ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MEMPERKENALKAN SALUTAN TAHAN LELASAN BOLEH DIBENTUK TERMA FORMGARD (TM) 100

Friday 09/06/2017



IRVINE, Calif., 9 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SDC Technologies, Inc. (SDC), iaitu peneraju global yang diiktiraf dalam salutan tahan lelasan berprestasi tinggi, mengumumkan pelancaran salutan tahan lelasan boleh dibentuk terma FormGard 100 yang direka untuk pelekatan bebas primer bagi substrat polikarbonat. FormGard 100 adalah salutan yang boleh diawet secara terma dan bertekstur jelas yang boleh dibentuk sejuk atau dibentuk langsir selepas diawet untuk membuat bahagian tiga dimensi jelas bagi pelbagai pasaran termasuk automotif/transit, pembinaan & pembangunan dan keselamatan.

“Salutan FormGard 100 yang boleh dibentuk dan bebas primer menawarkan gabungan kejelasan optik, keupayaan untuk dibentuk terma, keupayaan untuk tahan haus dan tahan lelasan yang terbaik dalam industri bagi kepingan polikarbonat,” ujar Dr. Sapna Blackburn, Naib Presiden bahagian Teknologi untuk SDC Technologies, Inc. “Atribut ini menjadikan FormGard pilihan yang terbaik untuk pembuatan perisai angin/tingkap kaca, lampu depan dan tolok bagi motosikal, kenderaan automobil dan transit serta untuk pembuatan ruang seni bina,” tambah Dr. Blackburn. 

FormGard 100
Jelas dari segi optik dan mematuhi REACH, FormGard 100 adalah generasi mendatang bagi salutan boleh dibentuk berprestasi tinggi yang termaju. Ia boleh dibentuk terma sehingga jejari 2” radius.  Salutan FormGard dihasilkan di dalam kemudahan pembuatan yang tercanggih dan bersijil ISO 9001:2008 SDC untuk memastikan kualiti yang konsisten.

Ciri-ciri:
- Pelekatan bebas primer kepada polikarbonat yang baik
- Memberikan keupayaan tahan calar yang hebat
- Direka untuk penggunaan salutan aliran

Penggunaan:
SENI BINA & BANGUNAN
- Kubah, Bumbung & Jendela Langit, pencahayaan
- Perhentian Bas Berpelindung & Papan Tanda Luar

AUTOMOTIF & TRANSIT
- Lampu depan, Pencahayaan & Tingkap
- Perisai Angin, Lelangit & Bumbung Matahari
- Himpunan & Tolok Instrumen

PENERBANGAN & AEROANGKASA
- Lelangit, Tingkap Kabin & Pencahayaan
- Instrumen Kokpit & Sistem Navigasi

ELEKTRONIK
- Kamera Keselamatan

CERMIN MATA PERLINDUNGAN
- Visor Keselamatan, Topeng Muka, Pelindung & Gogal

Klik di bawah untuk memuat turun maklumat produk berikut:

Sorotan Sut Produk FormGard

Ketersediaan
FormGard boleh didapati terus dari SDC Technologies. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami di customercare@sdctech.com atau hubungi talian di +1-714-939-8300 

MENGENAI SDC TECHNOLOGIES 

SDC Technologies, Inc. diasaskan pada 1986 dan beribu pejabat di Irvine, California. SDC telah diperoleh oleh Mitsui Chemicals, Inc. pada 2008. SDC merupakan perintis salutan tahan lelasan berdasarkan prestasi inovatif yang digunakan dalam pelbagai penggunaan daripada bahagian pembinaan aeroangkasa dan automotif sehinggalah cermin mata perlindungan.

FormGard™ ialah tanda dagangan SDC Technologies, Inc.  

SUMBER : SDC Technologies, Inc.  

Hubungan:
+1-714-939-8300
customercare@sdctech.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.