ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  SIEMENS MELANCARKAN BUKU AKTIVITI "MY TRAIN-VENTURES" UNTUK KANAK-KANAK, BERSEMPENA DENGAN PEMBUKAAN FASA 2 MRT SUNGAI BULOH-KAJANG

Monday 24/07/2017



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Siemens Malaysia telah melancarkan buku aktiviti kanak-kanak, “My Train-Ventures,” pada pagi Sabtu di Nu Sentral, Brickfields sebagai inisiatif kewarganegaraan korporat mereka dalam pembangunan negara melalui peningkatan kesedaran dan pemahaman pengangkutan awam dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Majlis yang menarik lebih dari 150 orang ini telah dirasmikan oleh Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, diiringi Ben Chong, Ketua Pembangunan Perniagaan Siemens Malaysia.

Majlis pelancaran ini bermula dengan tarian flash mob di kawasan main concourse, Nu Sentral, Brickfields, oleh kakitangan Siemens Malaysia, beriringan dengan lagu Kylie Minogue “Locomotion.” 

Siemens Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik khas untuk kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, cabaran Sudoku dan pertandingan “Build Your Own Train.” 

Terdapat juga artis belon yang memutarkan belon menjadi pelbagai bentuk haiwan mengikut kesukaan kanak-kanak. Siemens Malaysia juga telah memberikan 100 buah buku “My Train-Ventures” kepada para hadirin. 
 
Buku aktiviti “My Train-Ventures” yang dilancarkan oleh Siemens Malaysia itu dihasilkan untuk tiga kumpulan usia berbeza dan ia mengandungi ilustrasi menarik dan cerita yang menghiburkan yang pasti akan mendatangkan pengalaman pembelajaraan yang unik. Hal ini kerana, ia menggabungkan pengembaraan imaginatif dengan unsur-unsur keseronokan yang mentransformasikan pengalaman pembacaan kanak-kanak.

Acara pelancaran  buku ini diadakan bersempena dengan pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak pasa 17 Julai.

Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, berkata, "Kami bersyukur dan gembira kerana berjaya membekalkan kesemua 58 set kereta api automatik ini dalam masa yang singkat seiring dengan sistem rolling stock. Pelancaraan Perdana Menteri awal minggu ini telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting kerana kita telah mencapai tahap di mana orang ramai dapat menggunakan pengangkutan moden yang pantas, dipercayai, cekap dan selesa untuk mereka.”
 
"Semasa pembukaan Fasa 1 pada akhir Disember lalu, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Walau bagaimanapun, untuk Fasa 2 kali ini, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dengan menggunakan pengeluaran buku aktiviti kanak-kanak sebagai tema utama dalam menyebarkan kesedaran pengangkutan awam moden,” kata Prakash. 

Siemens Malaysia juga telah mengumumkan yang ia akan membuat tawaran untuk projek tren berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dipercayai akan menjadi pemacu pertumbuhan baru menghubungkan kedua-dua negara ini serta membawa potensi pembangunan yang besar seiring dengan perubahan landskap perjalanan.

Tentang Siemens Malaysia

Siemens AG (Berlin dan Munich) adalah sebuah syarikat teknologi global yang mempunyai kecemerlangan kejuruteraan, inovasi, kualiti, kebolehpercayaan dan kewarganegaraan selama lebih dari 165 tahun. Syarikat ini aktif di lebih daripada 200 negara, dengan bertumpukan bidang elektrifikasi, automasi dan digitalisasi. Salah satu pengeluar teknologi kecekapan tenaga yang terbesar di dunia, Siemens adalah No.1 dalam pembinaan turbin angin luar pesisir, pembekal utama turbin gas dan stim untuk penjanaan kuasa, penyedia utama penyelesaian penghantaran kuasa dan perintis dalam penyelesaian infrastruktur serta penyelesaian automasi, pemacu dan perisian untuk industri. Dalam fiskal 2016, yang berakhir pada 30 September 2016, Siemens menjana pendapatan sebanyak €79.6 bilion dan pendapatan bersih €5.584 bilion. Pada akhir September 2016, syarikat ini mempunyai kira-kira 351,000 pekerja di seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.siemens.com.

Ikuti kami di Twitter di: www.twitter.com/Siemens_SEA.

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Samentha James
PR & Communications Executive at Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 518 7186
Emel : samentha.james@gcma.tv

--BERNAMA

 

 





 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.