|
|
September 27, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
LHDNM TIDAK BEROPERASI SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2017 / 1438H
Thursday 22/06/2017
CYBERJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabatnya di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2017 / 1438H. Maklumat lanjut berhubung penutupan pejabat-pejabat LHDNM bagi seluruh negeri sempena sambutan Aidilfitri adalah seperti jadual berikut: Makluman Penutupan Kaunter Perkhidmatan LHDNM
PEJABAT LHDNM | TARIKH CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2017 / 1438H | Ibu Pejabat dan Cawangan di semua negeri selain Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu | 26 Jun hingga 27 Jun 2017 | Cawangan LHDNM di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu | 25 Jun hingga 26 Jun 2017 |
Makluman Penutupan Kaunter Setempat Cawangan UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) UTC | Tarikh | Hari | Catatan | Melaka / Perak / Pahang / Johor / Sabah / Miri / Kedah / Kelantan | 24 Jun hingga 27 Jun 2017 | Sabtu - Selasa | Pejabat UTC ditutup | Kuala Lumpur | 23 Jun 2017 | Jumaat | Operasi kaunter sehingga jam 1.00 tengah hari | 24 Jun hingga 27 Jun 2017 | Sabtu - Selasa | Pejabat UTC ditutup |
Penutupan operasi sempena aidilfitri ini meliputi semua Kaunter Perkhidmatan Nasihat Percukaian, Pusat Bayaran, Pejabat Setem Cawangan, Pusat Panggilan dan Pusat Khidmat Hasil (PKH). Sungguhpun begitu, para pelanggan masih boleh meneruskan urusan percukaian mereka melalui kemudahan ezHASiL iaitu rangkaian perkhidmatan elektronik yang disediakan melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.
LHDNM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan yang beragama Islam.
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 Faks : 03-8313 7801 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|