ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN KEMPEN PENGIKLANAN GLOBAL CALVIN KLEIN 205W39NYC MUSIM LURUH 2017

Tuesday 25/07/2017



NEW YORK, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE: PVH], hari ini mengumumkan kempen pengiklanan multi-media global CALVIN KLEIN 205W39NYC Musim Luruh 2017. Kempen itu menampilkan koleksi sulung CALVIN KLEIN 205W39NYC oleh Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons.
 
 
Dirakamkan oleh jurugambar Willy Vanderperre, kempen yang menarik perhatian itu menampilkan barisan 22 orang model yang dirakamkan bertentangan dengan beberapa papan iklan yang menampakkan imej daripada kempen CALVIN KLEIN: Klasik Amerika musim lalu. Papan iklan bagi kempen yang terdahulu – yang termasuk hasil karya oleh artis Andy Warhol – didirikan di padang pasir California pada hari-hari menjelang rakaman itu. Kempen itu adalah satu kajian seni dan hasil kemahiran, mengenai perkara sebenar dan yang dibayangkan, dunia yang dibuat-buat dengan gaya fesyen yang tinggi yang digabungkan dengan rasa seharian. Pada akhirnya, kempen itu meneroka pandangan sinematik dan romantis orang luar mengenai Amerika, sesuatu yang menjadi impian dunia yang menjadi konkrit bagi Ketua Pegawai Kreatif Raf Simons dan Pengarah Kreatif Pieter Mulier.

Dengan lebih 850 juta impresi dirancang merentasi 22 pasaran global dengan gandingan media yang bersepadu, kempen ini akan menyampaikan mengenai evolusi berterusan CALVIN KLEIN di bawah Simons. Jenama itu akan dipaparkan secara meluas dalam penerbitan fesyen dan gaya hidup di seluruh dunia semasa penerbitan yang tertumpukan fesyen pada September. Pengambilan semula kempen Klasik Amerika yang berjaya akan dihidupkan semula di dalam format besar dan impak luaran yang tinggi di lokasi-lokasi utama seperti New York, Paris, Brussels, China, Korea dan Hong Kong.

Koleksi CALVIN KLEIN 205W39NYC Musim Luruh 2017 yang diketengahkan di dalam kempen itu adalah gabungan pakaian seragam kumpulan pancaragam, perlindungan yang bersalut plastik, jahitan broker kuasa, memasang kulit antik buatan tangan, pakaian kerja, dan pakaian ala barat. Barisan itu juga termasuk pengenalan CALVIN KLEIN JEANS ESTABLISHED 1978, satu barisan denim rekaan baharu yang akan ditempatkan di bawah perniagaan CALVIN KLEIN 205W39NYC. Kepingan di sepanjang barisan itu digambarkan dengan tampalan eksklusif yang mempunyai siluet yang diilhamkan oleh imej ikonik Richard Avedon ke atas pelakon Brooke Shields untuk Calvin Klein Jeans pada tahun 1981. Imej kempen yang tidak dapat dilupakan itu diperkenalkan sejurus selepas pelancaran jenama Calvin Klein Jeans dan konsep jeans yang berjenama terkenal – dengan cara ini, CALVIN KLEIN JEANS ESTABLISHED 1978 meraikan kedua-dua sejarah jenama itu dan masa hadapannya.

Calvin Klein adalah sebuah jenama gaya hidup global yang menggambarkan cita-cita yang berani, maju dan menggoda, dan selalunya estetik di tahap minimum. Kami berusaha untuk mengasyikkan dan memberi inspirasi kepada penonton kami dan pada masa yang sama menggunakan imejan yang provokatif dan reka bentuk menarik untuk mencetuskan pancaindera.

Diasaskan pada tahun 1968 oleh Calvin Klein dan rakan perniagaannya Barry Schwartz, kami telah membina reputasi kami sebagai sebuah peneraju di dalam gaya fesyen Amerika melalui reka bentuk kami yang estetik dan berinovatif. Jualan runcit global bagi jenama produk Calvin Klein melebihi $8 bilion pada tahun 2015 dan diedarkan di [lebih] 110 buah negara. Calvin Klein mempunyai lebih 10,000 rakan bersekutu di seluruh dunia. Kami telah diperolehi oleh PVH Corp. pada tahun 2003.

Dengan sejarah yang menjangkau lebih 135 tahun, PVH Corp. telah unggul dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang kaya, untuk menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 30,000 syarikat bersekutu yang menjalankan operasi di lebih 40 buah negara dan lebih $8 bilion dalam pendapatan. Kami memiliki jenama ikonik Calvin Klein, Tommy Hilfiger, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s and Olga dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan daripada Speedo International, Ltd.

KREDIT EDITORIAL: CALVIN KLEIN 205W39NYC

KREDIT IMEJ: © 2017 Willy Vanderperre
 

MEDIA SOSIAL: 
facebook.com/calvinklein
calvinklein.tumblr.com
google.com/+calvinklein
youtube.com/calvinklein
twitter.com/calvinklein
instagram.com/calvinklein
pinterest.com/calvinklein
snapchat: calvinklein
brand handle: @calvinklein

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51593752&lang=en

Hubungi
Calvin Klein, Inc.
Alexandra Wagner, 212-292-9794
Naib Presiden Kanan, Perhubungan Korporat
alexandrawagner@ck.com
atau
Amanda Peña, 212-292-9223
Pengarah, Perhubungan Korporat
amandapena@ck.com
 
Sumber: Calvin Klein, Inc.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51593572&lang=en
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.