ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 22, 2024 -Rabu

 
  ​NTT COMMUNICATIONS DAN ARKADIN DIBERI PENGIKTIRAFAN DALAM ANUGERAH ICT FROST & SULLIVAN ASIA PASIFIK

Friday 07/07/2017



TOKYO, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Arkadin, sebuah syarikat NTT Communications dan pemimpin pasaran di dalam perkhidmatan awam Komunikasi dan Kerjasama Disatukan, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua mereka telah menerima Anugerah ICT Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017.
 
NTT Com telah diiktiraf sebagai Penyedia Terbaik Tahun Berkenaan untuk Penyelesaian Total bagi Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017 UC-sebagai-satu-Perkhidmatan, dan Penyedia Terbaik Tahun Berkenaan bagi Perkhidmatan Pusat Data Telco Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017, dan Arkadin telah diiktiraf sebagai Pembekal Perkhidmatan Kerjasama Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017, tahun kelima berturut-turut yang menyaksikan Arkadin dinamakan di dalam kategori ini. Keputusan itu diumumkan pada Anugerah ICT Frost & Sullivan Asia Pasifik 2017 di Singapura pada 6 Julai.
 
Menurut Shuishan Lu, Penganalisis Industri, Transformasi Digital, Asia Pasifik di Frost & Sullivan, "Dengan memanfaatkan perkongsian strategik dengan vendor teknologi Komunikasi Disatukan yang terkemuka, NTT Communications dapat menawarkan sebuah portfolio UCaaS yang pelbagai dan komprehensif dengan kelenturan di dalam melaksanakan perkhidmatan yang nyata. Ini telah mewujudkan nilai perniagaan tambahan bagi syarikat itu kerana ia dapat menyediakan sebuah portal pelanggan sehenti bagi pengurusan pelbagai perkhidmatan, serta memperkukuhkan penyelesaian keterlanjutan dan saling kendali dengan penyatuan pihak ketiga. "Berkenaan dengan Penyedia Terbaik Tahun Berkenaan bagi Perkhidmatan Pusat Data Telco Asia Pasifik, YuXuan NG, Penganalisis Industri, Transformasi Digital, Asia Pasifik di Frost & Sullivan, berkata "NTT Communications membezakan dirinya daripada peserta pasaran lain melalui keupayaannya untuk menawarkan Perkhidmatan tambah nilai  yang komprehensif, bersama-sama dengan kemudahan pusat data dan perkhidmatan hos yang diurus. Dengan membawa perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan pusat data mereka, NTT Communications telah mencapai kejayaan yang signifikan dari segi realisasi perolehan pendapatan bagi setiap meter persegi dan pertumbuhan tahun ke tahun."
 
Mengenai anugerah Arkadin, Zi Ning Chong, Penganalisis Penyelidikan Amalan ICT - Asia Pasifik di Frost & Sullivan berkata "Dalam sebuah pasaran yang sangat berdaya saing dan dikomersialkan, Arkadin mengekalkan strategi mereka yang berorientasikan pelanggan dan meneruskan pertumbuhan pendapatan yang menguntungkan pada tahun 2016. Untuk memperkukuhkan saling kendali di antara kerjasama teknologi, syarikat itu terus meningkatkan perkongsian strategik dengan Microsoft (Skype untuk Perniagaan) dan Cisco, terutamanya dengan pelancaran Arkadin Total Connect, yang menyediakan sebuah ekosistem UC yang bersepadu sepenuhnya dengan penyelesaian Office 365 yang dikendalikan oleh suara, Cisco CCA-SP dan Cisco Spark."
 
Pautan:
Arcstar UCaaS
Arctstar SIP Trunking
Nexcenter
Arkadin Services
 
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com
 
Maklumat mengenai Arkadin

Arkadin adalah satu daripada Penyedia Perkhidmatan Kerjasama dan Komunikasi Disatukan yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Koleksi kami bagi persidangan audio/ web/ video yang terkemuka di pasaran dan penyelesaian Komunikasi Disatukan membolehkan pengalaman kerjasama yang menyeronokkan yang penting untuk berjaya di tempat kerja global yang bersambung secara digital. Sebagai sebuah syarikat NTT Communications, perkhidmatan kami disalurkan di dalam awan dan disokong oleh sebuah infrastruktur canggih untuk kualiti perkhidmatan premium. Lebih 50,000 pelanggan yang merangkumi perusahaan global terbesar sehingga perniagaan kecil disokong secara tempatan dalam 19 bahasa melalui rangkaian kami yang terdiri daripada 56 pusat operasi di 33 buah negara. Untuk maklumat lanjut: www.arkadinapac.com
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51584113&lang=en
 
Hubungi
Untuk maklumat lanjut
NTT Communications Corporation
Cik Yuko Miyamoto / Cik Aoi Funagoshi, +81 3 6700 4010
Perhubungan Awam

atau

Arkadin Singapura
Cik Nicki Soffe, +65 6572 4707
Pengarah Pemasaran dan Pemasaran Produk
 
Sumber: NTT Communications Corporation
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170706005364/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.