ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  DOLE FOOD COMPANY, INC. MENGUMUMKAN PERMULAAN BAGI MENDAPATKAN PERSETUJUAN UNTUK NOTA KANAN BERCAGAR 7.25% MEREKA YANG AKAN MATANG PADA 2025

Wednesday 28/06/2017



WESTLAKE VILLAGE, Calif., 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dole Food Company, Inc. ("Dole") hari ini mengumumkan permulaan bagi satu permohonan persetujuan berhubung pindaan tertentu ("Pindaan") kepada Indentur, bertarikh pada 6 April 2017, di antara Dole, DFC Holdings, LLC ("Holdings"), sebagai sebuah penjamin, pihak penjamin subsidiari dengannya, dan Wilmington Trust, National Association, sebagai pemegang amanah ("Pemegang Amanah"), yang menguasai 7.25% Nota Kanan Bercagar yang akan matang pada 2025 ("Nota") ("Indentur"). Pada masa ini, agregat amaun utama bagi Nota itu adalah $300,000,000.

Pindaan itu akan melepaskan Holdings dari jaminannya di bawah Indentur (dan kewajipan terhadnya yang lain di bawah Indentur dan Dokumen Sekuriti (seperti yang ditakrifkan di dalam Indentur)), dalam setiap kes, apabila penyempurnaan sebuah IPO Bertauliah (seperti yang ditakrifkan di dalam Indentur) berhubung dengan stok biasa Penerbit, dan tertakluk kepada pelepasan jaminan Holdings di bawah Perjanjian Kredit Pinjaman Berjangka dan Perjanjian Kredit Pusingan (masing-masing seperti yang ditakrifkan di dalam Indentur).

Mendapatkan persetujuan itu dirangsangkan setelah penerimaan persetujuan daripada pemegang rekod setakat 23 Jun, 2017 bagi majoriti dalam jumlah agregat pokok bagi Nota itu ("Persetujuan yang Diperlukan"). Pengesahan persetujuan itu akan tamat pada jam 5 petang, waktu Bandar Raya New York, pada 6 Julai, 2017, melainkan dilanjutkan ("Tarikh Tamat").

Dole akan, dengan kadar segera selepas Tarikh Tamat dan tertakluk kepada kepuasan atau penepian bagi kesemua syarat untuk mendapatkan persetujuan, membayar kepada setiap pemegang Nota yang telah diserahkan (dan tidak dibatalkan) dengan satu persetujuan yang sah yang memihak kepada Pindaan bagi pembayaran tunai ("Yuran Persetujuan") sebanyak $2.50 bagi setiap $1,000 Nota prinsipal yang berkaitan di mana persetujuan berkenaan telah dihantar.

Pindaan itu akan dilaksanakan oleh, dan akan berkuat kuasa apabila, pelaksanaan sebuah indentur tambahan. Dole mencadangkan untuk melaksanakan indentur tambahan secepat yang dapat dilaksanakan selepas memperolehi Persetujuan yang Diperlukan yang berkaitan. Pada masa itu, Pindaan itu yang dibuat oleh indentur tambahan akan menjadi efektif dan kebenaran tidak lagi boleh dibatalkan.

Untuk sebuah kenyataan lengkap bagi terma dan syarat pengesahan persetujuan, pemegang Nota itu hendaklah merujuk kepada Kenyataan Pengesahan Persetujuan, yang bertarikh 26 Jun 2017 ("Kenyataan Pengesahan Persetujuan"), yang dihantar kepada semua pemegang Nota Pada Tarikh Rekod berkenaan.

Ejen Solisitasi berhubung dengan mendapatkan persetujuan itu adalah Morgan Stanley & Co. LLC. Soalan-soalan berhubung permohonan kebenaran boleh diarahkan kepada Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Kumpulan Pengurusan Liabiliti di (800) 624-1808 (bebas tol) atau (212) 761-1057. Global Bondholder Services Corporation berkhidmat sebagai Ejen Maklumat dan Ejen Tabulasi berkaitan dengan mendapatkan persetujuan. Permintaan untuk bantuan di dalam menyampaikan persetujuan atau untuk salinan tambahan bagi kenyataan permintaan persetujuan hendaklah diarahkan kepada Ejen Maklumat di (866) 470-3900 (bebas tol), (212) 430-3774 (bank dan broker) (pungutan) atau contact@gbsc-usa.com.

Pengumuman ini bukanlah satu tawaran untuk membeli atau meminta tawaran bagi membeli mana-mana sekuriti. Mendapatkan persetujuan itu dibuat semata-mata oleh Kenyataan Pengesahan Persetujuan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalamnya.

Siaran berita ini mengandungi "kenyataan yang berpandangan ke hadapan," dalam arti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian. Kenyataan berpandangan ke hadapan, yang adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa pihak pengurusan, secara umumnya boleh dikenalpasti melalui penggunaan istilah seperti "boleh," "akan," "menjangka," "percaya," "berhasrat," "menjangkakan" dan ungkapan yang sama. Potensi risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat di sini termasuk fenomena yang berkaitan dengan cuaca; tindak balas pasaran terhadap tekanan volum industri; bekalan barang dan bahan mentah dan harga; bekalan tenaga dan harga; perubahan dalam kadar pertukaran mata wang dan faedah; krisis ekonomi; risiko keselamatan di negara-negara membangun; konflik antarabangsa; dan kuota, tarif dan tindakan kerajaan yang lain. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor yang boleh menjejaskan keputusan kewangan Dole dimasukkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan dan dokumen-dokumen yang digabungkan di dalamnya.

Hubungi
Dole Food Company, Inc.
William Goldfield, 818-874-4647

Sumber: Dole Food Company, Inc.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170626005054/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.