ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  ​GOODPACK MEMILIH PLATFORM PERANCANGAN DAN ANALISIS RANTAIAN BEKALAN TERMAJU ANTUIT UNTUK MEMAKSIMUMKAN PULANGAN PADA ASET

Wednesday 26/07/2017



NEW YORK, 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Goodpack, sebuah pemimpin dunia di dalam kontena pukal perantara keluli (IBC), telah memilih platform Perancangan dan Analisis Rantaian Bekalan Termaju Antuit untuk memaksimumkan pulangan aset dengan meningkatkan ketersediaan kontena dan mengurangkan kos keseluruhan dalam menawarkan perkhidmatan.
 
"Kami kagum dengan kepakaran domain dan keupayaan Antuit untuk menunjukkan kesan positif pada analisis lanjutan terhadap perniagaan kami," kata Ketua Pegawai Maklumat Goodpack Kenneth Hee. "Saya yakin bahawa platform Antuit akan mengubah perancangan rantaian bekalan kami untuk menjadi sebuah pemboleh pemacu data, perniagaan strategik yang berpusatkan pelanggan."
 
"Walaupun terdapat banyak perbincangan tentang kecerdasan buatan dan bagaimana ia dapat memaksimumkan nilai di dalam rantaian bekalan, sangat sedikit syarikat telah mengambil langkah-langkah penting untuk memanfaatkannya," jelas Siva Lakshmanan, Naib Presiden Kanan dan peneraju amalan rantaian bekalan digital global di Antuit. "Goodpack memandang rantaian bekalan mereka sebagai sebuah pembeza utama di pasaran, dan memahami bahawa analisis termaju boleh membuka kunci kepada nilai sebenar rantaian bekalan mereka."
 
Platform Antuit yang berasaskan awan menggunakan algoritma mesin pembelajaran dan pengoptimuman untuk memacukan faedah perniagaan yang boleh diukur. Platform itu merapatkan jurang di antara perancangan dan analisis rantaian bekalan dengan memanfaatkan kemajuan di dalam sains dan teknologi data.
 
Maklumat mengenai Antuit
 
Antuit adalah sebuah syarikat analisis global yang menjanakan membuat keputusan dengan lebih pantas, lebih bijak dan lebih menguntungkan. Jenama-jenama utama memilih Antuit untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling mendesak. Ditubuhkan pada tahun 2013, syarikat itu mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Hong Kong, Singapura, Jepun, New Zealand dan India.
 
Untuk maklumat lanjut:
http://www.antuit.com/

Maklumat mengenai Goodpack
 
Goodpack adalah sebuah peneraju dunia di dalam Kontena Pukal perantara keluli (IBC), sebuah sistem kotak logam yang boleh digunakan semula, berbilang mod yang menyediakan pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan untuk industri teras global. Goodpack memiliki dan mengendalikan lebih 3.7 juta IBC di lebih 5,000 tapak pengumpulan dan penghantaran. Goodpack adalah sebuah penyelesaian pembungkusan yang selamat, cekap dan mesra alam yang boleh diintegrasikan ke dalam sistem rangkaian bekalan anda.
 
Untuk maklumat lanjut:
http://www.goodpack.com
 
Hubungi
Antuit
Erica Saperstein, 1 617-477-7538
Naib Presiden, Pemasaran
erica.saperstein@antuit.com
 
Sumber: Antuit
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170725006122/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.