ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  INTERBRAND MENGELUARKAN BUAT PERTAMA KALINYA PENYELIDIKAN JENAMA-JENAMA TERBAIK ASIA: MELIBATKAN DIRI UNTUK BERKEMBANG

Tuesday 01/08/2017



Pandangan yang diambil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Interbrand merentasi rantau Asia Pasifik


SINGAPORE, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Buat pertama kalinya, Interbrand telah menjalankan satu analisis yang menyeluruh mengenai jenama-jenama terbaik di Asia. Kajian 2017 itu mengumpulkan pandangan dari Jenama Terbaik Jepun, Jenama Terbaik China, Jenama Terbaik Korea dan Jenama Terbaik India, sambil memperincikan bagaimana jenama-jenama berkembang di Australia dan juga pasaran di Asia Tenggara.

Kajian itu menunjukkan kepada pertumbuhan bagi setiap pasaran utama Asia, seperti yang ditentukan oleh data Interbrand yang dijalankan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Analisis dan penyelidikan menonjolkan bahawa kita telah memasuki satu tempoh yang mempercepatkan perubahan, atau satu era baharu. Satu tema yang lebih penting yang telah muncul: tingkah laku pengguna yang berubah, pendigitan dan bagaimana jenama bertindak balas, atau tidak bertindak balas terhadap perubahan ini.

Dalam gambaran keseluruhan, Ketua Pegawai Eksekutif Interbrand bagi Asia Pasifik, Stuart Green, menyatakan bahawa disebabkan oleh perkembangan pesat teknologi dan perubahan demografi, jangkaan pelanggan berubah, dan menangani peluang-peluang untuk jenama-jenama Asia bergerak ke hadapan.

Menyatakan bahawa, "Setiap pasaran di rantau Asia mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjalankan perniagaan dan ciri-ciri kebudayaannya sendiri yang unik. Jenama-jenama di Asia akan menang dan melibatkan diri lebih baik dengan pelanggan jika mereka menggunakan data besar dengan satu cara yang lebih bermakna."

Green percaya bahawa syarikat-syarikat teknologi kebanyakannya sedang memimpin cara dalam perkara ini dengan memanfaatkan peranti teknologi dalam cara yang berkaitan dengan pengguna, untuk mendorong pilihan, kesetiaan, dan akhirnya prestasi perniagaan yang lebih baik.

Kajian itu juga menonjolkan pandangan daripada temu ramah dengan pemimpin-pemimpin utama perniagaan dari beberapa jenama paling berjaya di Asia, seperti Rakuten, KIA, Telstra dan Aviva.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asia dan bagaimana setiap rantau sedang memecut, sila lihat di sini.

Maklumat mengenai Interbrand

Di Interbrand, kami percaya bahawa pertumbuhan dicapai apabila sesebuah organisasi mempunyai satu strategi yang jelas dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Kami melakukan kedua-duanya, melalui gabungan strategi, kreativiti, dan teknologi yang membantu memacukan pertumbuhan untuk jenama dan perniagaan pelanggan kami. Dengan sebuah rangkaian terdiri daripada 24 pejabat di 17 buah negara, Interbrand adalah sebuah perundingan jenama global, dan penerbit bagi laporan tahunan yang sangat berpengaruh Jenama-jenama Terbaik Dunia  dan Jenama-jenama yang Berjaya, dan pemenang Anugerah Webby brandchannel. Interbrand adalah sebahagian daripada rangkaian agensi Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami, atau ikuti Interbrand di LinkedInTwitter dan Facebook.

Hubungi
Interbrand
Alyssa Carfi, +1-212-798-7547
+1-973-897-6264
Perhubungan Awam Kanan Bersekutu
alyssa.carfi@interbrand.com

Sumber: Interbrand

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170731005760/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.