|
|
September 27, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
ALIRAN SANGAT TINGGI PBT POLYPLASTICS "SIRI DURANEX (R) SF" MEMPERCEPATKAN PENGECILAN REKA BENTUK PEMBENTUKAN
Tuesday 27/06/2017
AsiaNet 69079 TOKYO, 27 Jun, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- Polybutylene terephthalate (PBT) bagi Siri DURANEX (R) SF keluaran Polyplastics Co., Ltd. memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat mengenai pengecilan komponen di dalam medan seperti automotif, elektronik pengguna dan peranti elektrik perindustrian. Dengan keteraliran berganda bagi PBT standard, Siri DURANEX SF boleh mengisi bahagian dinding yang sangat nipis bagi bahagian acuan, yang kritikal dalam mereka bentuk produk aplikasi ringan. Keteraliran tinggi bagi Siri DURANEX SF menyumbang kepada pengecilan reka bentuk produk, mengoptimumkan pemprosesan dan mengurangkan kos tenaga dalam pengacuan suntikan. (Imej: http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M100475/201706223007/_prw_PI1fl_Oi82345s.jpg) Memandangkan keseimbangan yang sangat baik bagi sifat-sifat mekanik dan elektrik, di samping ketebalan dan ketahanan yang tinggi, PBT digunakan di dalam pelbagai jenis aplikasi dengan pelbagai bahan tambahan. Walau bagaimanapun, semakin kecil dan semakin nipis aplikasi reka bentuk itu, keteraliran resin yang lebih tinggi diperlukan. Aliran resin yang sangat tinggi, seperti LCP, yang berharga lebih mahal dan memerlukan suhu yang lebih tinggi di dalam pembentukan berbanding dengan PBT, telah digunakan secara konvensional. Siri DURANEX SF memenuhi keperluan ini sambil menyediakan PBT serba boleh, termasuk sifat-sifat elektrik yang lebih baik dan fleksibiliti reka bentuk. Polyplastics menawarkan pilihan Siri DURANEX SF dengan warpage yang rendah dan ciri-ciri pengisi yang tinggi: - SF3300: Jenis standard GF yang diperkuatkan - SF733LD: Jenis warpage yang rendah - SF755: Jenis pengisi tinggi Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.polyplastics.com/en/product/lines/pbt_sf/index.vm DURANEX (R) adalah sebuah cap dagang berdaftar milik Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan di negara lain dan digunakan oleh WinTech Polymer Ltd. di bawah lesen. Maklumat mengenai Polyplastics Polyplastics adalah sebuah pemimpin dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran penyelesaian plastik kejuruteraan. Syarikat itu mempunyai bahagian pasaran dunia yang terbesar bagi POM (polyacetal copolymer). Dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman, pakar-pakar teknikal mereka meningkatkan prestasi pembuatan dan produk dengan kemahiran yang telah menjadi satu kebiasaan. Dengan disokong oleh sebuah rangkaian R&D, pengeluaran dan sumber jualan global yang kukuh, pasukan itu mampu membuat penyelesaian termaju bagi sebuah pasaran yang sentiasa berkembang. SUMBER: Polyplastics Co., Ltd. |
--BERNAMA |
|
|
|
|
|