ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  KAYM PILIHAN PELAJAR CEMERLANG SPM

Tuesday 13/06/2017



MELAKA, 13 Jun (Bernama) -- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kini  menjadi antara institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang menjadi pilihan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran.
 
Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata pihaknya bersyukur dan mampu berbangga apabila kolej  itu menjadi antara kolej pilihan pelajar cemerlang SPM.
 
"Mungkin tiga hingga empat tahun lalu orang tak kenal KAYM, tapi hari ini kita berbangga apabila ramai pelajar cemerlang SPM membuat permohonan bagi memilih KAYM “ katanya.
 
Beliau berkata, KAYM bukan sahaja menjadi kolej pilihan, malah beberapa kursus yang ditawarkan di kolej ini menjadi pilihan utama dan program yang paling menjadi pilihan adalah bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat.
 
Sementara itu Saroni berkata, beliau berharap agar para pelajar berkenaan turut bergiat aktif dan tidak hanya menumpukan pendidikan semata-mata.
 
"Pelajar harus turut membabitkan diri dalam aktiviti kokurikulum, mencari ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin pelajar supaya dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kebolehan dan berdaya saing," katanya.
 
Dengan pengalaman 20  tahun dalam industri pendidikan tinggi negara, KAYM bukan sahaja menyediakan keperluan pendidikan akademik dan latihan kemahiran, malah berjaya melahirkan generasi cemerlang dan Modal Insan berkualiti berguna kepada bangsa dan negara.
 
Minat bidang Aviation
Pelajar cemerlang SPM 10A , Nur’ain Hazwani Fauzay berasal dari Sibu,  Sarawak memilih KAYM sebagai destinasi menimba ilmu dan program Aircraft Maintenance License Engineer (AMLE) sebagai pilihan utama.

Beliau berkata potensi besar dalam industri penerbangan dunia menjadikan kerjaya itu mempunyai prospek tinggi terutama dalam bidang pengeluaran komponen pesawat, penyelenggaraan pesawat, avionik dan pembangunan modal insan.
 
“Saya bercita-cita menjadi jurutera penyelanggara pesawat dan saya yakin di KAYM tenaga-tenaga pengajar adalah terdiri dari  golongan profesional berkemahiran dan berpengalaman dalam  bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat berlesen dengan standard antarabangsa”
 
Selain itu, katanya, KAYM juga diminati kerana mengamalkan sistem pembelajaran secara hands-on bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran berfikir menerusi pengalaman dan pengamatan.
 
Peluang Kerjaya Dengan Pendapatan Yang Baik
Ke mana arah tuju pelajar selepas keputusan peperiksaan diumumkan? Inilah soalan rutin yang dihadapi oleh majoriti lepasan SPM, malah ibu bapa, apabila keputusan peperiksan diumumkan dan anda adalah antara yang cemerlang.
 
Begitulah yang dirasai Muhammad Addy Ikmal Mohd Fisol dari Kulim yang memperolehi keputusan SPM cemerlang 10A.
 
“Saya memilih KAYM dan program Aircraft Maintenance License Engineer (AMLE) sebagai pilihan utama kerana saya amat berminat dalam bidang Aeronatik dan saya yakin bidang tersebut mempunyai peluang kerjaya yang amat besar di dalam dan luar negara dan juga berpendapatan  tinggi ” katanya.
 
Justeru itu sebagai  pelajar mesti lebih bijak menyusun dan merancang arah tuju selepas tamat persekolahan.
 
Beliau berpendapat pendidikan memang penting tetapi memilih bentuk pendidikan yang boleh menjamin kejayaan masa depan tidak kurang pentingya. Justeru pilihlah bidang yang boleh memberi laluan lebih lancar dalam menempa kecemerlangan hidup.
 
Cita-cita pakar pendidikan awal kanak-kanak
Sementara itu, Teo Mei Ying, pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang memperolehi 8A 2B dalam peperiksaan SPM baru-baru ini berkata KAYM menjadi pilihannya untuk melanjutkan pelajaran.
 
Berasal dari Endau, Rompin beliau amat meminati bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak di bangku sekolah lagi.
 
Teo berkata, pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan penting terutama dalam memastikan perkembangan anak-anak dititikberatkan bermula dari peringkat bawah lagi.
 
“Saya memilih KAYM kerana saya yakin dengan tenaga pengajar yang ada, fasiliti yang disediakan serta suasana pembelajaran yang amat sesuai dan kondusif “ katanya.
 
Bercita-cita menjadi pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan seorang Usahawan, beliau yakin KAYM mampu merealisasikan impiannya selepas tamat pengajian kelak.

Sumber : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA  HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Tel : (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Faks : (606) 2861062
Emel :  harmiyati@kym.edu.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.