ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​CT CORP DAN PRUDENTIAL FINANCIAL, INC., MEWUJUDKAN USAHASAMA INSURANS NYAWA DI INDONESIA

Tuesday 18/07/2017



Perkongsian strategik memperluaskan akses bagi kelas pertengahan Indonesia yang semakin meningkat kepada penyelesaian perlindungan kewangan dan insurans
 
JAKARTA, Indonesia, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CT Corp dan Prudential Financial, Inc. (PFI) (NYSE: PRU) yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, telah mewujudkan satu usahasama untuk menyediakan penyelesaian insurans nyawa kepada sebuah spektrum penduduk yang luas di Indonesia melalui satu strategi pengedaran pelbagai saluran, syarikat-syarikat itu mengumumkan hari ini. Di bawah perjanjian yang termeterai baru-baru ini, yang telah diluluskan oleh OJK di Indonesia, anak syarikat PFI, Pruco Life Insurance Company telah memperolehi 49 peratus kepentingan di dalam anak syarikat insurans nyawa milik sepenuhnya CT Corp, PT Asuransi Jiwa Mega Indonesia.
 
"Kami gembira untuk menjalin kerjasama dengan CT Corp, yang menguasai satu daripada kumpulan perniagaan terbesar dan paling terkemuka di Indonesia, ketika kami memasuki pasaran ini buat pertama kalinya untuk memperkenalkan penawaran dan kemampuan kami bagi memenuhi keperluan pasaran Indonesia," kata Charles Lowrey, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai operasi bagi perniagaan antarabangsa PFI. "Perkongsian itu mengembangkan strategi pertumbuhan perniagaan kami dengan memperluaskan kehadiran PFI di peringkat antarabangsa ke dalam sebuah pasaran yang menarik dengan potensi pertumbuhan jangka panjang, penembusan insurans yang rendah dan persekitaran kawal selia yang maju."
 
Lowrey berkata, "Kami percaya jangkauan pelanggan dan kehadiran jenama CT Corp yang kukuh, bersama-sama dengan kepakaran insurans dan pengurusan aset PFI yang begitu lama — dengan disokong oleh proses operasi dan teknologi kami, inovasi produk, pengurusan risiko dan bakat — akan mengembangkan pilihan bagi kelas pertengahan Indonesia yang semakin meningkat untuk mendapatkan perlindungan kewangan bagi keluarga mereka."
 
Perjanjian usahasama itu ditutup pada 3 Julai 2017.
 
Sebagai sebuah pemimpin dunia di dalam perlindungan kewangan, persaraan dan pengurusan aset, perniagaan PFI berusaha ke arah menjadikan keselamatan kewangan jangka panjang menjadi satu kenyataan bagi berjuta-juta penduduk di seluruh dunia. Syarikat itu memberi perkhidmatan kepada pelanggan runcit dan institusi di lebih 40 buah negara di seluruh dunia, termasuk Jepun, Korea Selatan, Taiwan, China, Malaysia dan India. Sehingga 31 Disember 2016, syarikat itu mempunyai kira-kira $3.7 trilion insurans nyawa kasar yang berkuat kuasa di seluruh dunia, termasuk dasar-dasar Blok Tertutup.
 
Chairul Tanjung, pengerusi dan pengasas CT Corp, menekankan bahawa "keperluan bagi insurans nyawa meningkat ketika pendapatan boleh guna, jangka hayat dan celik kewangan meningkat di Indonesia. Produk yang mantap dan keupayaan operasi PFI yang digabungkan dengan kehadiran CT Corp yang meluas dan pemahaman yang mendalam mengenai pasaran tempatan akan membantu menyediakan perlindungan yang lebih baik kepada penduduk dan seterusnya memperkukuhkan potensi sosial dan ekonomi bagi Indonesia."
 
Ditubuhkan pada tahun 1987, CT Corp adalah syarikat terbesar Indonesia yang bertumpukan kepada pengguna, dengan menguruskan lebih $10 bilion dalam bentuk aset dan lebih 100,000 orang pekerja. Kumpulan itu adalah sebuah syarikat utama di dalam sektor perkhidmatan kewangan, media, peruncitan, hartanah, gaya hidup dan hiburan di Indonesia.
 
Indonesia mempunyai populasi penduduk ketiga terbesar di Asia dan jumlah penduduk keempat terbesar di dunia dengan pertumbuhan KDNK purata tahunan sebanyak 5.3 peratus dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Walaupun premium insurans nyawa di negara itu dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 13 peratus di antara 2015 hingga 2020, penembusan kekal rendah pada 1.3 peratus daripada KDNK, iaitu satu pertiga penembusan di Malaysia dan separuh daripada penembusan di India.
 
Maklumat mengenai PFI
 
PFI adalah sebuah peneraju perkhidmatan kewangan dengan lebih $1 trilion aset di bawah pengurusan setakat 31 Mac 2017, mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Asia, Eropah, dan Amerika Latin. Pekerja syarikat itu yang pelbagai dan berbakat komited untuk membantu pelanggan individu dan institusi mengembangkan dan melindungi kekayaan mereka melalui pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk insurans nyawa, anuiti, perkhidmatan berkaitan persaraan, dana bersama dan pengurusan pelaburan. Di Amerika Syarikat, lambang Batuan syarikat itu yang ikonik melambangkan kekuatan, kestabilan, kepakaran dan inovasi untuk selama lebih satu abad. Untuk maklumat lanjut mengenai PFI, sila layari news.prudential.com
 
Prudential Financial, Inc. (PFI), Amerika Syarikat, dan anak-anak syarikatnya tidak bergabung dengan Prudential plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di United Kingdom.
 
Maklumat mengenai CT Corp
 
CT Corp adalah kumpulan perniagaan yang bertumpukan kepada pengguna bersepadu yang terkemuka di Indonesia. Tumpuan bidang utama termasuk perkhidmatan kewangan, media, peruncitan, hartanah, gaya hidup, dan hiburan. Kumpulan itu mengendalikan beberapa stesen televisyen yang terkemuka di negara itu, bank, syarikat insurans, portal dalam talian, hotel, taman tema, pusat beli-belah, agensi pelancongan, fesyen dan perniagaan runcit F&B di negara itu. Perniagaan utama mereka termasuk Bank Mega, pengeluar kad kredit Visa terbesar; Carrefour dan TRANSMart, syarikat pasar raya terbesar; Trans TV dan Trans 7, dua saluran bebas ke udara yang terkemuka; TransVision, penyedia TV berbayar #2 DTH; dan Detik.com, portal dalam talian #1 di Indonesia. Kumpulan itu juga merupakan pemegang saham swasta terbesar di Garuda Indonesia, syarikat penerbangan utama negara itu. Untuk maklumat lanjut mengenai CT Corp, sila layari: http://www.ctcorpora.com.
 
Hubungi
Media:
PFI
Sheila Bridgeforth
sheila.bridgeforth@prudential.com

atau

CT Corp
Ashish Saboo
ashish.saboo@ctcorpora.com

Sumber: Prudential Financial, Inc.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170717006347/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.