ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PELABURAN DALAM VISTAJET MEMBERI NILAI PERNIAGAAN MELEBIHI $2.5 BILION

Friday 25/08/2017



Pelaburan daripada firma ekuiti persendirian Rhône Capital

LONDON, 25 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani urusniaga besar dengan dana pelaburan yang bergabung dengan Rhône Capital, yang telah melabur sebanyak $150 juta tunai dalam perniagaan itu. Bersama dengan pengambilalihan sekunder, Rhône akan memiliki $200 juta kepentingan dalam VistaJet, dalam urusniaga yang menilai ekuiti VistaJet berdasarkan dasar pasca wang melebihi $2.5 bilion. Pelaburan itu merupakan satu lagi kejayaan penting dalam kisah pertumbuhan VistaJet dan keyakinan utama dalam strategi dan model perniagaan Syarikat.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b36a0960-b44e-49b8-b307-5750182d51c9

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/44ea5743-6562-425b-810f-7cc67377874a

VistaJet adalah salah sebuah syarikat terkemuka dalam penerbangan persendirian global yang menerbangkan lebih ramai pelanggan ke lebih banyak destinasi global berbanding syarikat lain, dengan tahap perkhidmatan yang tidak dapat ditandingi oleh pesaingnya.

Mengulas mengenai pengumuman hari ini, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, Thomas Flohr menyatakan, "Dengan pelaburan yang diumumkan hari ini, penilaian ekuiti yang melebihi $2.5 bilion dan model perniagaan yang didorong oleh teknologi berskala penuh kami, VistaJet ditempatkan secara ideal untuk memanfaatkan peluang bagi membentuk pasaran ketika ia terus berkembang pada tahun yang akan datang. "

Hasil daripada pelaburan dan pembangunan selama 13 tahun, VistaJet percaya bahawa operasi dan keupayaannya kini lebih canggih dan efisien daripada apa pun yang terdapat di pasaran. Dengan pusat operasi utama di Malta dan pejabat jualan utama di London, Dubai, New York, Los Angeles, Hong Kong, Shanghai dan Beijing, VistaJet telah membina kumpulan pesawat bagi lebih daripada 70 pesawat bersaiz sederhana dan ultra-panjang yang dimiliki sepenuhnya, semua dengan hiasan dan reka bentuk yang sama. Hak milik platform teknologi yang dibangunkan secara dalaman hujung ke hujung miliknya menjadikan VistaJet salah sebuah syarikat yang paling bersepadu dari segi teknologi dalam penerbangan perniagaan. Ia juga sentiasa mengkaji dan meningkatkan tawaran produknya. Pada tahun ini, syarikat itu memperkenalkan VistaJet Direct, keahlian digital baharu yang memberikan akses keutamaan pelanggan kepada penerbangan sehala dan kosong melalui aplikasi dan tapak web syarikat. VistaJet Direct adalah keahlian aplikasi pertama dalam industri yang mampu menawarkan perkhidmatan bersepadu sepenuhnya kepada para pelanggannya.

Kesan positif usaha ini dapat dilihat dalam prestasi dagangan VistaJet. Pada separuh tahun pertama 2017, EBITDA VistaJet meningkat sebanyak 32% tahun ke tahun. Syarikat itu menyaksikan peningkatan 51% dalam jumlah Jam Program Langganan yang dijual tahun ke tahun pada suku kedua 2017, dan pendapatan Keahlian Program mencapai rekod tertinggi sebanyak 63% daripada jumlah pendapatan, naik daripada 55% dalam suku tahun sebelumnya. Ia juga mencatatkan kadar pengekalan pelanggan peneraju pasaran sebanyak 91% pada separuh tahun pertama 2017.

VistaJet adalah salah sebuah syarikat yang paling maju dari segi operasi dalam sektor ini, dengan model perniagaan langganan unik. Ia telah menerbangkan lebih daripada 250,000 penumpang ke lebih daripada 1,600 lapangan terbang di 187 buah negara, atau 96% daripada destinasi di dunia, menjadikannya satu-satunya syarikat yang benar-benar global di pasaran. Dengan asas yang kukuh ini dan pelaburan yang diumumkan hari ini, ia sangat sesuai untuk pertumbuhan penting yang berterusan.

Flohr menambah, "Hasil daripada kerja keras yang telah kami lakukan sepanjang dekad yang lalu, kami percaya bahawa VistaJet memberikan tahap perkhidmatan terbaik dalam sektor ini dan dengan cara yang paling berkesan. Kami yakin bahawa platform teknologi bersepadu yang kami bina yang dirangsang oleh data, algoritma dan saluran digital adalah unik dalam industri ini. Pengumuman hari ini adalah pengesahan selanjutnya mengenai status utama VistaJet di pasaran, dan merupakan pernyataan keyakinan yang nyata dalam strategi dan visi kami. Saya teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Rhône dan dengan Steven Langman, Pengasas bersama Rhône, menyertai lembaga pengarah VistaJet. Rhône sepenuhnya menyokong falsafah dan pendekatan kami, dan akan menjadi rakan kongsi yang bernilai pada peringkat yang seterusnya dalam perjalanan VistaJet. Bersama-sama, kami akan terus memberi tumpuan untuk memperluaskan bahagian pasaran global kami. Dengan pelaburan yang diumumkan hari ini, kami ditempatkan secara ideal untuk mengambil manfaat daripada penyatuan pasaran, dan untuk membina kedudukan kami dalam sektor ini."

Steven Langman dari Rhône Capital berkata: "Kami berusaha untuk melabur dalam mana-mana sektor, dan dengan VistaJet kami telah melabur dalam yang terbaik. Kami telah mengekori rapat Thomas dan VistaJet selama beberapa ketika, dan kami yakin bahawa model perniagaan dan strategi global Syarikat memberikannya kelebihan unggul dalam pasaran. Kami berkongsi wawasan pengurusan untuk mengembangkan perniagaan dengan ketara, secara organik dan melalui pengambilalihan, dan kami bersedia untuk membuat pelaburan lebih lanjut, jika diperlukan, untuk mencapai matlamat ini. Kami berbesar hati kerana dapat melabur dalam perintis industri dinamik ini."

Jefferies LLC bertindak sebagai penasihat kewangan kepada VistaJet berkaitan dengan urusniaga itu. Linklaters menyediakan perwakilan undang-undang kepada VistaJet dan Pengasas Syarikat.

Mengenai VistaJet 

VistaJet adalah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet menerbangkan syarikat, kerajaan dan pelanggan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan langganan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh miliknya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Maklumat dan berita lanjut tentang VistaJet di vistajet.com
Menjadi Ahli aplikasi VistaJet Direct di vistajet.com/direct 

Mengenai Rhône Capital

Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman pelaburan, Rhône Capital dan sekutunya terdiri daripada firma pengurusan pelaburan alternatif global dengan kira-kira $5.5 bilion aset di bawah pengurusan. Firma itu memfokuskan pelaburan ekuiti persendiriannya dalam perniagaan terkemuka pasaran dengan kehadiran pan-Eropah atau transatlantik dan peluang pertumbuhan global. Rhône, yang kini melabur modal daripada dana ekuiti persendirian kelimanya, telah melabur dalam portfolio syarikat yang pelbagai termasuk barangan kimia, produk pengguna, makanan, pembungkusan, bahan khusus, perkhidmatan perniagaan dan sektor pengangkutan.

Maklumat
Jennifer Tyler
VistaJet International
T: +44 203 617 3077
M: +44 7834 335505
jennifer.tyler@vistajet.com   

James Leviton
Finsbury
T: +44 207 251 3851
VistaJet@finsbury.com

SUMBER : VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.