ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMULAKAN BENGKEL GUBAHAN BUNGA "IKEBANA"

Thursday 17/08/2017



Dibimbing oleh Artis Hiroki Maeno bagi Tetamu Luar Negara

TOKYO, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, memulakan kelas-kelas khas selama 45 minit untuk mengajar tetamu luar negara mengenai gubahan bunga "Ikebana" yang akan diadakan pada hari Khamis dua minggu sekali bermula dari Ogos di sebuah bilik khas dengan kadar bayaran JPY3,000 bagi setiap peserta. Bimbingan dan komentar akan disediakan oleh artis gubahan bunga yang terkenal Hiroki Maeno

Artis gubahan bunga Hiroki Maeno telah membuat gubahan bunga khas dan unik untuk dipamerkan di lobi utama hotel kami dengan setiap perubahan musim, empat kali setahun. Gubahan bunga terbaharu beliau akan berukuran 2.7 meter lebar dengan ketinggian 5 meter dan dibuat daripada buluh, tumbuh-tumbuhan hijau dan enkianthus putih, yang merupakan simbol kedinginan di Jepun, untuk memberikan kelegaan estetik daripada musim panas. Gubahan ini akan dipamerkan dari 4 hingga 18 Ogos, 2017 bagi dinikmati oleh semua tetamu hotel. Keio Plaza Hotel telah menawarkan “bengkel gubahan bunga Ikebana” kepada tetamu yang menginap di hotel kami secara ad hoc sehingga kini, tetapi sebagai respons kepada permintaan yang tinggi, kami akan mula menawarkan bengkel ini secara tetap dan kepada khalayak yang lebih luas yang termasuk pelawat yang tidak menginap di Hotel kami. 

Lebih 75% daripada tetamu yang menginap di Keio Plaza Hotel adalah pengunjung luar negara dari lebih 100 buah negara yang berbeza. Oleh itu, Keio Plaza Hotel menganjurkan pelbagai acara pada sepanjang tahun termasuk persembahan hap Koto Jepun dan pameran kraf tradisional Jepun yang lain sebagai peluang bagi tetamu kami untuk menikmati keindahan budaya tradisional Jepun. Sebagai sebahagian daripada program pengalaman budaya kami, hotel kami juga menyediakan acara-acara untuk mengalami upacara minum teh Jepun di kemudahan bilik teh kami, dan untuk memakai gaun pengantin kimono tradisional Jepun. 
“Bengkel Gubahan Bunga Ikebana”
 
Tarikh: Hari Khamis pada minggu kedua dan keempat setiap bulan
  *Untuk bulan ini: 24 Ogos (Khamis), 2017
Masa: 4:30 petang hingga 5:15 petang.
Lokasi: Bilik khas Parlur Keluarga “Emerald”, Tingkat 9 di Menara Selatan
  (Terhad kepada kira-kira 6 tetamu bagi tetamu yang menginap dan pelawat)
Bayaran: JPY3,000 bagi setiap dewasa (Termasuk bahan-bahan bunga, bayaran perkhidmatan dan cukai)
Tenaga pengajar: Artis Gubahan Bunga Ikebana Hiroki Maeno
Tempahan: Sila hubungi “Meja Perhubungan Pelanggan,” atau mendial #7 dari dalam hotel kami.
 
Versi Penuh bagi Siaran Media
 
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Yoko Sugiura, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
y-sugiura@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170816005431/en  


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.