ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 22, 2024 -Rabu

 
  OPERASI TNT EXPRESS TERGANGGU

Thursday 29/06/2017



Semua Perkhidmatan FedEx yang Lain Beroperasi secara Normal

MEMPHIS, Tenn., 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corporation (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa operasi di seluruh dunia bagi subsidiari TNT Express mereka telah terjejas dengan ketara berikutan penyusupan sebuah virus sistem maklumat. Walaupun operasi dan sistem komunikasi TNT Express terganggu, tiada pelanggaran data dikesan telah berlaku. Operasi bagi semua syarikat FedEx yang lain tidak terjejas dan perkhidmatan disediakan dalam terma dan syarat yang normal.

Langkah-langkah pemulihan dan rancangan luar jangka sedang dilaksanakan secepat mungkin. Perkhidmatan rangkaian serantau dan domestik bagi TNT Express sebahagian besarnya beroperasi tetapi agak perlahan. Kami juga mengalami kelewatan di dalam perkhidmatan TNT Express antara benua pada masa ini. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan FedEx Express sebagai alternatif.

Kemas kini mengenai ketersediaan perkhidmatan akan disediakan secara berkala ketika sistem dibaikpulih. Pelanggan yang mencari maklumat terkini tentang ketersediaan perkhidmatan harus menghubungi Perkhidmatan Pelanggan TNT Express atau layari laman web TNT Express di tnt.com.

Kami tidak dapat mengukur kesan kewangan daripada gangguan perkhidmatan ini pada masa ini, tetapi ia mungkin menjadi penting.

Maklumat mengenai FedEx

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan sebuah portfolio yang luas berkaitan pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $60 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan yang bersepadu melalui syarikat-syarikat operasi yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan bersama-sama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Secara konsisten disenaraikan di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan untuk kekal "benar-benar, positif" dalam memberi tumpuan kepada keselamatan, piawaian etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan pelanggan dan komuniti mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang dan segala kemungkinan di seluruh dunia, sila layari about.fedex.com.

Hubungi
FedEx
Perhubungan Media:
Patrick Fitzgerald, 901-818-7300
 
Sumber: FedEx Corp.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170628006092/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.