ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  SKY9 CAPITAL MENGUMUMKAN PENYERTAAN CHAY, TEH, XU DAN ZENG DALAM LEMBAGA PENASIHATNYA

Friday 11/08/2017



HONG KONG, 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sky9 Capital, firma modal usaha niaga terkemuka China, mengumumkan bahawa veteran industri China KS Chay, Dr. Kok Peng Teh, Bob Xu dan Jason Zeng telah menyertai Lembaga Penasihat firmanya untuk memberikan nasihat strategik dan memelihara perkongsian jangka panjang.
 
KS Chay adalah Pengasas dan Pengerusi Enspire Capital dan sebelumnya beliau merupakan pengasas bersama syarikat Creative Technology Ltd (SGX:C76) iaitu syarikat Singapura pertama yang disenaraikan dalam syarikat teknologi Nasdaq. Dr. Kok Peng Teh ialah Penasihat Kanan dan Ahli Lembaga China International Capital Corporation. Beliau juga ialah bekas Presiden bagi Singapore Special Investments (GIC) bagi Kerajaan Singapura selama lebih satu dekad sehingga 2011. Encik Bob Xu ialah pengasas bersama New Oriental Education & Technology Group (NYSE:EDU), penyedia pendidikan swasta terbesar di China dan salah seorang pelabur paling berjaya yang telah menubuhkan ZhenFund pada tahun 2010. Encik Jason Zeng pengasas bersama syarikat Tencent Holdings Ltd (HK:0700) dan sekarang merupakan Pengerusi bagi firma pelaburan Decent Capital.
 
"Kami sangat berbangga dengan penyertaan veteran industri seperti KS Chay, Dr. Kok Peng Teh, Bob Xu dan Jason Zeng ke dalam firma kami sebagai lembaga penasihat," kata Ron Cao, Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Sky9 Capital. "Encik Chay dan Dr. Teh berasal dari institusi yang kukuh memberi penekanan kepada pelaburan dan mampu memberi bimbingan yang baik dalam meneruskan pembangunan organisasi kami. Bob dan Jason adalah dua orang ahli perniagaan yang paling berjaya di China, oleh yang demikian kami memperoleh pemikiran yang hebat berdasarkan latar belakang operasi dan juga inspirasi tentang cara membina perniagaan yang hebat bersama ahli perniagaan.
 
Diasaskan oleh veteran modal usaha niaga, Ron Cao dari China, misi Sky9 Capital adalah untuk menjadi rakan kongsi kepada usahawan generasi akan datang bagi membina syarikat bertaraf dunia yang turut memberi kesan kemasyarakatan. Pengalaman sebagai VC selama lebih dari 17 tahun di kedua-dua negara iaitu AS dan China, Ron telah melabur dalam beberapa syarikat teknologi terkemuka China termasuk: Tujia, pemain AirBnB terbesar di China; FangDuoDuo, platform transaksi hartanah dalam talian dan luar talian terbesar China; PPDai, platform pinjaman mikro terbesar China; dan QingCloud, platform pengkomputeran awan gred perusahaan peneraju. Ron telah beberapa tahun dinobatkan oleh Forbes China sebagai "Kapitalis Usaha Niaga Terkemuka" dan dianugerahkan oleh World Economic Forum sebagai salah seorang "Pemimpin Muda Global".
 
Pasukan kanan Sky9 Capital terdiri daripada rakan kongsi tambahan yang berpengalaman luas dalam usaha niaga dan memulakan perniagaan baru. Pasukan Wei Hao, Jing Wang, Jonathan Qiu dan Tony Lo mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam modal usaha niaga di AS dan Cina dan mereka sebelumnya bekerja di syarikat teknologi bertaraf dunia seperti Intel, Trilogy, Cisco dan Tencent. Pelaburan mereka termasuk PinDuoDuo, FaceU, Rong360, ZhaoGangWang, MaMaDaV, FangDuoDuo, JuMei, JingFuZhi, LuckyPai dan Dianping.
 
Sky9 Capital telah melengkapkan enam pelaburan dalam dananya yang baru termasuk ZhaoYouWang, pasaran B2B terbesar bagi produk berasaskan pertoleum di China; EZbuy, peneraju platform e-dagang merentas sempadan China yang menyasarkan pasaran Asia Tenggara; dan eBroker, peneraju platform dalam talian bagi pengurusan harta.
 
Mengenai Sky9 Capital 

Sky9 Capital merupakan sebuah firma modal usaha niaga teknologi peneraju peringkat awal yang memberi tumpuan kepada China. Misinya adalah untuk menjadi rakan kongsi kepada inovator yang berani dalam membina syarikat bertaraf dunia bersama dan membawa impak positif terhadap dunia, Sky9 Capital mengkhusus dalam kalangan pengguna internet, perusahaan dan sektor teknologi. Dengan kewujudan di Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Silicon Valley, firma kami mendekati pelaburan dengan perspektif global dan berhati-hati dalam memilih rakan niaga dengan syarikat peringkat awal yang mempunyai pasukan pengasas yang luar biasa, model perniagaan yang menggangu dan berskala atau teknologi inovatif dan transformasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.sky9capital.com

Hubungi: Anthony Lo
Nombor Telefon: +86-21-5238-3699
E-mel: tony@sky9capital.com
 
SUMBER: Sky9 Capital
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.