ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BIONEXT LANCAR BIOSIGHT: SEBUAH PLATFORM DALAM TALIAN YANG AKAN MEREVOLUSIKAN PENYELIDIKAN FARMASEUTIKAL

Thursday 22/06/2017



Membantu syarikat-syarikat mempercepatkan pembangunan pengubatan baharu dengan mengurangkan kadar kegagalan semasa fasa klinikal

STRASBOURG, Perancis, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bionext, sebuah syarikat bioinformatik, hari ini mengumumkan pelancaran BioSight, sebuah platform simulasi bio dalam talian yang direka untuk mengenal pasti dengan cekap berhubung kemungkinan kesan sampingan bagi rawatan pengubatan yang berpotensi pada tubuh manusia. Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) biologi molekul selama lima belas tahun, BioSight menggunakan sebuah algoritma yang dipatenkan yang dapat meramalkan semua potensi sasaran biologi yang berisiko yang mungkin berinteraksi dengan sebuah rawatan pengubatan yang berpotensi. Boleh didapati sebagai Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS) atau di tapak, BioSight, dengan harga yang berpatutan dan dalam tempoh hanya beberapa jam, membolehkan kalangan profesional penyelidikan farmaseutikal dan bioperubatan untuk membangunkan molekul mereka dengan lebih baik, mengurangkan kadar kegagalan semasa fasa percubaan klinikal dan dengan itu, mengoptimumkan pulangan pada pelaburan mereka.

3.975 bilion dolar bagi setiap ubat

Itulah purata jumlah kos R&D yang diperlukan bagi syarikat-syarikat farmaseutikal untuk melancarkan sebuah ubat baharu di pasaran dunia.1 Menurut LEEM, daripada 10,000 molekul yang disasarkan, 10 akan menjadi sebahagian daripada paten yang difailkan dan hanya satu daripada mereka yang akan menjadi sebahagian daripada satu ubat baharu yang dijual. Kadar kegagalan bagi calon-calon ubat-ubatan adalah sangat tinggi dan penyelidikan ubat terutamanya dibiarkan lewat di dalam proses R&D dan peringkat lanjut dalam penyelidikan klinikal apabila kemungkinan kesan sampingan menjadi semakin jelas. Kegagalan ini lazimnya menelan kos sehingga ratusan juta dolar.

Ia juga dianggarkan bahawa sekitar 85% daripada kegagalan ini berlaku berpunca daripada sebab-sebab biologi yang dikaitkan dengan masalah keberkesanan atau ketoksikan yang disebabkan oleh interaksi di antara ubat dan mensasarkan ubat yang berbeza daripada yang sedang dibangunkan.

Teknologi digital untuk mempercepatkan inovasi terapeutik

Dengan platform BioSight mereka, hasrat Bionext adalah untuk mengubah sepenuhnya proses masa kini dalam membangun dan membuat ubat-ubatan – semuanya dibolehkan oleh teknologi digital. Matlamat: menurunkan kos kemasukan ke pasaran inovasi terapeutik dengan menawarkan kepada beribu-ribu syarikat kecil, makmal dan penyelidik dengan akses kepada teknologi yang sebelumnya berada di luar jangkauan mereka.

Untuk mempercepatkan pembangunan BioSight dan memperkukuh kedudukannya di dalam pasaran bioinformatik, Bionext berharap dapat mengumpulkan lebih daripada 5 juta Euro di dalam pembiayaan dalam tempoh 18 bulan akan datang.

1 Berapakah Kos bagi Inovasi Farmaseutikal? Forbes, 2013

Hubungi
Yucatan bagi pihak Bionext
Caroline Prince
+33-1-53-63-27-35
bionext@yucatan.fr

Sumber: Bionext

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170621005740/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.