ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  PENGGUNA SYORKAN RIG PERLOMBONGAN HMINERS UNTUK ROI YANG PANTAS DAN TERJAMIN

Tuesday 29/08/2017



Hminers, pengeluar produk perlombongan matawang kripto, baru-baru ini telah menjadi tajuk berita penting dengan tiga rig perlombongan berbilang algoritma mereka. Ramai pengguna telah pun mengesyorkan produk ini untuk memperoleh pulangan pelaburan yang terjamin dalam masa kurang daripada sebulan.
 
MIAMI, 29 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hminers terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri matawang kripto global yang pesat berkembang, dengan pelbagai pilihan rig perlombongan. Dalam jangka masa yang pendek secara relatifnya dalam pasaran yang sengit persaingannya, tiga rig perlombongan yang teramat cekap dari syarikat telah menerima respons yang menggalakkan daripada beberapa pengguna. Para pengguna ini menyatakan bahawa rig perlombongan dari www.Hminers.com telah memberikan mereka pulangan pelaburan yang cepat dan terjamin.
 
Sejak kemunculannya, matawang kripto telah mewujudkan anjakan paradigma dalam teknologi yang menjanjikan untuk mendefinisikan semula konsep komersial dan mekanisme pembayaran. Perlombongan matawang kripto adalah bahagian penting sistem ini yang merujuk kepada proses yang sangat teknikal yang mewujudkan matawang kripto baharu. Selain pakar kriptografi, ramai orang awam kini menunjukkan kecenderungan mereka terhadap perlombongan matawang kripto sebagai saluran perniagaan yang menguntungkan. Walau bagaimanapun, malangnya, pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh kebanyakan rig perlombongan agak mengecewakan.
 
Hminers adalah pasukan pakar industri yang bersemangat untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang teknologi ’blockchain’. Sebelum ini, Hminers telah menempah nama dengan ASIC Chip 10 nm yang pertama di dunia. Dengan mengikut tradisi yang sama, tiga rig perlombongan syarikat H2U Miner, H4U Miner, dan Rack Equipped dengan 5 x H4U kini menawarkan kepada pengguna pulangan yang terjamin terhadap pelaburan mereka dalam hanya sebulan.
 
Dengan menyerlahkan pengalamannya dengan H4U Miner, seorang pengguna yang gembira telah berkata, “saya amat terkejut mendapat tahu bahawa ‘miner’ ini sebenarnya telah membantu saya pulang modal, dan mula memperoleh keuntungan dalam masa sebulan. Saya telah mencuba beberapa rig perlombongan lain sebelum ini, namun prestasi H4U Miner mengatasi semua yang lain. Produk ini juga membantu memaksimumkan keuntungan melalui perlombongan Bitcoin, Litecoin, Ethereum, atau Dash mengikut pilihan pengguna.”
 
Nadi rig perlombongan yang canggih dari Hminers wujud dalam kadar kuasa ‘hash’ mereka yang tinggi yang menjadikan rig itu sebagai rig perlombongan paling kuat yang ada di pasaran. Semasa mereka bentuk produk ini, Hminers juga telah menangani masalah lazim penggunaan kuasa elektrik yang tinggi. Tidak seperti banyak produk lain, rig perlombongan ini dibina dan direka bentuk untuk dikendalikan di bawah pelbagai algoritma, dan menjanakan hingar dan haba yang minimum semasa proses melombong.
 
“Semasa mereka bentuk rig perlombongan kami, keutamaan pertama kami adalah untuk menjadikan perlombongan matawang kripto lebih menguntungkan untuk pengguna dengan memastikan pulangan pelaburan yang sebaik mungkin untuk mereka dalam masa yang paling singkat,” jelas CTO Hminers, Benjamin Berglung. “Maklum balas daripada pengguna pasti menunjukkan bahawa usaha kami tidak sia-sia.”     
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rig Perlombongan Hminers yang baharu, sila lawati https://hminers.com/products/
 
Perihal Hminers: Hminers adalah syarikat yang paling dikenali dalam industri matawang kripto dan pencipta ASIC Chip 10 nm pertama di dunia. Pasukan teras organisasi ini terdiri daripada pakar tahap tertinggi dari organisasi-organisasi tersohor di peringkat global seperti IBM, Microsoft, dan Samsung.

Hubungi: 
Adam Lark 
info@hminers.com 
+1 305-203-6542

Sumber : HMiners Technologies Inc

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.