ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR SIRI BAHARU BAGI GENERATION AKAN DATANG 15,000 RPM BERPRESTASI PERUSAHAAN 2.5 INCI HDD

Tuesday 13/06/2017



Menawarkan kapasiti maksimum 900GB

TOKYO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran Siri AL14SX, penambahan baharu kepada barisan pemacu cakera keras berprestasi perusahaan (HDD) untuk aplikasi server dan penyimpanan misi kritikal. Penghantaran sampel bermula hari ini. 

Siri AL14SX bagi pemacu 15,000RPM 2.5-inci[1] mempunyai sebuah antara muka 12Gbit[2] SAS. Model yang ada ialah model 4K natif (4Kn) dan 512 emulasi (512e) yang mempunyai Teknologi sektor Format Termaju, dan model 512 natif (512n) yang dioptimumkan untuk aplikasi legasi dan persekitaran hipervisor. Siri AL14SX menyampaikan satu pilihan yang sesuai bagi pelbagai aplikasi pelanggan. 

Siri AL14SX boleh didapati di dalam kapasiti 300GB, 600GB dan 900GB. Model 900GB[3] menawarkan satu peningkatan 50% di dalam kapasiti maksimum daripada 600GB bagi Siri AL13SX sebelum ini. Model 4Kn dan 512e juga menyampaikan satu peningkatan kira-kira 19% dalam kadar data yang dikekalkan, melonjak sehingga 290MiB[4], dan peningkatan kira-kira 28.7% kecekapan kuasa (W/GB). Peningkatan ini di dalam kapasiti, kelajuan dan penjimatan kuasa menyumbang kepada jumlah kos pemilikan yang lebih rendah (TCO) bagi server dan sistem. 

Pelanggan juga boleh memilih model yang menyokong Sanitize Instant Erase atau hapus dalam segera (SIE), yang merealisasikan ketaksahan pantas bagi data yang dirakam pada cakera, sekali gus membolehkan untuk pelupusan cekap dan penggunaan semula. 

[1] "2.5 inci" bermakna faktor bentuk daripada HDD. Mereka tidak menunjukkan saiz fizikal pemacu.
[2] Kelajuan baca dan tulis mungkin berbeza bergantung kepada peranti hos, keadaan baca dan tulis, dan saiz fail.
[3] Definisi kapasiti: Toshiba mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 bagi definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti simpanan yang kurang. Kapasiti storan yang ada (termasuk contoh-contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza mengikut saiz fail, memformat, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Microsoft Operating System dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
[4] Satu kibibait (KiB) bermakna 210, atau 1,024 bait, satu mebibait (MiB) bermaksud 220, atau 1,048,576 bait, dan satu gibibait (GiB) bermaksud 230, atau 1,073,741,824 bait.
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan Toshiba enterprise HDD.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/enterprise-hdd.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Produk Penyimpanan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik. 

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm 

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51572945&lang=en 

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company 

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170612006355/en 
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.