ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 22, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA LANCAR PENGGANDING FOTO PEMACU PINTU DENGAN OUTPUT PUNCAK 2.5A YANG DITEMPATKAN DALAM PAKEJ BERKETINGGIAN RENDAH

Friday 30/06/2017



TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TLP5832," sebuah pengganding foto pemacu pintu yang baharu yang ditempatkan dalam pakej SO8L berketinggian rendah. Ia menyampaikan kuasa output puncak 2.5A dan boleh terus memacukan IGBT berkelas menengah. Pengiriman bermula hari ini.

Penggunaan pakej SO8L itu merealisasikan sebuah IC yang ketinggiannya kira-kira 54% lebih rendah berbanding produk Toshiba sekarang di dalam pakej SDIP6 dan DIP8 (pilihan LF1), dengan menyediakan sokongan bagi pemasangan pada papan dengan ketinggian pemasangan yang terhad dan juga menyumbang kepada pengurangan saiz bagi set. Walaupun bersaiz kecil, IC itu memastikan rayapan yang minimum dan jarak pelepasan sekurang-kurangnya 8mm, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan prestasi penebatan yang tinggi.

Di samping itu, pengganding foto pemacu pintu yang baharu itu menjaminkan kelewatan perambatan dan pencong perambatan dalam julat suhu pengendalian penuh di antara –40 darjah C dan +110 darjah C. Reka bentuk berkecekapan tinggi bagi litar penyongsang boleh direalisasikan dengan mengurangkan margin suhu.

Laporan pasaran Gartner terbaharu mengiktiraf Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% daripada bahagian pasaran berasaskan jualan dalam tahun kewangan 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Penguasaan Pasaran: Peranti dan Aplikasi Semikonduktor, Seluruh Dunia, 2016" 30 Mac 2017)

Toshiba akan terus menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan mempromosikan pembangunan bagi sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan trend pasaran.

Aplikasi
  • Pemacu IGBT/MOSFET
  • Penyongsang industri
  • Penyongsang bagi tenaga solar
  • Amplifier servo
  • Penyongsang pendingin hawa
Ciri-ciri
  • Pakej SO8L nipis berprofil rendah dengan ketebalan 2.3 mm
  • Jarak rayapan & pelepasan: 8 mm (Maksimum)
  • LED dengan ciri-ciri tempoh hayat
  • Operasi bersuhu tinggi: Topr = 110 °C (Maksimum)
  • Arus puncak output: IOPH, IOPL = ± 2.5 A (Maksimum)
Spesifikasi Utama
(Melainkan jika dinyatakan, Ta = -40 hingga 110℃. Semua nilai lazim adalah pada Ta = 25℃)
                                                      Nombor bahagian TLP5832
Keadaan Pengendalian yang Disyorkan
(@Ta=25℃)
 Arus output tahap rendah puncak
IOPH, IOPL maksimum (A)
 ±2.5
 Voltan bekalan
VCC minimum/maksimum (V)
 15/30
Ciri-ciri Elektrik Arus bekalan
ICCH, ICCL maksimum (mA)
 3
 Arus input ambang (L→H)
IFLH maksimum (mA)
 5
Ciri-ciri Pensuisan Tempoh kelewatan perambatan
tPLH, tPHL max (ns)
 200
 Pencong kelewatan perambatan
tPsk minimum/maksimum (ns)
 -80/80
 Imuniti sementara mod umum
(@Ta=25℃)
CMH, CML minimum (kV/μs)
 ±20
Ciri-ciri pengasingan
(@Ta=25℃)
 Voltan pengasingan
BVS minimum (Vrms)
 5000
Parameter Mekanikal Jarak pelepasan
minimum (mm)
 8.0
 Jarak rayapan
minimum (mm)
 8.0
 Ketebalan pengasingan dalaman
minimum (mm)
 0.4
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu.
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TLP5832®ion=apc&lang=en

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan pengganding foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.
 
Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51582841&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170630005167/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.