ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  KUMPULAN NTT COMMUNICATIONS DAN RANCHER LABS AKAN BEKERJASAMA DI DALAM MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN KONTENA BAGI PERUSAHAAN

Thursday 06/07/2017



TOKYO, 6 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), anak syarikatnya NTTPC Communications (NTTPC) dan Rancher Labs, sebuah penyedia perisian pengurusan kontena, mengumumkan hari ini bahawa mereka telah bersetuju pada hari ini untuk menjalin kerjasama di dalam menyediakan perusahaan dengan perkhidmatan kontena bagi penyimpanan data dan objek secara disatukan. Sebuah perkhidmatan kontena persendirian akan dilaksanakan di Enterprise Cloud di NTT Com pada Oktober dan sebuah perkhidmatan kontena awam akan dilaksanakan di WebARENA cloud di NTTPC menjelang Disember 2017.

http://www.ntt.com/en/about-us/press-releases/news/article/2017/0706/a.html

Ciri-ciri perkhidmatan kontena persendirian bagi perusahaan
  • Menguruskan antara muka pengguna melalui web

    Platform pengurusan kontena Rancher membolehkan pelanggan untuk dengan mudah mengurus dan mengendalikan kontena, sekali gus membolehkan mereka untuk:
    • Menggerakkan kelompok pelbagai Docker
    • Skala kontena dan hos
    • Mengkonfigurasi dan menggunakan perkhidmatan infrastruktur
    • Memantau kontena dan hos

  • Fungsi Katalog
Dengan memanfaatkan pelbagai set perkhidmatan infrastruktur yang tersedia untuk komuniti, pelanggan boleh dengan mudah membina sistem yang terdiri daripada pelbagai kontena. Pelanggan boleh dengan mudah memilih, mengkonfigurasi dan menggunakan perkhidmatan infrastruktur seperti penyimpanan, perangkaian dan pengimbang beban melalui antara muka Rancher, menjadikannya mudah untuk mereplika dan menggunakan persekitaran yang lazim.
  • Penyatuan dengan Enterprise Cloud
Persekitaran Rancher yang diwujudkan di dalam pelayan maya Enterprise Cloud boleh diintegrasikan dengan pelbagai pilihan Enterprise Cloud, termasuk pangkalan data.

Kumpulan NTT Com dan Rancher Labs akan mengesahkan dan menilai perkhidmatan pada platform IoT bagi sebuah pengeluar utama bermula bulan ini. Perkhidmatan kontena bagi perusahaan menengah hingga kepada perusahaan besar dijangka akan disampaikan sebagai sebuah perkhidmatan awan pelbagai penyewa pada Disember 2017.

Latar Belakang
Sebagai sebahagian daripada transformasi digital yang berterusan bagi sistem perusahaan, pembangunan dan pengesahan bagi perisian kontena semakin mendapat momentum. Sehingga kini, bagaimanapun, pengguna yang berpotensi telah melahirkan kebimbangan mengenai operasi dan pengurusan bagi persekitaran kontena dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Sebagai tindak balas, NTT Com dan NTTPC akan menawarkan sebuah kontena persendirian sebagai satu perkhidmatan yang membolehkan perusahaan untuk dengan cepat dan mudah mewujudkan persekitaran kontena yang berasaskan awan melalui perisian pengurusan kontena Rancher. NTT Com dan NTTPC akan menyediakan sokongan bagi perkhidmatan itu, dengan bantuan teknikal dari Rancher Labs. Di samping itu, kerjasama ini adalah yang pertama kali Rancher Labs menyediakan sebuah model pelesenan MSP (Penyedia Perkhidmatan Terurus) kepada sebuah penyedia perkhidmatan awan di Jepun.
 
Nota: Nama syarikat dan perkhidmatan di dalam siaran berita ini adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemilik mereka masing-masing.
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation
NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Maklumat mengenai NTTPC Communications Corporation
NTTPC Communications Incorporated (NTTPC), yang ditubuhkan pada tahun 1985 adalah sebuah anak syarikat milik NTT Communications, adalah sebuah penyedia penyelesaian perkhidmatan dan komunikasi rangkaian di pasaran telco Jepun, syarikat itu merupakan syarikat teknologi yang paling strategik di dalam kumpulan itu sejak sekian lama. NTTPC melancarkan perkhidmatan ISP yang pertama bagi kumpulan NTT, yang dikenali sebagai "InfoSphere" pada tahun 1995, dan juga melancarkan Pusat Data Internet yang pertama dan perkhidmatan hos pelayan Jepun yang diberi nama "WebARENA" pada tahun 1997. NTTPC sentiasa memulakan sesuatu yang baharu di dalam pasaran ICT .
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nttpc.co.jp/

Maklumat mengenai Rancher Labs

Rancher Labs membina perisian sumber terbuka yang berinovatif untuk perusahaan yang memanfaatkan kontena bagi mempercepatkan pembangunan perisian dan meningkatkan operasi IT. Dengan pengurusan perkhidmatan infrastruktur dan merancang secara terperinci kontena yang mantap, serta pengedaran Kubernet dan Docker yang disokong secara komersial, platform pengurusan kontena perdana Rancher membolehkan pengguna untuk  menguruskan dengan mudah semua aspek pengendalian kontena di dalam pengeluaran, di mana-mana infrastruktur. RancherOS  adalah sebuah pengedaran Linux yang dipermudahkan yang dibina daripada kontena untuk menjalankan kontena. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rancher.com.

Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications
Encik Morita, Encik Hayashi, Cik Tomita
Perkhidmatan Awan
Tel: +81 3 6733 9521
E-mel: g-cl@ntt.com
atau
NTTPC Communications
Encik Sato, Encik Hayashi
Perhubungan Awam
Tel: +81 50 3388 1664
E-mel: pr@nttpc.co.jp
atau
Rancher Labs
Cik Eleni Laughlin
Tel: +1 (510) 406-5798
E-mel: eleni@mindsharepr.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170705006164/en



Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.