ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ​PENYEPADUAN SDC TECHNOLOGIES DENGAN LTI COATING TECHNOLOGIES

Wednesday 14/06/2017



Mengembangkan Portfolio Salutan Pengawetan UVnya

IRVINE, Calif., 14 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- SDC Technologies, Inc. (SDC), iaitu peneraju global yang diiktiraf dalam penyelesaian salutan tahan lelasan berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan pemerolehan dan penggabungan lengkap dengan LTI Coating Technologies, LLC (LTI), iaitu peneraju teknologi salutan pengawetan UV. Kedua-dua syarikat ini menawarkan salutan tahan lelasan, calar dan kimia yang inovatif dan premium untuk pengawetan terma serta salutan pengawetan UV mapan yang sesuai untuk substrat plastik, kaca dan besi bagi lingkungan pasaran yang luas.  Penyepaduan ini akan menggabungkan operasi dan menyelaraskan produk salutan berjenama CrystalCoat™ untuk menjadi identiti korporat tunggal.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan LTI bagi memperluaskan portfolio salutan keras cecair kami,” kata Antonios Grigoriou, CEO dan presiden SDC. “Kami percaya bahawa penyepaduan dan sinergi saling melengkapi antara dua syarikat ini adalah amat sepadan, dengan menyatukan peneraju dalam kedua-dua bidang salutan pengawetan terma dan UV di bawah satu organisasi. Kerjasama ini memberi pelanggan satu penyelesaian sumber tunggal untuk pelbagai pilihan salutan tahan lelasan yang ditunjangi oleh pasukan sokongan teknikal global SDS,” kata beliau.

PERIHAL SDC TECHNOLOGIES

SDC Technologies Inc. diasaskan pada 1986 dan beribu pejabat di Irvine, California. SDC telah diperoleh oleh Mitsui Chemicals Inc. pada tahun 2008. SDC merupakan perintis salutan tahan lelasan berdasarkan prestasi inovatif yang digunakan dalam pelbagai penggunaan daripada bahagian aeroangkasa dan automotif sehinggalah kepada cermin mata perlindungan.

PERIHAL LENS TECHNOLOGY

LTI ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menangani keperluan industri optik bagi salutan keras dan salutan boleh diseri warna untuk lensa plastik dan polikarbonat. LTI merupakan peneraju dunia dalam salutan keras oftalmik dengan saham pasaran yang besar dalam pasaran makmal optik dan telah menerima empat Anugerah Kecermerlangan bagi peralatan salutan terbaik daripada Persatuan Makmal Optik.

Hubungan:
+1-714-939-8300
customercare@sdctech.com

SUMBER : SDC Technologies, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.