|
|
September 27, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
@COSME UMUM "ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 PRODUK-PRODUK BAHARU PERTENGAHAN TAHUN"
Wednesday 14/06/2017
AsiaNet 68921
TOKYO, 14 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- - "Lip Tint" keluaran OPERA Memenangi Hadiah Utama - istyle Inc. (TSE First Section, Kod Syarikat: 3660) -- yang merupakan pengendali yang berpangkalan di Tokyo bagi @cosme, satu daripada laman ulasan dan maklumat kecantikan yang terbesar di Asia -- mengumumkan "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun" pada 14 Jun, 2017. Anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang baharu dikeluarkan yang paling popular pada pertengahan tahun pertama 2017. (Imej: http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103196/201706092568/_prw_PI1fl_Q98yRike.png) Maklumat mengenai @cosme: @cosme adalah satu daripada laman web maklumat mengenai kecantikan yang terbesar di Asia, dengan satu pangkalan pengguna setia yang terdiri daripada wanita Jepun. Maklumat dan ulasan yang disiarkan di @cosme membuat ia berguna untuk kecantikan harian wanita, sekali gus membolehkan ia memperolehi sokongan yang meluas. Maklumat mengenai "@cosme ANUGERAH KOSMETIK TERBAIK 2017 Produk-produk Baharu Pertengahan Tahun": Anugerah itu meliputi produk yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari 1 November, 2016, hingga 30 April, 2017. Anugerah ini mengiktiraf produk-produk yang telah mendapat sokongan paling banyak daripada pengguna, berdasarkan kepada ulasan yang ditulis oleh ahli-ahli di @cosme. Memandangkan anugerah itu mewakili sudut pandangan pengguna itu sendiri, produk-produk yang menang menarik perhatian daripada pengguna dan juga mereka yang berada di dalam industri kosmetik dan kecantikan. "Lip Tint" keluaran OPERA memenangi Hadiah Utama: Hadiah Utama dimenangi oleh "Lip Tint" yang dihasilkan oleh OPERA, dengan menerima respons yang paling tinggi daripada pengguna di @cosme. Sila rujuk kepada laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bahasa Jepun: http://www.cosme.net/bestcosme/2017_half Bahasa Inggeris: http://us.cosme.net/bestcosmeRankings Bahasa Cina Tradisional: http://tw.cosme.net/bestcosmeRankings Bahasa Cina Dipermudahkan: http://cn.cosme.net/bestcosmeRankings Bahasa Korea: http://kr.cosme.net/bestcosmeRankings Sumber: istyle Inc. Hubungi: Tomoko Noda Kumpulan Perhubungan Awam istyle Inc. Tel: +81-3-5575-1286 Faks: +81-3-5575-1261 E-mel: istyle-press@istyle.co.jp
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|