ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​HITACHI PERKENALKAN HITACHI VANTARA: SYARIKAT DIGITAL BAHARU YANG KOMITED UNTUK MENYELESAIKAN CABARAN PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT YANG PALING SUKAR DI DUNIA

Wednesday 20/09/2017



Syarikat Dibentuk untuk Bantu Pelanggan Mencapai Hasil yang Tak Pernah Berlaku Dahulu dengan Menggunakan Potensi Data Mereka Sepenuhnya

TOKYO dan LAS VEGAS, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hitachi, Ltd. (TSE:6501) ("Hitachi") hari ini melancarkan Hitachi Vantara, iaitu sebuah entiti perniagaan baharu untuk memanfaatkan portfolio luas bagi inovasi, pembangunan dan pengalaman merentasi syarikat Kumpulan Hitachi bagi menyediakan penyelesaian dipacu data untuk perusahaan komersial dan industri. Syarikat baharu ini akan menyatukan operasi Hitachi Data Systems, Hitachi Insight Group dan Pentaho menjadi satu perniagaan bersepadu sebagai Hitachi Vantara bagi menggunakan keupayaan inovasi sosial Hitachi dalam kedua-dua teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT).

Lebih Seabad Kepakaran OT Digabungkan dengan IT yang Dipercayai oleh Perusahaan Terbesar di Dunia 
Hitachi telah menjadi peneraju dalam OT untuk bidang industri seperti kewangan, kerajaan, pembuatan, kuasa/tenaga dan pengangkutan selama lebih 100 tahun, yang menyediakan penyelesaian yang memberi kesan kepada bandar, operasi industri dan perniagaan secara positif dan menyeluruh. Syarikat ini telah menjadi peneraju dalam IT selama lebih 50 tahun—dengan membawakan aplikasi, analisis, kandungan, awan dan penyelesaian infrastruktur IT ke pasaran yang telah mengubah cara perusahaan menjalankan perniagaan. Dengan menggabungkan kepakaran OT Hitachi yang luas dengan inovasi dan penyelesaian produk IT miliknya yang terbukti, Hitachi Vantara memberikan perkongsian kerjasama data yang berkeupayaan tinggi kepada pelanggan – yang tidak ditemui dalam mana-mana syarikat sehingga hari ini.

“Hitachi Vantara menandakan perubahan tersergam dan bersejarah untuk Hitachi sambil kami terus memajukan visi korporat bersatu kami iaitu, Inovasi Sosial,” kata Presiden dan CEO Hitachi Ltd., Toshiaki Higashihara. “Hitachi telah membantu pelanggan menggunakan kuasa data mereka untuk menyokong tindakan perniagaan yang bermakna selama bertahun-tahun lamanya. Kini, ketika dunia diubah oleh alat dan proses digital, kami menyatukan bersama syarikat penyelesaian digital kami yang terkuat sebagai syarikat Hitachi yang baharu yang memberikan impak perniagaan yang pesat untuk pelanggan kami dan kebaikan masyarakat. Pembentukan Hitachi Vantara menggariskan komitmen Hitachi terhadap penciptaan kerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, dan menjadi rakan kongsi inovasi yang sebenar bagi era IoT ini.”

Peluang dalam Data
Hitachi Vantara dapat membantu pelanggan mengekstrak semua nilai dalam data mereka secara unik. Dengan memberikan penyelesaian dan perkhidmatan dipacu data yang baharu kepada pasaran, Hitachi Vantara akan membantu pelanggannya mencapai hasil yang ketara yang akan memacu perniagaan dan masyarakat ke depan.

Peluang pasaran untuk penyelesaian data kritikal misi tidak pernah sepenting seperti sekarang ini. Data telah menjadi aset terbesar bagi sesebuah perniagaan—jika mereka boleh mengekstrak cerapan yang boleh dirancang tindakan daripadanya. Data merupakan kunci kepada aliran hasil baharu, pengalaman pelanggan yang lebih baik, cerapan pasaran yang ditambah baik dan kos pengendalian perniagaan yang lebih rendah. Namun, sehingga kini tawaran menyeluruh yang menggabungkan kepakaran OT dan IT belum lagi wujud untuk merungkai potensi sebenarnya.

Mengatasi Jurang Kritikal dalam Pasaran IoT yang Membangun
Hitachi Vantara akan terus memberikan infrastruktur dan teknologi analisis unggul yang perusahaan sandarkan untuk data kritikal misi mereka dalam pusat data mereka, dalam awan dan di ambang inovasi baharu. Syarikat baharu ini menyasarkan peluang pasaran IoT yang kian membangun, yang masih belum ada pemenang yang jelas.

Menurut Gartner, Inc., “lebih daripada $440 bilion akan dibelanjakan dalam IoT pada tahun 2020,”1 dan firma itu menjangkakan bahawa pada tahun 2020, “akan ada lebih daripada 21 bilion penderia dan titik hujung yang tersambung, kembar digital juga akan wujud untuk kemungkinan berbilion benda.”2 dalam rangka masa yang sama. Untuk menumpukan perhatian terhadap pasaran ini, Hitachi Vantara akan menggunakan perniagaan, sumber manusia dan data mesin merentasi persekitaran OT dan IT untuk membangunkan penyelesaian dipacu data yang menyeluruh. Pelanggan akan dapat mengurus, menyimpan, mentadbir, mencampur, menganalisis dan menggambarkan data serta kemudiannya mengambil tindakan berdasarkan cerapan yang diperoleh.

Keluasan Penyelesaian Hitachi Vantara: Dari Pusat Data Sehingga Tingkat Kilang 
Hitachi Vantara akan terus membangunkan teknologi pengurusan dan analisis datanya yang terkemuka, termasuk penyelesaian infrastruktur, storan dan kiraan data serta perisian Pentaho miliknya yang popular. Ia juga akan memacu pembangunan penyelesaian perisian dan perkhidmatan strategik, termasuk perisian dan perkhidmatan Pusat Data Pintar Hitachi, Lumada, platform IoT Hitachi yang kini tersedia sebagai tawaran perisian kendiri dan komersial, serta perkhidmatan ciptaan bersama Hitachi. Diumumkan serentak hari ini dan kini dalam keluaran 2.0-nya, Lumada telah dikemas kini sepenuhnya dengan kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan, pembelajaran mesin dan keupayaan analisis tercanggih. Ia juga mempunyai seni bina yang anggun dan mudah alih yang membolehkannya berfungsi dalam premis dan dalam awan, serta menyokong penggunaan IoT industri di pinggir dan di dalam teras.

Syarikat ini akan menumpukan terhadap perkhidmatan kepada syarikat Fortune 1000 dengan pengurusan data terbaik dalam kelas, infrastruktur, produk kandungan dan analisis serta penyelesaian IoT industri bagi banyak industri termasuk perkhidmatan kewangan dan insurans, kerajaan, industri/pembuatan, telekomunikasi dan pengangkutan.

“Tiada syarikat lain yang menggabungkan kepakaran teknologi operasi yang berabad lamanya dengan teknologi maklumat yang dipercayai dalam persekitaran perusahaan yang paling mencabar di dunia,” kata CEO Hitachi Vantara, Ryuichi Otsuki. “Hitachi Vantara menggunakan gabungan unik ini dengan membangunkan penyelesaian yang memenuhi keperluan dunia tersambung yang kian meningkat ini. Seperti pelanggan yang kami bekerjasama dan mencipta bersama, Hitachi Vantara melihat data sebagai peluang iaitu laluan kepada hasil yang penting.”

Platform IoT Lumada dan penyelesaian Pusat Data Pintar Hitachi akan dipamerkan di persidangan pengguna Hitachi NEXT 2017 di Las Vegas pada 19 dan 20 September yang pengunjung acara boleh saksikan demonstrasi perisian dan penyelesaian IoT syarikat secara langsung. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati HitachiNEXT.com.

Perihal Hitachi Vantara
Hitachi Vantara, anak syarikat milik penuh Hitachi Ltd., membantu peneraju dipacu data untuk mencari dan menggunakan nilai dalam data mereka bagi menjalankan inovasi dengan pintar dan mencapai hasil yang penting untuk perniagaan dan masyarakat. Kami menggabungkan teknologi, harta intelektual dan pengetahuan industri untuk menyampaikan penyelesaian pengurusan data yang membantu perusahaan menambah baik pengalaman pelanggan mereka, membangunkan aliran hasil baharu dan merendahkan kos perniagaan. Hanya Hitachi Vantara yang meningkatkan kelebihan inovasi anda dengan menggabungkan teknologi maklumat (IT), teknologi operasi (OT) dan kepakaran domain yang mendalam. Kami bekerjasama dengan organisasi di mana sahaja untuk memacu data menjadi hasil yang bermakna. Lawati kami di www.HitachiVantara.com.

Berhubung dengan Hitachi Vantara
Tentang Hitachi, Ltd.
Hitachi, Ltd. (TSE: 6501), yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun, memberikan inovasi yang mengatasi cabaran masyarakat. Hasil tersatu syarikat ini untuk tahun fiskal 2016 (berakhir pada 31 Mac 2017) berjumlah 9,162.2 bilion yen ($81.8 bilion). Kumpulan Hitachi merupakan peneraju global dalam Inovasi Sosial dan mempunyai kira-kira 304,000 pekerja di seluruh dunia. Melalui penciptaan kerjasama, Hitachi menyediakan penyelesaian kepada pelanggan dalam sektor yang luas, termasuk Kuasa / Tenaga, Industri / Pengedaran / Air, Pembangunan Bandar serta Kewangan / Kerajaan & Awam / Penjagaan Kesihatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: http://www.hitachi.com

SUMBER  : Hitachi, Ltd.

Hubungan Syarikat:
Stefani Finch
Hitachi Vantara
+1 408-499-7349
Stefani.Finch@hitachivantara.com
Hope Nicora
Hitachi Vantara
+1 831-227-3660
Hope.Nicora@hitachivantara.com

1 Gartner, Cabaran dan Peluang IoT pada 2017: Laporan Cerapan Arah Aliran Gartner, April 2017 – Mark Hung,
2
 Gartner, Arah Aliran Teknologi Strategik 10 Teratas untuk tahun 2017, Oktober 2016 – David W. Cearley, Mike J. Walker dan Brian Burke.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.