ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 22, 2024 -Rabu

 
  MELAWAT SEMULA HANGZHOU, BANDAR RAYA TUAN RUMAH BAGI SIDANG KEMUNCAK G20 2016 - "EWTP" UNTUK MEMPROMOSIKAN HANGZHOU SEBAGAI HAB STRATEGIK BAGI "LALUAN SUTERA DALAM TALIAN"

Friday 07/07/2017



AsiaNet 69221
 
HANGZHOU, China, 7 Julai, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 16 Jun, Jawatankuasa Profesional Kerjasama Tempatan “The Belt and Road” (BRLC) UCLG Wilayah Asia Pasifik secara rasminya mempunyai ibu pejabat di Tasik Barat dan menjadi sebuah "penduduk" tetap Hangzhou, bandar raya tuan rumah bagi Sidang Kemuncak G20 2016 di China Timur, yang bertujuan untuk mewujudkan diri menjadi sebuah hab strategik bagi "Laluan Sutera Dalam Talian."
 
"The Belt and Road adalah satu daripada inisiatif yang paling penting yang pernah saya lihat di dalam hidup saya," kata Jenny Shipley, bekas Perdana Menteri New Zealand dan ahli lembaga pengarah bagi Forum Kewangan Antarabangsa, pada Mesyuarat Pertama Persatuan Antarabangsa Laluan Sutera 2017 pada 17 Jun.
 
Zhao Yide, setiausaha jawatankuasa perbandaran Hangzhou bagi CPC, berkata Hangzhou akan meneruskan pembinaan sebuah zon percubaan yang komprehensif bagi e-dagang merentas sempadan, dan mempercepatkan pembinaan sebuah pusat data besar dan perkhidmatan yang berinovasi dengan daya saing antarabangsa bagi e-dagang merentas sempadan, agar dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang terbaik untuk e-dagang dan membina Hangzhou menjadi sebuah hab strategik bagi "Laluan Sutera Dalam Talian."
 
Jelas sekali, Hangzhou telah berada di titik permulaan bagi sebuah perjalanan baharu, seperti Laluan Sutera darat dan maritim yang membuka penerokaan di Barat beribu tahun yang lalu. Pada suku pertama tahun ini, Hangzhou mencatatkan kadar perolehan 1.82 bilion dolar Amerika bagi e-dagang merentas sempadan, termasuk eksport berjumlah 1.35 bilion dolar Amerika, satu peningkatan sebanyak 21.78 peratus tahun ke tahun. Sebanyak 106 syarikat e-dagang berpindah ke zon eksperimen semasa tempoh yang sama, sekali gus bertindak sebagai sebuah pemacu penting bagi perdagangan asing bagi Hangzhou.
 
Sebagai hakikatnya, Hangzhou kini telah menjadi satu daripada bandar raya China dengan ekonomi baharu yang paling dinamik, dan bandar raya itu ditugaskan dengan beberapa program pembaharuan perintis seperti Zon Demonstrasi Inovatif Persendirian Kebangsaan dan Zon Demonstrasi Ekonomi Lapangan Terbang Hangzhou yang baharu diluluskan. Data itu menunjukkan bahawa selepas Sidang Kemuncak G20, pengaruh antarabangsa Hangzhou telah mencapai satu tahap baharu.
 
Sebagai tambahan kepada pelan pembaharuan kebangsaan, beberapa inisiatif daripada masyarakat madani juga sedang bergema di peringkat antarabangsa. Semasa Sidang Kemuncak G20 pada tahun lepas, Jack Ma, pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba, buat pertama kalinya mengetengahkan konsep "eWTP" (Platform Perdagangan Dunia Elektronik), yang dimasukkan ke dalam Penyataan Pemimpin-pemimpin G20 Sidang Kemuncak Hangzhou.
 
Idea ini dengan pantas menjadi satu kenyataan. Pada Mac tahun ini, Kumpulan Alibaba dan Kerajaan Malaysia bersama-sama mengumumkan satu perjanjian kerjasama yang penting untuk membina eWTP "pusat digital" yang pertama di luar China untuk membantu golongan muda dan perniagaan kecil di Malaysia dan di seluruh rantau Asia Tenggara untuk mengambil bahagian di dalam perdagangan global.
 
Kami "boleh (menggunakan Alibaba untuk) menjual produk berkualiti Malaysia ke negara-negara asing dan memperkenalkan import berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia," kata Huang Wanbing, Ketua Pegawai Operasi bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
 
Sementara itu, produk buatan China dengan logo Hangzhou mara menembusi pasaran dunia. Di Frankfurt, Jerman, terdapat sebuah jalan yang dinamakan Chint sempena sebuah syarikat China. Hanya Siemens, Bosch dan lain-lain telah diberi penghormatan yang sama di Jerman. Dua tahun lepas, Kumpulan Chint, melalui operasi modal dan penstrukturan semula aset, mengubah sebuah kilang komponen syarikat fotovoltan terkenal Jerman Conergy kepada perniagaan modul PV tempatan yang terbesar, dengan mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan.
 
Data menunjukkan bahawa pada masa ini terdapat 93 projek pelaburan luar negara di negara-negara Belt and Road yang datang dari Hangzhou. Bagi projek-projek itu, pihak China menjanjikan 3.563 bilion dolar Amerika, yang mencakupi 37.86 peratus daripada amaun yang dipersetujui bagi jumlah pelaburan asing Hangzhou.
 
SUMBER: Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou bagi CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=292617

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.