ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN PENGALAMAN KIMONO (YUKATA) KASUAL

Tuesday 13/06/2017



Menyediakan Pengalaman Budaya Yang Lebih Kaya bagi Tetamu Luar Negara 

TOKYO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan bekerjasama dengan JTB Japan Travel Corp. dan Keio Department Store Co., Ltd. untuk menyediakan “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” sebagai sebahagian daripada "Pelan Jelajah Matahari Terbit” Kumpulan JTB yang mensasarkan pelawat luar negara dari 13 Jun, 2017. Kakitangan hotel kami akan menyediakan yukata (kimono kasual) Jepun untuk disewa dan akan membantu tetamu mengambil gambar di dalam hotel kami. Selepas itu, tetamu boleh memakai yukata mereka untuk melawat pelbagai destinasi di luar hotel kami. Perkhidmatan ini disediakan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan bagi pengunjung luar negara dengan memenuhi keinginan mereka yang semakin meningkat untuk mengalami budaya Jepun, dan merupakan satu daripada pelbagai program pengalaman yang ditawarkan oleh hotel kami termasuk pengalaman memakai kimono perkahwinan Jepun, pengalaman upacara minum teh dan acara-acara lain. 

Dua buah pelan akan ditawarkan, termasuk pelan yukata standard bagi kedua-dua tetamu lelaki dan wanita (JPY5,400 bagi setiap tetamu) dan pelan yukata premium bagi tetamu wanita (JPY7,000 bagi setiap tetamu). Kedua-dua pelan termasuk aksesori tradisional Jepun termasuk kasut "geta", sikat rambut hiasan "kanzashi", dan beg tangan "kinchaku". Tempahan bagi program pengalaman ini akan mula dibuat bermula dari 13 Jun, 2017 di meja Jelajah Matahari Terbit JTB di dalam hotel kami dan melalui laman web. Yukata yang disewa dan bantuan dalam memakainya akan disediakan di "Pejabat Kostum Gedung Serbaneka Keio" yang terletak di tingkat tiga di hotel berkenaan. Di samping itu, kakitangan akan membantu tetamu untuk mengambil gambar di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang indah di dalam hotel kami sebelum meninggalkan hotel untuk menikmati pelbagai destinasi di sekitar Tokyo dengan berpakaian yukata.

Hakikat bahawa pengunjung luar negara dari lebih 100 buah negara yang berlainan menyumbang kira-kira 75% daripada jumlah tetamu mencerminkan usaha oleh Keio Plaza Hotel untuk membuat penginapan tetamu selesa dan menyeronokkan sedaya mungkin melalui penyediaan pelbagai program pengalaman budaya Jepun termasuk persembahan hap Jepun "koto", pameran kraf Jepun, dan upacara minum teh, selain daripada Wi-Fi percuma, kemudahan pertukaran bagi 14 mata wang asing yang berlainan dan perkhidmatan lain. “Pelan Pengalaman Kimono (Yukata) Mudah” telah diwujudkan sebagai respons kepada populariti “Pelan Pengalaman Perkahwinan Kimono Jepun” yang dimulakan pada Oktober 2015 dan untuk menyediakan kepada tetamu dengan satu cara yang lebih kasual untuk mengalami fesyen tradisional Jepun. 

Versi Lengkap bagi Siaran Berita

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
 
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170612005407/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.