ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  ​SIGMA SYSTEMS MELANTIK SIMO JOVOVIC SEBAGAI KETUA BAHAGIAN JUALAN ANZ

Wednesday 09/08/2017



TORONTO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, telah mengukuhkan pasukan jualan global mereka dengan pelantikan Simo Jovovic sebagai Ketua Bahagian Jualan ANZ.
 
Simo menyertai Sigma Systems dari Hansen Technologies, Melbourne di mana beliau merupakan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Global. Beliau sebelum itu bekerja dengan Amdocs, Convergys, Redknee dan CSG International.
 
Bercakap mengenai pelantikan beliau, Simon Muderack, Ketua Pegawai Komersial dan Naib Presiden Eksekutif di Sigma Systems berkata: "Perniagaan Sigma sedang berkembang di peringkat global, membina momentum tertentu di pasaran Australia dan New Zealand dengan kejayaan mereka baru-baru ini sebagai pelanggan Peringkat 1 yang baharu di rantau itu. Simo mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri telekomunikasi B/OSS dan akan menjadi penggerak penting di dalam pertumbuhan berterusan Sigma di Australasia."
 
Simo Jovovic berkata: "Saya amat gembira untuk menyertai Sigma pada ketika ia sedang meningkat naik. Syarikat itu terkenal dengan pendekatannya yang fleksibel dan berinovatif dan kerana menjadi sebuah majikan yang cemerlang. Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama dengan pasukan yang hebat ini."
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah, sila layari www.sigma-systems.com.
 
Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)
 
Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah.
 
Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan dan Peruntukan. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka.
 
Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia, dengan rakan teknologi dan integrasi di lebih 100 buah negara.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20170809005149/en/
 
Hubungi
Sigma Systems
Noor Manji, +1-416-943-9696
Pengurus, Perhubungan Korporat

atau

Milner Strategic Marketing Ltd.
Chloe Purcell/Paul Howlett-Davey
+44 1473 633123
www.milnerltd.com

Sumber: Sigma Systems
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.