ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  ​TACONIC BIOSCIENCES DAN PHARMATEST SERVICES LTD. MENGHASILKAN MODEL SISTEM IMUN MANUSIA PERTAMA UNTUK METASTASIS TULANG

Friday 07/07/2017



Penyelidik berharap model baru ini akan menangani penyakit yang tidak dapat diubati dan menyakitkan

HUDSON, N.Y., 7 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pharmatest Services, Ltd. (“Pharmatest”) untuk memanfaatkan perkhidmatan keberkesanan praklinik onkologi dan penyakit skeletal syarikat menggunakan model tikus manusia Taconic.

Metastasis tulang berkembang apabila kanser merebak dari tempat lain di dalam badan dan kerap berlaku akibat hiliran kanser biasa, seperti payudara, prostat, dan kanser paru-paru1,2. Model cantuman Sistem Imun Manusia (HIS) adalah alat penyelidikan utama untuk mengkaji kesan sistem imun terhadap keadaan penyakit dan kini semakin cepat menjadi kaedah pilihan untuk menguji keberkesanan terapeutik onkologi pengaktifan sel imun. Tanpa model konsisten sel-sel imun manusia yang responsif, sukar untuk menilai terapi khusus manusia dan terapi pengaktifan imun. Kerjasama Taconic dengan Pharmatest membawa kepada pasaran komersial model HIS yang pertama digunakan untuk mengkaji metastasis tulang.

"Walaupun keadaan ini mempunyai kekerapan yang tinggi pada pesakit kanser payudara, prostat, dan paru-paru, metastasis tulang biasanya dianggap tidak dapat diubati dan perkembangan terapeutik untuk penyakit yang menyakitkan ini telah dihalang disebabkan oleh ketiadaan model haiwan yang berkaitan untuk mengkaji keberkesanan imunoterapi. Taconic teruja untuk bekerjasama dengan Pharmatest untuk menangani keperluan besar yang tidak dipenuhi ini," ujar Dr Azusa Tanaka, pengurus produk untuk portfolio model penyelidikan ketepatan Taconic. 

Pharmatest membangunkan model haiwan ini untuk menjelaskan peranan sel imun manusia dalam metastasis tulang menggunakan huNOG model Taconic. Model ini mempunyai kedua-dua kanser manusia dan sel-sel imun dalam tulang, membolehkan kajian pelbagai jenis ubat kanser pada metastasis tulang, termasuk ubat-ubatan immuno-oncology seperti ubat perencat pemeriksaan PD-1, PDL-1, dan CTLA-4. Ia juga berharga apabila sel T manusia diperlukan untuk ubat kanser menjadi berkesan. Model ini boleh didapati melalui Pharmatest.

"Pharmatest amat berbesar hati dapat bekerja dengan Taconic.. Kami kagum dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, sokongan saintifik tahap tinggi, dan komunikasi yang cepat dan jelas. Dengan menggunakan tikus manusia yang disediakan oleh Taconic, kami telah dapat mewujudkan lebih banyak model haiwan ramalan untuk menyokong pembangunan terapi immuno-oncology," ujar Dr Jenni Bernoulli, ketua pegawai operasi di Pharmatest.

Taconic menawarkan produk dan perkhidmatan imunologi lengkap, termasuk model haiwan bebas kuman dan perkhidmatan mikrobiotik, sebuah portfolio model manusia berdasarkan kekurangan imun yang teruk CIEA NOG mouse®, strain biakbaka dalam seperti B6, BALB/c, C3H dan DBA/1, model B6 atau latar belakang BALB/c yang kekurangan jenis sel imun tertentu atau yang membawa penanda seperti OT-II, pelbagai strain kekurangan imun yang paling luas untuk digunakan sebagai tuan rumah xenograft, dan suite lengkap teknologi kejuruteraan genomik.

Farmatest adalah organisasi penyelidikan kontrak praklinikal yang menawarkan perkhidmatan keberkesanan yang berkualiti tinggi dalam onkologi dan penyakit tulang, seperti osteoporosis dan osteoartritis. Sebagai pakar tulang, Pharmatest juga menawarkan kajian keselamatan tulang dan onkologi, Pharmatest mempunyai kepakaran khusus dalam model ortotopik dan metastasis ramalan klinikal, dan telah menjadi penyedia global utama model metastasis tulang sejak tahun 2007.  Maklumat boleh diminta melalui info@pharmatest.com

1. https://www.cancer.org/treatment/understanding-your-diagnosis/advanced-cancer/what-is.html 
2. http://www.mcancer.org/bone-metastasis

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model dan perkhidmatan imun-onkologi Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, atau +45 70 23 04 05 di Eropah, atau hantarkan e-mel kepada info@taconic.com.  

Tentang Taconic Biosciences, Inc. 
Taconic Biosciences merupakan peneraju global berlesen penuh bagi model dan perkhidmatan roden tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memeroleh, menjana secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga di serata dunia. Sebagai pakar bagi model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan, dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga buah makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan hampir ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

SUMBER : Taconic Biosciences

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.