ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  GRAMINEX L.L.C. BUKA PEJABAT BAHARU DI SEOUL, KOREA, GRAMINEX KOREA CO., LTD.

Friday 25/08/2017



SAGINAW, Mich., 25 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Graminex® LLC, pengeluar bagi Ekstrat Debunga Bunga™ Graminex®, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan Graminex® Korea Co., Ltd. Sun-Ho Frank Kim, Ph.D. telah dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi pejabat tempatan itu di Seoul, Korea.
 
Dr. Sun-Ho Frank Kim mempunyai pengalaman yang meluas di peringkat antarabangsa di dalam industri farmaseutikal, penokok diet dan makanan. Sebelum menyertai Graminex®, Dr. Sun-Ho Frank Kim, memegang jawatan sebagai Pengarah di Kunpoong Bio, Pengurus Cawangan di TSI Health Science yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Penasihat Eksekutif Perniagaan di CJ CheilJedang, membangun dan melaksanakan strategi jualan dan pemasaran. Selain itu, Dr. Sun-Ho Frank Kim, membawa latar belakang saintifik  dan pengalaman KFDA beliau ke Graminex®. Dr. Sun-Ho Frank Kim memperoleh ijazah Doktor Sains di dalam Sains Biobahan dari Universiti Yonsei, Korea.
 
"Graminex®  dikhususkan untuk mengekalkan piawaian perkhidmatan pelanggan mereka yang tinggi. Pasaran global yang semakin berkembang dan pelanggan sedia ada akan mendapat manfaat daripada kehadiran fizikal Graminex® Korea Co, Ltd. Dr. Sun-Ho Frank Kim, sebagai Pengarah Urusan, menambahkan sokongan kepada komitmen berterusan Graminex kepada pangkalan pelanggan global kami berkaitan dengan peraturan, teknikal, dan sokongan logistik dalam satu cara yang dipercepatkan," kata Heather J. May, Ketua Pegawai Operasi.
 
"Saya amat gembira kerana dapat bekerja dengan Graminex® berhubung pengembangan pejabat mereka di Korea dan meningkatkan kesedaran tentang manfaat kesihatan yang terbukti secara klinikal bagi Ekstrat Debunga Bunga™ dari Graminex®, kata Dr. Sun-Ho Frank Kim.
 
Maklumat mengenai Graminex® LLC
 
Graminex® LLC adalah pengeluar terkemuka bagi  Ekstrak Debunga Bunga™ Graminex® semulajadi dan bebas pelarut. Graminex® secara langsung memiliki dan menguruskan lebih daripada 8,500 ekar tanah ladang di barat laut Ohio. Bahan mentah aktif Graminex® ditanam dan diproses untuk digunakan di dalam industri penokok diet, farmaseutikal, makanan dan penjagaan kulit. Pasaran Graminex® secara klinikal menyokong Ekstrak Debunga Bunga, dengan memberi tumpuan kepada penjagaan prostat, rawatan kencing, sokongan menopaus, dan penjagaan kulit. Menjalin kerjasama dengan pengedar, peruncit dan pengilang mereka, produk Graminex® dijual di lebih 44 buah negara di enam buah benua.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perhubungan Awam Graminex® LLC, Colleen E. May di (419) 278-1023 atau melalui e-mel di info@graminex.com. Anda juga boleh melayari www.graminex.com.
 
Hubungi
Colleen E. May
Perhubungan Awam
Graminex L.L.C.
2-300 County Road C
Deshler, Ohio 43516
(419) 278-1023

atau

Sun-Ho Frank Kim, Ph.D.
Pengarah Urusan
Graminex Korea Co., Ltd.
B618, 167, Songpa-daero
Songpa-gu, Seoul, Korea (05838)
02-2054-8520

Sumber: Graminex LLC
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170824005692/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.