ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  MHIET TERIMA PESANAN BAGI 147 PENJANA DIESEL UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI SISTEM KUASA BERDIRI SENDIRI DI INDONESIA

Wednesday 30/08/2017



-- Unit-unit Dipersiapkan untuk 22 Daerah di Kalimantan dan Sulawesi --
 
TOKYO, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd. (MHIET), sebuah syarikat Kumpulan milik Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) (TOKYO: 7011), telah menerima satu pesanan bagi 147 unit genset atau penjana diesel Siri MGS, barisan teras di dalam penawaran loji janakuasa diesel syarikat itu, dari PT PLN (Persero), sebuah penyedia tenaga elektrik milik negara di Indonesia. Penjana diesel itu berfungsi sebagai sistem kuasa berdiri sendiri, sebuah mod bekalan kuasa yang terutamanya sangat berguna di Indonesia, sebuah negara yang terdiri daripada ribuan pulau. Pelan dirancang agar unit-unit itu disediakan untuk berkhidmat secara progresif di 22 daerah di Kalimantan dan Sulawesi menjelang pertengahan tahun 2018.
 
Penjana diesel yang dipesan adalah MGS1500C, penawaran utama di dalam barisan Siri MGS keluaran MHIET. Mereka menyediakan output secara berterusan sebanyak 1.2 megawatt (MW), dan disebabkan oleh operasi mereka yang berkelajuan tinggi, enjin mereka adalah bersaiz kecil dan ringan untuk unit-unit yang menghasilkan skop output sedemikian. Hasilnya, sebilangan besar penjana diesel MGS1500C itu boleh dipasang di dalam ruang yang terhad — satu daripada faedah utama mereka bagi pengguna mereka.

Pembuatan dan penghantaran bagi 147 enjin itu yang dipesan itu akan disiapkan menjelang akhir September. Di Indonesia, Mitsubishi Heavy Industries Engine System Asia Pte. Ltd. (MHIES-A), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya MHIET yang memasarkan dan memasang enjin dan sistem kuasa di rantau Asia, akan mendapatkan penjana yang diperlukan dan peralatan dan komponen lain yang berkaitan. Selepas kesemua set telah lengkap, PT Berkat Manunggal Jaya (BMJ), wakil peniaga tempatan bagi penjana diesel Siri MGS yang sudah siap dipasang, akan memasang penjana diesel dan melakukan operasi ujian di 19 daerah Kalimantan dan 3 daerah Sulawesi, diikuti dengan penghantaran formal ke PLN. Setelah unit-unit tersebut siap untuk operasi komersil, MHIET akan menyediakan perkhidmatan pemantauan jarak jauh bagi kesemua pemasangan dari Ibu Pejabatnya di Sagamihara (Wilayah Kanagawa), bergantung kepada ICT (teknologi maklumat dan komunikasi).

Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai lebih 13,000 pulau yang meliputi Khatulistiwa, dan terdapat banyak kawasan di mana sukar untuk membekalkan tenaga elektrik dari stesen janakuasa berskala besar yang jaraknya jauh. Walau bagaimanapun, negara itu berpeluang untuk meraih faedah daripada ketersediaan sumber minyak yang banyak untuk berfungsi sebagai bahan bakar diesel, dan oleh sebab itu PLN memberi tumpuan untuk membekalkan kuasa kepada penduduk dengan menggunakan penjana berdiri sendiri yang berasaskan diesel. MHI membekalkan penjana diesel kepada PLN walaupun sebelum MHIET menjadi sebuah syarikat Kumpulan, dan sehingga kini, lebih 600 unit telah dihantar, mencapai jumlah puncak antara tahun 2008 dan 2012. Pesanan terkini telah dibuat sebagai gambaran bagi pujian tinggi yang diperolehi melalui rekod prestasi yang teguh ini.
 
MHIET adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Mitsubishi Heavy Industries Forklift, Engine & Turbocharger Holdings, Ltd. (M-FET), yang merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya syarikat Kumpulan MHI yang dilancarkan pada Mac 2016. MHIET memulakan operasi komersil pada Julai 2016, dengan mengambil alih perniagaan enjin dan pengecas turbo MHI serta operasi yang melibatkan Siri MGS dan penjana diesel yang lain.

Melangkah ke hadapan, MHIET akan terus menumpukan sumber mereka untuk mempromosikan penerapan loji tenaga diesel kompak yang lebih efisien, sebagai satu cara yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kehidupan yang lebih selesa di rantau-rantau di seluruh dunia di mana bekalan tenaga yang stabil adalah sukar dan sistem kuasa berdiri sendiri sangat diperlukan.

Maklumat mengenai Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd.
Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd. (MHIET) adalah sebuah anak syarikat 100% milik Mitsubishi Heavy Industries Forklift & Engine Turbocharger Holdings, Ltd., dan telah dirasmikan pada 1 Julai, 2016 untuk mengambil alih perniagaan enjin dan pengecas turbo MHI.
Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger menawarkan satu barisan pelbagai jenis pengecas turbo yang membolehkan enjin darat, laut dan penjana, pengecas turbo tenaga dan enjin, menyumbang kepada merealisasikan kehidupan seharian yang selamat dan seleasa dan melindungi alam sekitar.
Di samping itu, untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan, MHIET menyampaikan satu set perkhidmatan yang menyeluruh dari pembangunan dan pengilangan kepada perkhidmatan selepas jualan bagi produk-produk mereka yang berkualiti tinggi berdasarkan kepada keupayaan teknikal mereka yang dibina sejak bertahun-tahun.
Sila rujuk kepada laman web itu untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai MHIET.
http://www.mhiet.co.jp/en/index.html
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51675975&lang=en
 
Hubungi
HUBUNGAN MEDIA:
Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
Joseph Hood, +81-(0)3-6716-2168
Pengurus Perhubungan Awam
mhi-pr@mhi.co.jp
Faks: +81-(0)3-6716-5860
 
Sumber: Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd.
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170830005497/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.