ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 21, 2024 -Selasa

 
  UPSI BAKAL ANJUR 'YOUNG INNOVATOR CHALLENGES 2017'

Tuesday 11/07/2017



TANJONG MALIM, 11 Julai (Bernama) -- Fakulti Sains dan  Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Dream Catcher Sdn. Bhd. akan menganjurkan 'Young Innovator Challenges 2017' pada 14 hingga 16 Julai 2017 bertempat di Dewan Konvensyen, Aras 5, Bangunan E-Learning, UPSI.
 
Menurut Dekan Prof. Madya Dr. Zulkifley Mohamed, program itu bermatlamat menjayakan agenda negara bagi membangunkan modal insan yang inovatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan selaras dengan Dasar Pendidikan Negara, membudayakan amalan penyelesaian masalah melalui Sains dan Teknologi dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat serta mengembangkan pemikiran kreatif, inovatif dan imaginatif dalam kalangan guru sains dan pelajar.
 
“Program ini tercetus ekoran minat belia Malaysia untuk mengikuti bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi yang semakin berkurangan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Modal Insan Dan Sains 2015 oleh Akademi Sains Malaysia,”.
 
“Justeru dalam hal ini, UPSI sebagai sebuah universiti yang komited membawa perubahan  dalam pendidikan, mengambil langkah proaktif mempergiatkan lagi minat pelajar-pelajar sekolah di Malaysia terhadap bidang STEM melalui pelbagai kaedah yang terancang. Salah satunya ialah dengan menyertai program 'Young Innovators Challenge' yang mampu memberi pendedahan secara kreatif dan inovatif terhadap bidang Sains,” katanya.
 
Tambah beliau, program itu merupakan inisiatif Chumbaka (Dream Catcher Sdn. Bhd.), sebuah syarikat berteraskan teknologi kejuruteraan dan mendapat sokongan di peringkat nasional oleh MdeC dan Sime Darby.
 
Mengangkat tema ‘In conjunction with Perak Expo for Young Scientists’ program ini sekali gus memberi peluang kepada pelajar UPSI untuk menimba pengalaman sebagai mentor dan menyumbang kepakaran dan pengalaman mereka kepada para pelajar sekolah dengan harapan proses mentor-mentee ini akan dapat membantu menaikkan minat pelajar sekolah dalam mempelajari Sains dan Teknologi serta mampu berfikir secara kritis. 

Klik sini untuk Maklumat Lanjut Youth Innovators Challenge 2017

UNIT MEDIA DAN PENERBITAN KORPORAT
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SUMBER : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Tel : +605 - 450 6000 / 6661
Faks :  +605 - 458 2776
Emel :   ccd@upsi.edu.my

Facebook     :     UPSIMalaysia
Twitter          :     UPSI_Malaysia
Instagram     :     upsi_malaysia
UPSI.tv         :     http://www.upsi.tv/

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.