ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BANDAR RAYA SIHUI: PUSAT KEBUDAYAAN TELADAN BAHARU CHINA BAGI JED SEDANG DALAM PEMBINAAN

Thursday 29/06/2017



AsiaNet 69125

SIHUI, China, 29 Jun, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Walaupun ia bukan tempat asalnya, Sihui, sebuah bandar raya peringkat daerah di wilayah Guangdong, dipanggil 'Kota Barangan Jed'. Ia terkenal dengan penghuraian jed dari tempat lain. Sebagai satu daripada pusat pemprosesan dan penjualan barangan jed yang terbesar, Sihui juga mempunyai landskap ekologi hijau, seperti sebuah jed di Kawasan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay. Dengan usaha yang bertahun-tahun, ia telah menjadi satu daripada 100 buah daerah yang mempunyai potensi pelaburan terbesar di China dengan secara inovatif membina semula urbanisasi baharu dan mengintegrasikannya ke dalam Delta Sungai Pearl.
 
Diwujudkan di zaman Dinasti Qin, Sihui adalah sebuah daerah milenium yang mempunyai sejarah selama lebih dari 2,230 tahun dan sebuah budaya yang mendalam, yang mengembangkan budaya tradisional China berdasarkan kepada barangan jed. Sejarah penghuraian barangan jed di Sihui boleh dikesan pada ke penghujung Dinasti Qing dan awal penubuhan Republik China. Sehingga kini, Sihui telah menikmati reputasi "Bandar Raya Barangan Jed di China" oleh kerana sistem industri barangan jed mereka yang lengkap yang merangkumi penghuraian, penyediaan, penjualan dan perkhidmatan. Lebih daripada 100 ribu pekerja menghasilkan lebih 10,000 tan barangan jed pada setiap tahun dan barang-barang itu mendapat permintaan dengan penuh minat di Eropah Timur, Asia Tenggara, Hong Kong, Macau dan tempat lain di seluruh dunia.
 
Dalam tahun-tahun ini, Sihui telah menumpukan diri kepada pembangunan urbanisasi, meningkatkan transformasi dan menaik taraf industri barangan jed. Berdasarkan kepada  industri tunggak ini serta sumber ekologi dan kebudayaan yang berfaedah, kerajaan Sihui merancang untuk menubuhkan sebuah pusat kebudayaan teladan bagi bandar jed yang memaparkan penyatuan industri, bandar raya, manusia dan budaya. Pelaburan oleh kerajaan adalah besar memandangkan lebih RMB 20 bilion untuk mengoptimumkan penyatuan pelancongan, persekitaran ekologi dan sumber budaya untuk meningkatkan tahap model pembangunan perindustrian, inovasi produk dan pekerjaan di bandar raya itu. Boleh dikatakan bahawa barangan jed sebagai industri tunggak dapat menjana sehingga RMB 30.4 bilion pada tahun 2020.
 
"Jed dari tempat lain dijadikan barangan jed di Sihui." Dengan matlamat membina imejnya dengan semangat budaya jed dan membina sebuah bandar raya yang bekebajikan, adil, bijak, berani dan bersih, Sihui telah menjadi sebuah bandar yang bercirikan barangan jed dan menganggap pembinaan sebagai tenaga penggerak bagi urbanisasi baharu, dengan membina sebuah model pembangunan ekonomi dan tamadun kerohanian di China.
 
SUMBER: Kerajaan Bandar Raya Sihui
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=292181

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.