ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  DOLE FOOD COMPANY, INC. MENGUMUMKAN PENERIMAAN KEPERLUAN PERSETUJUAN DAN HABIS TEMPOH BAGI PENGESAHAN PERSETUJUAN BERKAITAN DENGAN 7.25% NOTA BERCAGAR SENIOR MEREKA YANG AKAN MATANG PADA 2025

Monday 10/07/2017



WESTLAKE VILLAGE, Calif., 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dole Food Company, Inc. ("Dole") hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima persetujuan yang diperlukan ("Keperluan Persetujuan") berkenaan dengan pengumuman pengesahan persetujuan yang diumumkan sebelum ini ("Pengesahan Persetujuan") mengenai pindaan tertentu ("Pindaan") kepada Indentur, bertarikh pada 6 April 2017, di antara Dole, pihak penjamin dan Wilmington Trust, National Association, sebagai pemegang amanah ("Pemegang Amanah"), yang mentadbir 7.25% Nota Bercagar Senior yang matang pada 2025 ("Nota") ("Indentur"), mengikut syarat-syarat dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan, yang bertarikh 26 Jun 2017 ("Kenyataan Pengesahan Persetujuan").

Pengesahan Persetujuan itu tamat tempoh pada pukul 5 petang, waktu Bandar Raya New York, pada 6 Julai 2017 ("Masa Tamat Tempoh"). Yuran Persetujuan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan) akan dibayar kepada pemegang Nota yang secara sah menyerahkan dan tidak membatalkan Persetujuan (seperti yang ditakrifkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan) sebelum Masa Tamat Tempoh apabila persetujuan atau penepian syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan di bawah "Pengesahan Persetujuan—Syarat-syarat kepada Penerimaan Persetujuan oleh Kami dan Pembayaran Yuran Persetujuan," termasuk, tanpa had, penyempurnaan IPO yang Layak (seperti yang ditakrifkan di dalam Indentur).

Dole bercadang untuk melaksanakan satu indentur tambahan bagi memberi kesan kepada Pindaan itu ("Indentur Tambahan Pertama"). Indentur Tambahan Pertama itu mengikat kesemua pemegang Nota dan penerima pindahan mereka, termasuk mereka yang tidak memberikan persetujuan mereka.

Ejen Solisitasi berhubung dengan mendapatkan Pengesahan Persetujuan itu adalah Morgan Stanley & Co. LLC. Soalan-soalan berhubung pengesahan persetujuan itu boleh diarahkan kepada Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Kumpulan Pengurusan Liabiliti di (800) 624-1808 (bebas tol) atau (212) 761-1057. Global Bondholder Services Corporation berkhidmat sebagai Ejen Maklumat dan Ejen Tabulasi berkaitan dengan Pengesahan Persetujuan itu. Permintaan untuk salinan tambahan bagi Kenyataan Pengesahan Persetujuan hendaklah diarahkan kepada Ejen Maklumat di (866) 470-3900 (bebas tol), (212) 430-3774 (bank dan broker) (pungutan) atau contact@gbsc-usa.com.

Pengumuman ini bukanlah satu tawaran untuk membeli atau meminta tawaran bagi membeli mana-mana sekuriti. Pengesahan persetujuan itu dibuat semata-mata oleh Kenyataan Pengesahan Persetujuan dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalamnya.

Siaran berita ini mengandungi "kenyataan yang berpandangan ke hadapan," dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian. Kenyataan berpandangan ke hadapan, yang didasarkan kepada jangkaan semasa pihak pengurusan, secara umumnya boleh dikenalpasti melalui penggunaan istilah seperti "boleh," "akan," "menjangka," "percaya," "berhasrat," "menjangkakan" dan ungkapan yang membawa maksud yang sama. Potensi risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat di sini termasuk fenomena yang berkaitan dengan cuaca; tindak balas pasaran terhadap tekanan volum industri; bekalan barang dan bahan mentah dan harga; bekalan tenaga dan harga; perubahan dalam kadar pertukaran mata wang dan faedah; krisis ekonomi; risiko keselamatan di negara-negara membangun; konflik antarabangsa; dan kuota, tarif dan tindakan kerajaan yang lain. Maklumat lanjut mengenai faktor-faktor yang boleh menjejaskan keputusan kewangan Dole dimasukkan di dalam Kenyataan Pengesahan Persetujuan dan dokumen-dokumen yang digabungkan di dalamnya.

Hubungi
Dole Food Company, Inc.
William Goldfield
818-874-4647

Sumber: Dole Food Company, Inc.


Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170707005133/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.