ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  HERBALIFE NUTRITION MEMBUKTIKAN KOMITMEN TERHADAP INDUSTRI SUKAN VIETNAM SEBAGAI PENAJA PEMAKANAN RASMI BAGI JAWATANKUASA OLIMPIK DAN PARALIMPIK VIETNAM

Friday 09/06/2017



HANOI, Vietnam, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat nutrisi bertaraf dunia yang unggul, Herbalife (NYSE:HLF), telah sekali lagi membuktikan komitmennya yang berpanjangan terhadap industri sukan Vietnam dengan menandatangani perjanjian penajaan pemakanan rasmi lima tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Vietnam (VPC) hari ini. Pemeteraian perjanjian penajaan pemakanan tersebut sebelum Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017 bermula menandakan permulaan  membuka jalan bagi Herbalife Nutrition untuk menyediakan produk pemakanan sukan, latihan pemakanan, anugerah dan insentif untuk menyokong atlet-atlet Vietnam yang bakal beraksi bagi dua acara sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun ini.

Sebagai Penaja Pemakanan Rasmi bagi VOC dan VPC, Herbalife Nutrition akan menyediakan:
  • Latihan pemakanan sukan untuk atlet Vietnam yang bakal beraksi pada Sukan SEA 2017 dan Sukan Paralimpik ASEAN 2017,
  • Produk pemakanan sukan dari Herbalife 24 dan barisan produk Pemakanan yang disasarkan,
  • Anugerah bagi 10 pemenang pingat emas yang pertama dari Vietnam yang beraksi di Sukan SEA 2017, dan 10 pemenang pingat emas yang pertama dari Vietnam yang beraksi di Sukan Paralimpik 2017.
  • Peluang untuk atlet dan jurulatih terpilih untuk menerima pendidikan pemakanan sukan di Amerika Syarikat.
Kerjasama lima tahun tersebut yang bermula dari tahun 2017 hingga 2021 juga mengesahkan kedudukan Herbalife Nutrition sebagai Penaja Pemakanan Rasmi untuk atlet Vietnam yang akan beraksi pada Sukan ASIA 2018, Sukan SEA 2019-2021, Sukan Paralimpik ASEAN 2019-2021, Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020.

"Herbalife Nutrition amat gembira dan berbesar hati untuk terus menjadi Rakan Nutrisi Rasmi bagi Jawatankuasa Olimpik Vietnam dan Jawatankuasa Paralimpik Vietnam. Sebagai sebuah syarikat nutrisi global dengan komitmen untuk menyediakan produk pemakanan terbaik bagi atlet di seluruh dunia, kami percaya bahawa kami berkebolehan menyokong komuniti sukan Vietnam dengan kepakaran dan produk pemakanan kami yang disokong oleh sains, untuk mengalakkan mereka untuk mencapai prestasi yang terbaik di dalam bidang sukan," kata Cik Shobie Ann King, Naib Presiden, Asia Tenggara di Herbalife Nutrition.

Kerjasama Herbalife Nutrition yang pertama merupakan kerjasama dengan Pentadbiran Sukan Vietnam pada tahun 2012.
 
Terbaharu pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio, pasukan Vietnam telah memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak – satu pencapaian terbaik oleh pasukan Olimpik Vietnam. Pasukan Paralimpik Vietnam juga menghasilkan persembahan yang mengagumkan dengan meraih satu pingat emas, satu perak dan dua pingat gangsa pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio.

"Industri sukan Vietnam telah membuat beberapa kemajuan dan pencapaian yang luar biasa, dan kami gembira bahawa Herbalife Nutrition telah membuat sumbangan yang penuh bermakna kepada pencapaian yang mengagumkan ini," kata Encik Tran Van Manh, Ketua Setiausaha bagi Jawatankuasa Olimpik Vietnam. "Dengan bantuan produk pemakanan Herbalife Nutrition yang berkualiti tinggi, atlet-atlet Vietnam telah mendapat tenaga dan kesegaran yang mencukupi sebagai persediaan untuk pertandingan sukan antarabangsa. Sesi latihan Herbalife Nutrition melalui pakar-pakar pemakanan mereka juga telah membantu untuk melengkapkan atlet kami dengan pengetahuan yang berharga kepada pembangunan diet dengan falsafah pemakanan yang seimbang. Ini bukan sahaja membantu untuk meningkatkan kecergasan fizikal mereka, ia juga membolehkan mereka berada dalam keadaan minda yang terbaik untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya di dalam acara-acara sukan," kata beliau.

"Hasil daripada peningkatan luar biasa yang dibuat di dalam kaedah pemakanan dan amalan, pasukan Paralimpik Vietnam mencapai keputusan cemerlang di dalam arena antarabangsa pada tahun lalu, yang membanggakan para rakyat Vietnam. Dengan sokongan berterusan daripada pakar-pakar dan penaja perkongsian kerjasama kami, kami menjangkakan atlet kami dapat terus meningkatkan prestasi kesukanan mereka, memecahkan rekod dan menyaksikan kejayaan cemerlang di dalam pencapaian pada tahun ini," kata Encik Pham Van Tuan, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Vietnam.

Maklumat mengenai Herbalife

Herbalife Nutrition adalah sebuah syarikat nutrisi bertaraf global yang matlamatnya adalah untuk membuat dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat itu telah melaksanakan satu misi bagi pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai dengan produk & program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Bersama-sama dengan ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah pemakanan tidak sihat dan obesiti di seluruh dunia, sebuah populasi yang semakin menua, kos penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi dan satu peningkatan di dalam usahawan di semua peringkat umur. Kami menawarkan produk-produk yang disokong oleh sains dan berkualiti tinggi, sebahagian besarnya dihasilkan di kilang yang dikendalikan oleh  Syarikat, bimbingan satu dengan satu dengan ahli persendirian Herbalife Nutrition, dan satu pendekatan komuniti yang menyokong yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif.

Produk sasaran pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kesihatan dan penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif daripada dan melalui ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berdedikasi di lebih 90 buah negara.

Melalui usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat mereka, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa nutrisi yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Syarikat itu juga berbangga untuk menaja lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai pasukan Olimpik.

Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Syarikat itu juga menggalakkan pelabur untuk melayari laman web perhubungan pelabur mereka di ir.herbalife.com memandangkan maklumat kewangan dan maklumat lain seringkali dikemaskini dan maklumat baharu dipaparkan.

Hubungi

Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw, +852-3589-2643
Naib Presiden, Perhubungan Korporat
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife Asia Pasifik
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170606005633/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.