ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  SAVE THE CHILDREN MEMPERBAHARUI KONTRAK DENGAN SPEEDCAST UNTUK PENYAMBUNGAN MERENTASI LEBIH 40 TAPAK DI AFRIKA

Wednesday 28/06/2017



SYDNEY, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Speedcast International Limited (ASX: SDA), penyedia yang paling boleh dipercayai di dunia bagi penyelesaian IT dan komunikasi jarak jauh yang terurus sepenuhnya, hari ini mengumumkan bahawa Save the Children International (SCI), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang terkemuka yang mempunyai pejabat pusat mereka di London telah menganugerahkan Speedcast dengan sebuah kontrak untuk menyediakan penyambungan kepada satu rangkaian di lebih 40 tapak di Afrika.

Diiktiraf kerana usaha kemanusiaan mereka di seluruh dunia, Misi Save the Children adalah sentiasa untuk menyelamatkan nyawa dengan menyediakan dan memberi respons kepada kecemasan kemanusiaan yang disebabkan oleh bencana alam, wabak penyakit dan konflik bersenjata. Organisasi itu memastikan bahawa kanak-kanak yang terjejas oleh bencana menerima bantuan perubatan yang menyelamatkan nyawa, perlindungan dan pendidikan.

"Dalam mana-mana krisis, kanak-kanak adalah sentiasa golongan yang paling lemah," kata Andrew Burdall, naib presiden eksekutif, pasaran perusahaan & baru muncul, Speedcast. "Untuk mencapai misi kritikal mereka di bahagian terpencil di dunia, Save the Children bergantung pada komunikasi yang berdaya tahan yang dibekalkan oleh Speedcast. Memandangkan permintaan bagi jalur lebar yang lebih tinggi meningkat bagi tapak-tapak Save the Children yang terletak di bahagian terpencil di Afrika, penyelesaian VSAT jalur C kami yang boleh dipercayai membolehkan organisasi untuk memberi tumpuan kepada misi mereka dan komunikasi mereka."

Speedcast menyediakan perkhidmatan pengendali rangkaian maya jalur C (VNO) yang membolehkan Save the Children memperuntukkan lebar jalur yang disatukan merentasi tapak mereka. Penyelesaian ini secara cekap memadankan keperluan Save the Children untuk kelenturan dan berskala dan pada masa yang sama menampung permintaan mereka yang semakin meningkat bagi aplikasi awan. Ini telah membolehkan Save the Children untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai ke tapak mereka sejak tiga tahun yang lalu.

"Speedcast telah menyediakan sebuah penyelesaian VSAT yang berdaya tahan dan perkhidmatan terbaik dalam tempoh tiga tahun yang lalu," kata Mark Hawkins, pengurus teknologi kemanusiaan global, Save the Children. "Pasukan sokongan teknikal Speedcast sangat membantu, mudah dihubungi dan sangat tangkas. Semasa keadaan kecemasan mereka tahu bagaimana untuk memberi keutamaan kepada permintaan dari Save the Children. Kami telah merasai sebuah pasukan sokongan berkhidmat sepanjang masa dan penyelenggaraan operasi yang pantas di lapangan. Dengan sokongan Speedcast, kami dapat membantu kanak-kanak dengan lebih cepat dan lebih cekap."

Untuk maklumat lanjut mengenai usaha Speedcast dengan NGO, sila layari:
https://www.speedcast.com/industries/non-governmental-organisation/.

Maklumat mengenai Speedcast International Limited

Speedcast International Ltd (ASX: SDA) adalah pembekal yang paling boleh dipercayai di dunia yang mempunyai penyelesaian IT dan komunikasi jarak jauh akhir-ke-akhir, yang terurus sepenuhnya dan boleh diharapkan. Syarikat itu menggunakan tapak sokongan tempatan, infrastruktur dan liputan yang menyeluruh di seluruh dunia untuk merancang, mengintegrasikan, menjamin dan mengoptimumkan rangkaian yang disesuaikan kepada keperluan pelanggan. Dengan teknologi yang berbeza, tumpuan pelanggan yang kuat dan sebuah budaya keselamatan yang mantap, Speedcast memberi khidmat kepada lebih 2,000 pelanggan di lebih 140 buah negara melalui 39 telepot, termasuk pelantar luar pesisir dan kapal persiaran, lebih 10,000 kapal maritim dan lebih 4,500 tapak terestrial. Speedcast menyokong aplikasi misi kritikal di dalam industri seperti maritim, minyak dan gas, perusahaan, media, pelayaran dan kerajaan. Maklumat lanjut di www.speedcast.com.

Media Sosial: Twitter | LinkedIn | Facebook

Speedcast® adalah sebuah tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar milik Speedcast International Limited. Semua nama jenama, nama produk, atau tanda dagangan lain adalah milik bagi pemilik masing-masing.

© 2017 Speedcast International Limited. Hak cipta terpelihara.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20170626005733/en/

Hubungi

Speedcast International Ltd
Toni Lee Rudnicki, 832-668-2634
Naib Presiden, Ketua bagi Pemasaran Global
tonilee.rudnicki@speedcast.com

Sumber: Speedcast International Limited
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.