ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN CHAINSMOKERS SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL BAGI PAKAIAN LELAKI TOMMY HILFIGER

Tuesday 13/06/2017



Bermula pada Musim Luruh 2017, pasangan pemuzik/penerbit Amerika yang terkenal di peringkat antarabangsa, The Chainsmokers, akan muncul sebagai duta jenama global bagi pakaian lelaki 'Tommy Hilfiger’.

AMSTERDAM,  13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan Alex Pall dan Andrew (Drew) Taggart -- dikenali di peringkat dunia sebagai pasangan muzik pop yang termasyhur, The Chainsmokers -- akan muncul sebagai duta jenama global untuk pakaian lelaki Tommy Hilfiger, termasuk Hilfiger Edition, Tommy Hilfiger Tailored dan pakaian sukan Tommy Hilfiger, bermula pada Musim Luruh 2017.  Pasangan itu yang telah memenangi anugerah Grammy membawa satu sentuhan moden dan berunsur remaja kepada legasi jenama pakaian lelaki global yang berusia lebih 30 tahun itu.

"The Chainsmokers berada di tengah-tengah budaya pop moden dan muzik mereka bergema dengan penonton global," kata Tommy Hilfiger. "Saya mengagumi cara mereka mengukir satu nic baharu yang menggabungkan indie, pop, tarian, dan hip-hop. Alex dan Drew sesungguhnya merupakan definisi yang sempurna bagi Tommy Guy pada hari ini -- berbakat, penuh yakin, bunyi-bunyian yang unik dan tenang menjadikan mereka begitu menonjol di dalam dunia muzik. Kami amat teruja untuk bekerja dengan mereka di dalam ruang fesyen ini."

"Pendekatan perintis Tommy kepada menggabungkan fesyen dan muzik adalah sebahagian daripada warisan pakaian lelaki kami," kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. "Perkongsian kami dengan The Chainsmokers mencerminkan komitmen strategik syarikat itu untuk membawa generasi pengguna Tommy Hilfiger yang akan datang ke dalam perniagaan lelaki kami dengan koleksi fesyen yang menarik, pengalaman beli-belah terpilih, dan kemudahan perdagangan digital. Kategori pakaian lelaki kami kekal sebagai satu bidang tumpuan yang utama ketika kami melihat untuk membuka potensi sepenuhnya bagi jenama Tommy Hilfiger di setiap wilayah di seluruh pelusuk dunia."

Ditubuhkan pada tahun 2012, The Chainsmokers telah menjual lebih 10 juta singles dan pada masa ini merupakan artis nombor tiga yang paling ditonton secara dalam talian di dunia. Pada tahun 2017, pasangan itu telah memenangi Grammy untuk Rakaman Tarian Terbaik dengan "Don’t Let Me Down," yang menampilkan Daya, dan single mereka "Closer," yang menampilkan Halsey, telah diiktiraf sebagai Kolaborasi Utama yang Terbaik untuk Tahun itu pada Anugerah Muzik Billboard. Ia juga merupakan video lirik yang pertama di dalam sejarah yang melepasi satu bilion tontonan di YouTube.

"Seperti Tommy Hilfiger, kami sentiasa percaya di dalam meraikan keindividuan dan melanggari kelaziman," kata The Chainsmokers. "Tommy membuka jalan bagi kerjasama di antara fesyen dan muzik, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang menjajarkan rapat dengan pendekatan artistik kami sendiri dan berkongsi keghairahan kami untuk mewujudkan pengalaman indah buat peminat kami."

Kempen itu dirakamkan oleh Lachlan Bailey di San Francisco, dan teaser video eksklusif akan ditetapkan pada satu trek muzik tempahan campur oleh The Chainsmokers. Dilancarkan di seluruh dunia pada Musim Luruh 2017, kempen bersepadu lelaki itu merangkumi cetak, dalam talian dan penempatan media luaran, dan disokong oleh pengaktifan pengguna unik dan acara-acara eksperiensial yang terus membawa perspektif unik jenama itu mengenai budaya pop kepada kehidupan di seluruh dunia. Kempen pakaian lelaki Tommy Hilfiger akan dijalankan bersama-sama pengiklanan jenama wanita yang khusus yang memaparkan duta jenama global dan supermodel Amerika, Gigi Hadid.

Penawaran pakaian lelaki Tommy Hilfiger untuk Musim Luruh 2017 meraikan era 90-an dengan satu sentuhan segar pada tradisi memandangkan koleksi itu merangkumi gaya memberontak yang ditonjolkan pada dekad itu. Koleksi pakaian lelaki Tommy Hilfiger boleh didapati di kedai-kedai Tommy Hilfiger di seluruh dunia, melalui rakan-rakan borong terpilih dan secara dalam talian di tommy.com.

Hilfiger mempunyai pertalian yang lama wujud bagi muzik, yang kekal sebagai sumber inspirasi yang tiada berkesudahan di sepanjang kerjayanya dan berkembang menjadi satu hubungan yang mantap di antara jenama beliau dan industri muzik itu. Dalam tahun 90-an, Hilfiger adalah seorang daripada pereka yang pertama yang menggabungkan fesyen dan selebriti, dan beliau menjadi seorang perintis di dalam industri itu dengan menaja pakaian kepada artis-artis muda seperti Aaliyah, Mark Ronson dan Usher; menaja jelajah bagi penyanyi seperti Britney Spears dan Lenny Kravitz; dan menampilkan pemuzik seperti David Bowie dan Beyoncé di dalam kempen pengiklanan beliau. Tommy Hilfiger adalah penaja bagi jelajah Rolling Stones yang terkenal "No Security" pada tahun 1999, yang ketika itu merupakan jelajah arena pertama kumpulan itu dalam beberapa dekad. Sejak itu, Tommy Hilfiger terus bekerjasama dengan artis muzik lelaki dan wanita legenda, termasuk Wyclef Jean, John Legend dan Alicia Keys, antara lain.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk Tommy Hilfiger dan Hilfiger Denim, Tommy Hilfiger merupakan satu kumpulan pereka gaya hidup berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki yang disesuaikan yang berkualiti tinggi dan pakaian sukan, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, seluar dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian sukan (golf dan berenang), stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk Hilfiger Denim terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama Tommy Hilfiger dan Hilfiger Denim boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai Tommy Hilfiger dan Hilfiger Denim, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH telah mencatatkan kecemerlangan di dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 35,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan tahunan. Kami memiliki jenama CALVIN KLEINTommy HilfigerVan HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’s and Olga yang ikonik, dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang terkenal yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berkekalan dari Speedo International, Limited.

Hubungi
Tommy Hilfiger
Virginia Ritchie
Virginiaritchie@tommy.com

Sumber: Tommy Hilfiger

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170612000000/en  


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.