ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  85% DARIPADA PELAWAT TAMAN TEMA MAHUKAN SEBUAH SISTEM KECERDASAN BUATAN

Thursday 08/06/2017



Pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun dan Malaysia mahu kecerdasan buatan untuk mengesahkan ID mereka dengan mengecam ciri-ciri fizikal - menghapuskan faktor kerumitan daripada kunjungan ke taman tema

BASINGSTOKE, England, 8 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 85% daripada pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun dan Malaysia mahu taman tema untuk menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) bagi pengesahan ID supaya lawatan mereka sebaik mungkin adalah bebas daripada masalah, demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh Omnico.

Pelawat China adalah yang paling berminat, dengan 92% memihak untuk membolehkan sistem AI mengenali mereka dengan menggunakan ciri-ciri fizikal. Walaupun pengecaman hujung jari adalah kaedah individu yang paling popular bagi pengesahan merentasi lima buah negara (dipilih oleh 32%), China adalah berkecuali, dengan pengecaman wajah menjadi pilihan nombor satu di kalangan pengunjung (41%). Pengecaman tapak tangan digemari oleh hanya 15% secara keseluruhan.

Perangkaan itu adalah daripada Barometer Taman Tema Omnico, yang meninjau jangkaan 3,470 orang pengguna di lima buah negara yang telah melawat sebuah taman dalam tempoh dua tahun yang lalu.

"Pelawat taman tema mahu menjadi sebahagian daripada revolusi di dalam teknologi," kata Mel Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Omnico. "Semua orang boleh melihat bagaimana AI dan kemajuan lain seperti maya dan realiti yang diperkukuhkan akan dapat melenyapkan kerumitan daripada kunjungan itu. Masanya sudah tiba bagi pengendali untuk mengiktiraf bahawa teknologi adalah penting untuk memberikan pengunjung pengalaman menyeluruh yang menyeronokkan yang dituntut oleh mereka sekarang."

Kaji selidik itu mendapati bahawa 89% daripada pelawat di lima buah negara itu mahu teknologi realiti maya untuk membantu mereka mendapatkan lebih banyak daripada kunjungan ke taman tema dengan menggunakan fon kepala untuk memilih tunggangan (dipilih oleh 37%), restoran, bilik hotel dan cenderahati, untuk mendapatkan pandangan dari udara mengenai taman itu semasa tiba (36%).

Pelawat China adalah yang paling bersemangat untuk potensi bagi VR, dengan 98% berkata mereka mahu melihat ia diintegrasikan ke dalam taman tema. Penggunaan yang paling popular untuk VR di China adalah untuk mendapatkan pemandangan mengenai taman itu (53%), manakala di Amerika Syarikat dan United Kingdom ia adalah untuk memilih tunggangan (masing-masing 42% dan 34%). Responden Jepun kurang bersemangat, dengan penggunaan yang paling popular untuk VR adalah untuk membantu memilih restoran (34%). Bagi rakyat Malaysia penggunaan terbaik untuk VR adalah untuk membantu memilih restoran dan bilik hotel (50% bagi setiap satu).

Maklumat mengenai Omnico:

Teknologi Omnico yang berasaskan Awan memberi kuasa kepada POS dan penyelesaian penglibatan pelanggan merentasi sektor runcit, destinasi dan hospitaliti.

www.omnicogroup.com

Laporan penuh - www.omnicogroup.com/insights

Hubungi

Kumpulan Omnico
Kathryn Finch, Pengurus Perhubungan Awam
+441256365904

Sumber: Omnico

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51570289&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.