ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  BROADSOFT DILETAKKAN OLEH GARTNER SEBAGAI PERAMAL DALAM GLOBAL MAGIC QUADRANT UNTUK KOMUNIKASI BERSEPADU SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS)

Friday 15/09/2017



Kelayakan berdasarkan kesempurnaan wawasan dan keupayaan untuk melaksanakan


GAITHERSBURG, Md., 15 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), mengumumkan bahawa ia diletakkan oleh Gartner Inc. sebagai Peramal dalam Magic Quadrant (MQ) September 2017 untuk Komunikasi Bersepadu Sebagai Perkhidmatan (UCaaS), Sedunia. Gartner menilaikan 15 vendor dan penyedia khidmat UCaaS yang berbeza dalam keupayaan mereka untuk melaksanakan dan kesempurnaan kriteria wawasan, meletakkan BroadSoft dalam kuadran “Peramal”.

BroadSoft dinilai hanya berdasarkan aplikasi BroadSoft Business yang dijalankan pada platform aplikasi kawalan panggilan BroadCloud, yang mewakili bahagian perniagaan BroadSoft yang kecil tetapi berkembang pesat.

Pentingnya, Gartner mengatakan, “Keupayaan UCaaS kini melangkaui semua yang tersedia daripada UC berdasarkan premis. Kepesatan inovasi UCaaS semakin bertambah dengan vendor memfokus kepada sumber R&D pada penghantaran awan.”

“Kami percaya bahawa penghargaan ini menekankan kesempurnaan penyelesaian BroadSoft UC-One, keberkesanan kos dan kesesuaiannya untuk perniagaan pelbagai saiz, termasuk rujukan lebih daripada 10,000 pelanggan,” kata Taher Behbehani, Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran BroadSoft. “Tambahan lagi, penyelesaian ini tersedia di seluruh dunia dengan pengedaran dan keupayaan sokongan yang meluas. Tawaran berdasarkan BroadCloud melengkapkan pengedaran global meneraju industri untuk BroadSoft Business melalui 600 rakan kongsi saluran yang menyokong lebih daripada 16 juta pengguna akhir.”

Gartner tidak menyokong sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan kaji selidiknya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau penilaian lain. Penerbitan kaji selidik Gartner mengandungi pendapat organisasi kaji selidik Gartner dan tidak patut dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan kaji selidik ini, termasuk sebarang jaminan bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju perkongsian pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Hubungan Media:

Matter for BroadSoft

Erin Knapp
Matter
617-502-6546
broadsoft@matternow.com

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com


SUMBER : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.