PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

Ogos 20, 2017 -Ahad

 
  ​ANUGERAH PERNIAGAAN ANTARABANGSA TAHUNAN KE-14 MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH STEVIE DARI SELURUH PELOSOK DUNIA

Friday 11/08/2017



Program Anugerah Perniagaan untuk Meraikan Kecemerlangan Seluruh Dunia di Acara Barcelona

FAIRFAX, Va., 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif di seluruh dunia yang mencapai kejayaan tinggi telah diiktiraf sebagai pemenang Emas, Perak dan Gangsa bagi Anugerah Stevie® semasa Anugerah Perniagaan Antarabangsa Tahunan Ke-14, satu-satunya  program antarabangsa di dunia yang merangkumi semua anugerah perniagaan.

Gambar yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fc78c8ee-aaa5-47cb-8465-d085f2a36841

Digelar sebagai Stevie yang berasal daripada perkataan Yunani "dinobatkan", anugerah tersebut akan disampaikan di majlis gala pada 21 Oktober di W Hotel di Barcelona, Sepanyol. Tiket untuk majlis ini kini dijual di www.StevieAwards.com/IBA.

Semua organisasi dari seluruh dunia layak untuk bersaing dalam Anugerah Perniagaan Antarabangsa ini dan boleh menghantar penyertaan dalam pelbagai kategori.

Lebih daripada 200 eksekutif dari seluruh dunia menyertai 12 juri untuk menentukan pemenang Emas, Perak, Gangsa Anugerah Stevie dalam kalangan lebih daripada 3,900 pencalonan yang dikemukakan oleh organisasi di lebih 60 buah negara.

Di antara pemenang Emas Anugerah Stevie ialah MSLGROUP, seluruh dunia dengan 13; Cisco Systems, seluruh dunia (10); Weber Shandwick, seluruh dunia (sembilan); CallidusCloud, Dublin, California USA (lapan); Telkom Indonesia (lapan); LLORENTE & CUENCA, Madrid, Sepanyol (tujuh); dan Deutsche Post DHL, seluruh dunia, dengan enam emas.

Organisasi lain dengan 10 atau lebih Emas, Perak dan Gangsa Anugerah Stevie termasuk, antara lain ASDA'A Burson Marsteller, Dubai, Emiriah Arab Bersatu; FIS, St. Petersburg, Florida USA; Jeunesse Global, Lake Mary, Florida USA; Marico Ltd, Mumbai, India; Odea Bank A.S., Istanbul, Turki; Ooredoo Group, seluruh dunia; dan PRIZM, Hong Kong.

Senarai penuh pemenang Emas, Perak dan Gangsa Anugerah Stevie mengikut kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/IBA.

Para pemenang piala Anugerah Tertinggi Stevie, pemenang keseluruhan dalam pertandingan ini, akan disenaraikan pada 21 Ogos.

Mengenai Anugerah Stevie
Anugerah Stevie mengurniakan anugerah dalam tujuh program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 10,000 pencalonan setiap tahun daripada organisasi dari lebih 60 buah negara. Penghargaan kepada organisasi daripada pelbagai jenis dan saiz serta individu di belakang mereka, Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi yang cemerlang di tempat kerja. Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Anugerah Stevie di www.StevieAwards.com

SUMBER : Anugerah Stevie​
 
Hubungi
Maggie Gallagher
Maggie@StevieAwards.com
(703) 547-8389

--BERNAMA 



 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.