ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ROBOT UNTUK MENINGKATKAN, BUKAN MENGGANTIKAN MANUSIA DALAM KEBANYAKAN PEKERJAAN: KAJIAN ARM

Wednesday 28/06/2017



Penemuan penting:
  • 61% responden beranggapan AI akan membantu masyarakat, dengan hanya 22% percaya perubahan akan menjadi negatif
  • Pekerjaan masa hadapan: 30% menyenaraikan kebimbangan pekerjaan sebagai kelemahan terbesar AI dengan menyatakan pembinaan, penghantaran dan pengangkutan sebagai yang paling banyak memberi kesan
  • Penjagaan kesihatan: 57% sanggup untuk membenarkan doktor AI melakukan pemeriksaan mata; 41% bersedia kepada pembedahan otak oleh doktor AI
  • Pemanduan autonomi: 55% akan mempercayai sebuah kereta autonomi jika rekod keselamatan terbukti lebih baik daripada kenderaan yang dipandu oleh manusia, dengan 70% mengharapkan untuk mempercayai mereka dalam tempoh satu dekad akan datang
CAMBRIDGE, England, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengguna yang percaya AI akan membawa kepada keadaan huru-hara dengan robot mengambil alih pekerjaan adalah berada di dalam kelompok minoriti mengikut kaji selidik global bebas yang ditauliahkan oleh ARM ke atas hampir 4000 pengguna. Ketika mempertimbangkan sebuah masa depan di mana Kecerdasan Buatan (AI) semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, 30 peratus pengguna mengenal pasti "semakin sedikit atau pekerjaan yang berbeza untuk manusia" sebagai kelemahan paling besar. Walau bagaimanapun, responden tetap positif bahawa robot akan meningkatkan dan bukannya menggantikan manusia di dalam kebanyakan pekerjaan, dan membantu dengan semakin melakukan pekerjaan yang lebih membosankan dan berbahaya.

Siaran Berita Pintar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20170627005941/en/

"Adalah menggalakkan untuk melihat hasil kajian menonjolkan keyakinan dan peluang yang dikaitkan dengan AI, tetapi kita hanya baru mengkaji terlalu sedikit berhubung potensinya," kata Joyce Kim, naib presiden, pemasaran, jenama dan komunikasi global, ARM. "Impak AI terhadap pekerjaan akan menimbulkan kecelaruan tetapi gangguan itu boleh diurus dan sangat positif dari segi peluang dan meningkatkan kehidupan kita. Jika kita meningkatkan pelaburan kita di dalam STEM dan mendidik tenaga kerja generasi akan datang mengenai teknologi AI, kita dapat memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam ekonomi robot."

Kaji selidik itu dijalankan oleh Northstar Research Partners dan ARM. Penyelidik hanya menemui pengguna yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang AI, dengan mengukur pendapat daripada hampir 4,000 responden merentasi Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Jerman, China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

Responden kaji selidik itu percaya bahawa pekerjaan di dalam pembuatan dan perbankan akan paling terganggu oleh teknologi AI yang baharu sementara profesion yang berkaitan dengan memasak, melawan kebakaran dan pertanian akan terus menjadi domain manusia. Ini adalah pandangan oleh kebanyakan orang yang ditinjau mengenai masa depan robot; dengan mereka yang diselidik di Asia memberi respons yang paling positif, diikuti oleh Amerika Syarikat dan kemudian Eropah.

Secara keseluruhan, pengguna agak optimistik terhadap prospek masa depan itu dengan 61 peratus percaya bahawa "masyarakat akan menjadi lebih baik" dengan peningkatan automasi dan AI. Khususnya mereka menyokong aplikasi di dalam penjagaan kesihatan dan sains, dan bersedia untuk mempercayai mesin untuk mendiagnosis penyakit, memandu kereta dan menjadi sahabat peribadi.

Ringkasan Penemuan Utama Kaji Selidik: Manfaat  berbanding Kelemahan bagi Pengguna

Apakah faedah terbesar bagi sebuah masa depan di mana AI memberi impak besar kepada kehidupan?
  • 37% percaya akan ada kemajuan yang membantu manusia, iaitu, di dalam bidang perubatan dan sains
  • 29% percaya tugas-tugas yang membosankan atau berbahaya akan dilakukan oleh robot
  • 19% percaya di dalam  kos perniagaan yang lebih rendah yang membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik dan harga yang lebih rendah
  • 11% melihat kurang peluang bagi kemalangan/kesilapan manusia
  • 5% lebih banyak masa lapang
Apakah kelemahan terbesar bagi sebuah masa depan di mana AI memberi impak besar kepada kehidupan?
  • 30% Lebih sedikit atau pekerjaan yang berbeza untuk manusia
  • 20% Memberi sedikit kawalan ke atas kehidupan kita kepada mesin
  • 18% Lebih banyak data yang dikongsi dan berpotensi dicuri dalam talian
  • 12% Isu masyarakat sekitar lebih sedikit peluang untuk manusia/ berasa kurang berguna/ terlalu banyak masa lapang
  • 11% Mesin menjadi berdikari dan mampu berfikir sendiri
  • 9% Kecenderungan untuk membina hubungan dengan mesin lebih daripada manusia
Ketahui lebih lanjut mengenai penyelidikan ini dan muat turun laporan lengkap di sini.

Maklumat mengenai ARM

Teknologi ARM berada di tengah-tengah sebuah revolusi pengkomputeran dan penyambungan yang mengubah cara orang hidup dan perniagaan beroperasi. Reka bentuk pemproses kami yang canggih dan cekap tenaga membolehkan kecerdasan di dalam 100 bilion cip silikon dan memberi kuasa dengan mantap dari sensor kepada telefon pintar kepada superkomputer. Dengan lebih 1,000 rakan teknologi termasuk jenama perniagaan dan pengguna yang terbesar di dunia, kami memacukan inovasi ARM ke dalam semua bidang pengiraan yang berlaku di dalam cip, rangkaian dan awan.

Maklumat mengenai Northstar Research Partners Ltd

Northstar Research Partners, sebuah ahli MDC Partners Network, adalah sebuah firma penyelidikan pasaran dan perundingan perkhidmatan penuh global yang terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan telah berkembang kepada lebih 50 ahli pasukan, Northstar telah menyiapkan lebih 5,000 kajian antropologi kualitatif, kuantitatif dan pengguna dengan perkhidmatan di dalam kedua-dua saluran pengguna dan perniagaan ke perniagaan.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20170627005941/en/

Hubungi
Allison & Partners
Kate Lynch
arm@allisonpr.com
 
Sumber: ARM Holdings
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.