ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​MURATA BERGANDING DENGAN STMICRO UNTUK MENAMBAHKAN PENYAMBUNGAN SIGFOX KEPADA MODUL LORAWAN MEREKA YANG MEMBOLEHKAN KEUPAYAAN MENIKMATI YANG "TERBAIK DARIPADA KEDUA-DUA SITUASI"

Tuesday 18/07/2017



KYOTO, Jepun, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Murata Manufacturing Co., Ltd. (TOKYO: 6981) (ISIN: JP3914400001) hari ini mengumumkan keputusan daripada kerjasama mereka dengan kedua-dua STMicro dan SigFox untuk menempatkan tindanan SigFox agar wujud bersama-sama dengan tindanan LoRa pada modul faktor bentuk kecil Murata Jenis ABZ LoRaWAN™. Dengan ciri-ciri ini Murata telah memperluaskan keupayaan modul itu untuk menyediakan kedua-dua kemampuan LoRa dan SigFox ke seluruh dunia dari satu platform perkakasan tunggal. Pendekatan ini membolehkan pelanggan untuk membuat keputusan mengenai teknologi rangkaian mana yang memberi khidmat terbaik kepada aplikasi itu bergantung kepada lokasi, keperluan perkhidmatan dan kos.
 
Kedua-dua rangkaian menawarkan keupayaan rangkaian kawasan luas berkuasa rendah (LPWAN) yang sama, yang mensasarkan aplikasi dalam meter pintar, pengurusan kemudahan, pengesanan aset, dan pelbagai kegunaan lain di dalam ruang IoT. Walaupun setiap mempunyai perbezaan, matlamat bersama ialah liputan rangkaian dengan Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang baik. Dengan menyokong kedua-dua piawaian, modul Murata juga boleh merapatkan kedua-dua rangkaian, menyediakan lebih banyak kelenturan penempatan dengan membolehkan sebuah operasi dwi mod dari satu pakej perisian tegar yang boleh digunakan secara global.
 
Sebagai vendor utama yang pertama untuk menawarkan sebuah modul LPWAN yang menyokong kedua-dua LoRa dan SigFox, Murata menjangka untuk mencapai satu kedudukan yang terkemuka di dalam pasaran ini dan pada masa yang sama memberi kepada pelanggan dengan penyelesaian kelanjutan usia dan keteguhan yang lebih besar. Sebagai contoh, sekiranya terdapat satu masalah rangkaian pada satu rangkaian, aplikasi pelanggan dapat dengan mudah bertukar kepada protokol lain, ini menawarkan kelewahan bagi pautan komunikasi.
 
Pada masa ini, modul Murata Jenis ABZ LoRaWAN™, yang menggunakan sebuah pengawal mikro tanpa wayar berasaskan STM32 STMicro dan SX1276 Semtech RFIC, beroperasi dalam jalur frekuensi 806-930MHz dan menyediakan kuasa keluaran nominal +14 dBm yang boleh ditingkatkan kepada +20 dBm untuk aplikasi jarak jauh atau aplikasi lokasi isyarat yang lemah. STMicro adalah sebuah rakan  utama bagi Murata, dan STMicro bertanggungjawab untuk pembangunan perisian tegar SigFox. Persijilan SigFox Eropah bagi modul itu telah selesai dan persijilan untuk kawasan Amerika Syarikat dan Asia Pasifik dijadual disiapkan seterusnya. Perisian tegar itu akan disediakan oleh STMicro melalui laman webnya.
 
"Kami amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan STMicroelectronics untuk melancarkan modul dwi mod LoRa/SigFox Murata ke dalam ekosistem LPWA," kata Samir Hennaoui, Pengurus Produk di Murata. "Dengan menggabungkan kedua-dua teknologi pelengkap ini, kami telah menghasilkan sebuah modul yang sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi yang ingin digunakan oleh pelanggan kami. Saling boleh kendali bagi modul itu juga akan menggalakkan pelanggan baharu untuk memasuki pasaran itu."
 
Untuk maklumat lanjut bagi memeriksa stok, sila layari
http://www.murata.com/en-sg/support/stock?partnumber1=CMWX1ZZABZ?excid=as_pr-p_dt_ttl_bw-lpwa_20170718
 
Maklumat lanjut mengenai produk tanpa wayar Murata boleh dilihat di:
http://wireless.murata.com/eng/products.html?excid=as_pr-p_dt_ttl_bw-lpwa_20170718
 
Maklumat mengenai Murata
 
Murata Manufacturing Co., Ltd. adalah sebuah pemimpin dunia di dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan komponen dan penyelesaian elektronik pasif yang berasaskan seramik, modul perhubungan dan modul bekalan kuasa. Murata komited kepada pembangunan bahan-bahan elektronik yang canggih dan termaju, pelbagai fungsi, modul berkepadatan tinggi. Syarikat itu mempunyai pekerja dan kilang pengeluaran di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Murata di www.murata.com.
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51588367&lang=en
 
Hubungi
Hubungan Media
Murata Manufacturing Co., Ltd.
Junko Matsumura, +81-75-955-6786
Pejabat Perhubungan Korporat
prsec_mmc@murata.com
 
Sumber: Murata Manufacturing Co., Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170717005056/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.