ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  BENGKEL LATIHAN SERANTAU MENGENAI PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN DENGAN FOKUS KHUSUS PADA "PENERAPAN ICT UNTUK PERTANIAN BERKEKALAN"

Tuesday 18/07/2017



Bengkel  Teknikal  Kesan Taburan dan Perubahan Strategi Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim ke atas Jaminan Bekalan Makanan di Rantau ASEAN  

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Ketua Pengarah MARDI, Y Bhg Datuk Dr Sharif Haron merasmikan dua bengkel antarabangsa  yang diadakan bersekali di Putrajaya. Bengkel yang pertama ialah Bengkel  Teknikal  Kesan Taburan dan Perubahan Strategi Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim ke atas Jaminan Bekalan Makanan di Rantau ASEAN yang telah diadakan dengan jayanya pada 17 Julai 2017. Bengkel ini adalah anjuran bersama MARDI dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA). Manakala bengkel yang kedua ialah Bengkel Latihan Serantau mengenai Pemindahan Teknologi Pertanian dengan Fokus Khusus pada "Penerapan ICT untuk Pertanian Berkekalan” yang mana bengkel ini adalah anjuran bersama MARDI dan Centre for Alleviation of Poverty through Sustainable Agriculture (CAPSA-UNESCAP). Majlis ini turut dihadiri oleh Masakazu Ichimura, Pengarah CAPSA-UNESCAP dan Dr. Venkatachalam Anbumozhi, Pegawai Kanan Ekonomi ERIA.

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh MARDI- Centre for Alleviation of Poverty through Sustainable Agriculture (CAPSA-UNESCAP) dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), dan akan diadakan dari 17 hingga 20 Julai 2017 di Hotel Marriott Putrajaya. Bengkel ini dihadiri seramai 53 peserta tempatan dan negara-negara Asia.

Bengkel yang pertama diadakan bertujuan untuk mendapatkan pemahaman tentang isu-isu yang berkaitan dengan bencana alam dan perubahan iklim serta kesannya kepada jaminan bekalan makanan di rantau ini. Ini akan memberi ruang untuk membincangkan langkah-langkah dan strategi yang diperlukan untuk meningkatkan daya tahan kepada perubahan iklim di Negara-negara rantau ASEAN.

Bengkel kedua pula memberi fokus kepada pemindahan teknologi dengan  bertemakan “Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pemindahan Teknologi untuk Kelestarian Pertanian”. Objektif bengkel ini adalah untuk  mengenalpasti cabaran-cabaran untuk memindahkan teknologi dan inovasi pertanian secara efektif kepada pihak-pihak yang memerlukan. Cabaran ini sebenarnya dihadapi oleh sektor pertanian di seluruh rantau Asia Pasifik.

Kedua-dua bengkel ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Bengkel yang pertama lebih menumpu kepada memahami kesan-kesan perubahan iklim dan bencana alam terhadap kelestarian makanan di rantau ini dan bengkel kedua pula mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan dalam meningkatkan daya ketahanan rantau ini kepada masalah ini.

Bengkel ini juga membincangkan kaedah terbaik untuk mengekalkan ekosistem pertanian yang sihat, mengukuhkan kapasiti dalam penyesuaian perubahan iklim hari ini seperti cuaca ekstrem, kemarau, banjir dan bencana-bencana lain serta meningkatkan kualiti tanah. Perbincangan dan perkongsian maklumat di kalangan negara-negara ASIA akan dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua.

Fokus diberikan kepada penerapan ICT dalam pemindahan teknologi. Ini mungkin akan dapat membantu dalam pembangunan polisi dan penggubalan dasar yang berkaitan isu-isu perubahan iklim serantau.

Bengkel ini merupakan saluran terbaik bagi Malaysia sebagai negara tuan rumah untuk meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan negara-negara ASEAN yang lain, dalam keberkesanan pengurusan pemindahan teknologi pertanian.

Adalah diharapkan hasil dari bengkel-bengkel ini akan dapat memberikan pencerahan kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan bencana alam dan perubahan iklim. Kejayaan pemindahan teknologi dan inovasi dalam hal ini memerlukan komitmen dari semua pihak termasuk pihak awam dan swasta dan perlu dilakukan di peringkat ladang, organisasi, daerah dan negara.

Selain bengkel, para peserta akan dibawa melawat ke Melaka Halal Hub Sdn. Bhd., pusat industri halal pertama di Malaysia. Lawatan ini adalah untuk menerangkan peranan Melaka Halal Hub sebagai pusat halal logistik, penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk halal, pusat pembungkusan dan label halal. Akhir sekali, melawat ke Pusat Kecemerlangan (COE) herba di MARDI Linggi Melaka. Mereka akan dijelaskan bagaimana teknologi minyak pati dipindahkan kepada pengeluar yang terlibat untuk tujuan pengkomersialan.

SUMBER : Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Nur Akmal Binti Hassan
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 019 - 455 3400
Faks : 03 - 8953 97221

--BERNAMA 






 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.