PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 18, 2017 -Sabtu

 
  WEDGE HOLDINGS: MEMETERAI PERJANJIAN LESEN DENGAN FREEHAND CO LTD

Wednesday 13/09/2017



TOKYO, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wedge Holdings CO., LTD. (JASDAQ: 2388) (Ibu Pejabat: Chuo-ku, Tokyo Jepun, Ketua Pegawai Eksekutif: Tatsuya Konoshita) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada anda sekalian bahawa kami telah menandatangani satu perjanjian lesen untuk memperoleh hak bagi menerbitkan terjemahan E-buku dalam bahasa Burma dengan Freehand Co., Ltd. Di bawah kerjasama dengan Bagan Innovation Technology, sebuah syarikat yang dilaburkan oleh anak syarikat kami yang disatukan, Group Lease PCL, kami akan mempromosikan penerbitan karya-karya manga yang popular di Myanmar.

Freehand Co., Ltd. yang merupakan rakan kontrak bagi kontrak ini adalah sebuah syarikat pengurusan hak cipta untuk manga Jepun yang mengendalikan kira-kira 1,000 tajuk buku-buku elektronik hak cipta manga. Mulai sekarang, kami dan Bagan Innovation Technology akan bekerjasama untuk menterjemah dan mengedit kesemua tajuk yang dikendalikan oleh Freehand Co., Ltd. Penerbitan pertama dirancang untuk diterbitkan pada Oktober tahun ini.

Bagan Innovation Technology adalah merupakan syarikat gabungan dan rakan perniagaan kami. Ia pada masa ini menyediakan sebuah Platform IT dengan lebih tujuh juta pengguna aktif di Myanmar dan lebih 700,000 pengguna e-buku. Mulai sekarang, kami bersama-sama akan bekerjasama dan mula berkembang ke seluruh Rantau Asia. Ini adalah satu penghormatan yang tinggi dan penuh bermakna kepada kami di mana kami dapat mengedarkan karya-karya terkenal ke Asia Tenggara dan ke seluruh pelusuk dunia.

Kami telah mengadakan beberapa acara untuk mengembangkan perniagaan kandungan di Asia, bermula dengan acara pengalaman permainan kad perdagangan, perjanjian promosi eksklusif dengan kartunis Mongolia, Encik Erdenebayar, dan mengadakan satu pertandingan ilustrasi yang diberi nama "Pertandingan Ilustrator Asia". Di samping itu, seperti yang telah diumumkan, kami juga menggerakkan kesemua karya Encik Tezuka Osamu ke seluruh dunia sebagai karya Burma.

Sejak penubuhan kami, kami telah mengusahakan karya seni manga dan penyuntingan permainan, serta keupayaan untuk merancang, membangun dan mengurus acara-acara produk sebagai kecekapan teras kami. Sebagai langkah seterusnya, kami mengadakan sebuah kontrak dengan Freehand Co. Ltd. Dengan ini, kami akan dapat bertindak sebagai sebuah jambatan di antara pemegang kandungan dan pengguna. Dengan menggunakan sepenuhnya pembangunan digital di Asia, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk merangsangkan pengguna Asia lebih dari sebelumnya.

Hubungi
Wedge Holdings Co., Ltd.
Yasuhiro Kotake, +81-3-6225-2207
Wakil IR 

Sumber: Wedge Holdings Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.