ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  FEDEX MEMFAILKAN BORANG 10-K DENGAN PENDEDAHAN TAMBAHAN MENGENAI SERANGAN SIBER ​​YANG MEMPENGARUHI SISTEM TNT EXPRESS

Tuesday 18/07/2017



Menegaskan Semula Komitmen untuk Meningkatkan Pendapatan Operasi FedEx Express sebanyak $1.2 hingga $1.5 bilion menjelang Tahun Kewangan 2020
 
MEMPHIS, Tenn., 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) ("FedEx") hari ini memfailkan laporan tahunannya pada Borang 10-K untuk tahun kewangan 2017 dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti. Pemfailan itu termasuk maklumat tambahan berhubung serangan siber pada Jun 2017 ke atas sistem maklumat TNT Express B.V. ("TNT") di seluruh dunia, syarikat pengangkutan ekspres antarabangsa, penghantaran darat bagi pakej kecil dan pengangkutan barangan FedEx yang diperolehi pada Mei 2016.
 
Serangan Siber ke atas TNT Express
 
Pada 28 Jun, 2017, FedEx mengumumkan bahawa operasi TNT di seluruh dunia telah terjejas dengan ketara oleh serangan siber yang dikenali sebagai Petya, yang membabitkan penyebaran sebuah virus teknologi maklumat melalui sebuah produk perisian cukai Ukraine. Sistem dan data bagi kesemua syarikat FedEx yang lain pada masa ini tidak terjejas oleh serangan itu. TNT beroperasi di Ukraine dan menggunakan perisian itu yang telah dicurigai, yang membolehkan virus itu menyusup masuk ke dalam sistem TNT dan menyulitkan data mereka. Walaupun operasi dan komunikasi TNT terjejas dengan ketara, tiada pelanggaran data atau kehilangan data kepada pihak ketiga diketahui telah berlaku pada tarikh siaran akhbar ini dibuat.
 
FedEx melaksanakan pelan kontingensi segera selepas serangan itu untuk memulihkan sistem operasi dan komunikasi TNT. Pada tarikh siaran akhbar ini dibuat, semua depot, hab dan kemudahan TNT masih beroperasi dan kebanyakan perkhidmatan TNT dapat diperolehi, tetapi pelanggan masih mengalami kelewatan perkhidmatan dan invois yang meluas, dan proses manual digunakan untuk memudahkan sebahagian besar daripada operasi TNT dan fungsi khidmat pelanggan. Kami tidak dapat menganggarkan bila perkhidmatan TNT akan dipulihkan sepenuhnya. Pelan kontingensi yang menggunakan kedua-dua rangkaian FedEx Express dan TNT sedia kekal untuk meminimumkan impak kepada pelanggan.
 
Pasukan-pasukan teknologi maklumat kami telah memberi tumpuan kepada memulihkan sistem kritikal dan terus membuat kemajuan di dalam menyambung semula perkhidmatan penuh dan memulihkan sistem kritikal. Pada masa ini, kami memberi tumpuan untuk memulihkan sistem operasi yang masih ada, bersama-sama dengan sistem kewangan, ruang peralatan dan perniagaan sekunder. Kami tidak dapat menganggarkan berapa lama masa yang akan diambil untuk memulihkan sistem yang terjejas, dan kemungkinan yang munasabah bahawa TNT tidak dapat memulihkan sepenuhnya kesemua sistem yang terjejas dan membaik pulih kesemua data perniagaan penting yang disulitkan oleh virus.
 
Berikutan pemasaan dan besarnya serangan baru-baru ini, sebagai tambahan kepada tumpuan awal kami ke arah memulihkan operasi TNT dan fungsi perkhidmatan pelanggan, kami masih menilai kesan kewangan serangan itu, namun besar kemungkinan ia akan menjadi penting. Kami tidak mempunyai insurans siber atau insurans lain untuk melindungi serangan ini. Walaupun kami tidak dapat mengukur jumlah kuantiti pada masa ini, kami telah mengalami kehilangan hasil disebabkan oleh penurunan volum di TNT dan kos tambahan yang dikaitkan dengan pelaksanaan rancangan luar jangka dan pemulihan bagi sistem yang terjejas.
 
Kesan dan risiko tambahan yang dikaitkan dengan serangan siber itu yang boleh memberi kesan negatif terhadap keputusan operasi dan keadaan kewangan kami dijelaskan dalam faktor risiko sepadan yang termasuk di dalam bahagian Perbincangan dan Analisis Pengurusan pada laporan tahunan kami di Borang 10-K untuk tahun kewangan 2017, yang difailkan awal hari ini. Sebagai tambahan kepada kesan kewangan, serangan siber itu mungkin memberi impak dari segi material terhadap kawalan dan prosedur penzahiran dan kawalan dalaman kami terhadap pelaporan kewangan pada masa akan datang.
 
Pengesahan semula Panduan Pendapatan Operasi FedEx Express bagi Tahun Kewangan 2020
 
FedEx mengesahkan semula komitmen mereka untuk meningkatkan pendapatan operasi bagi Kumpulan FedEx Express dengan sebanyak $1.2 bilion hingga $1.5 bilion dalam tahun kewangan 2020 berbanding tahun kewangan 2017, dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi sederhana dan peraturan perakaunan dan cukai semasa.
 
Gambaran Keseluruhan Korporat
 
FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan satu portfolio yang meluas bagi perkhidmatan pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $60 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan bersepadu menerusi syarikat-syarikat beroperasi yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan secara bersama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan untuk kekal "benar-benar, positif" dengan memberi tumpuan kepada keselamatan, piawaian etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan pelanggan dan komuniti mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang dan segala kemungkinan di seluruh dunia, sila layari about.fedex.com.
 
Maklumat tambahan dan data operasi terkandung di dalam laporan tahunan syarikat, Borang 10-K, Borang 10-Qs dan Borang 8-Ks.
 
Halaman Hubungan Pelabur di laman web kami, investors.fedex.com, mengandungi sejumlah maklumat penting mengenai FedEx, termasuk pemfailan kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti ("SEC") dan maklumat kewangan dan maklumat lain untuk pelabur. Maklumat yang kami paparkan di laman web Hubungan Pelabur kami boleh disifatkan sebagai maklumat penting. Kami menggalakkan pelabur, media dan pihak lain yang berminat di dalam syarikat itu untuk melayari laman web ini dari semasa ke semasa, memandangkan maklumat dikemas kini dan maklumat baharu dipaparkan.
 
Kenyataan tertentu di dalam siaran akhbar ini mungkin dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan, seperti kenyataan yang berkaitan dengan pandangan pengurusan berhubung dengan peristiwa di masa hadapan dan prestasi kewangan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu adalah tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada pengalaman sejarah atau dari keputusan pada masa hadapan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan ekonomi di pasaran global di mana kami beroperasi, keupayaan kami untuk mengintegrasikan dengan jayanya perniagaan dan operasi FedEx Express dan TNT dalam jangka masa yang dijangkakan, keupayaan kami untuk memadankan keupayaan untuk mengalihkan tahap volum, perubahan di dalam harga bahan api atau kadar tukaran mata wang, pelanggaran data yang ketara atau gangguan lain ke atas infrastruktur teknologi kami, cabaran perundangan atau perubahan yang berkaitan dengan pengendali-pemilik FedEx Ground dan pemandu yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak mereka, peraturan baharu domestik Amerika Syarikat atau kerajaan antarabangsa, keupayaan kami untuk dengan efektif mengendali, mengintegrasi dan memanfaatkan perniagaan yang diperolehi, gangguan atau pengubahsuaian di dalam perkhidmatan oleh, atau perubahan di dalam perniagaan, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, kesan daripada mana-mana kegiatan pengganas atau konflik antarabangsa, kesan daripada serangan siber ke atas TNT yang dijelaskan di dalam siaran akhbar ini dan faktor lain yang boleh diperolehi di dalam siaran media FedEx Corp. dan anak syarikat mereka dan pemfailan FedEx Corp. dengan SEC. Mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan hanya berkaitan pada tarikh ia dikeluarkan. Kami tidak berjanji atau mengandaikan sebarang kewajipan untuk mengemaskini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa di masa hadapan atau sebaliknya.
 
Hubungi
FedEx Corp.
Perhubungan Media:
Patrick Fitzgerald, 901-818-7300

atau

Hubungan Pelabur:
Mickey Foster, 901-818-7468

Sumber: FedEx Corp.
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170717005594/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.