERR) yang dihasilkan semasa operasi.
| | Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB67H452FTG®ion=apc&lang=en Untuk maklumat lanjut mengenai pemacu motor Toshiba, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver.html Pertanyaan Pelanggan: Jabatan Jualan dan Pemasaran IC Isyarat Bercampur Tel: +81-44-548-2821 https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat mengenai Toshiba Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik. Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51568028&lang=en Hubungi Pertanyaan Media: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company Jabatan Pemasaran Digital Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963 semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di: http://www.businesswire.com/news/home/20170531006583/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA |
|
|
|
|
|