ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​NTT SECURITY LANCARKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN UNTUK SISTEM KAWALAN INDUSTRI

Wednesday 20/09/2017



Pertahanan siber untuk infrastruktur penting termasuk kilang, loji, utiliti & hospital

TOKYO, 20 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NTT Security Corporation (Ibu Pejabat: Chiyoda-Ku, Tokyo; CEO: Jun Sawada), iaitu syarikat keselamatan terkhusus Kumpulan NTT, telah melancarkan “Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT”. Perkhidmatan baharu akan memasuki pasaran seluruh dunia melalui syarikat Kumpulan NTT, iaitu Dimension Data, NTT Communications dan NTT DATA, membentuk sebahagian daripada suit perkhidmatan bersepadunya bagi mendayakan inisiatif transformasi digital yang berjaya untuk pelanggannya.

Syarikat tersebut berusaha gigih untuk menyelaraskan IT/OT (Teknologi Operasi). Sistem OT, apabila bersambung dengan internet, menyelaraskan operasi perniagaan melalui pengurusan rantaian bekalan termaju, realisasi bagi penyesuaian besar-besaran dan penambahbaikan pengalaman pelanggan serta penerokaan kecerdasan baharu yang menggunakan IoT (Internet Benda) dan analisis Data Besar. Hasilnya, pertumpuan IT/OT akan mendedahkan segalanya, termasuk infrastruktur penting (seperti elektrik, gas, air) dan sistem kawalan industri (seperti kilang, pengangkutan dan logistik) terhadap ancaman tradisional dan OT. Di samping itu, kejadian serangan siber dan keselamatan siber pada infrastruktur ini juga semakin meningkat, yang merangkumi jangkitan perisian tebusan seperti WannaCry1 sehinggalah serangan senjata siber seperti Stuxnet2 dan CrashOverride3 .

Jun Sawada, CEO NTT Security berkata: “Dalan era IoT ini, kejadian keselamatan siber boleh menyebabkan impak dan kerosakan besar kepada operasi perniagaan perusahaan dan masyarakat. Oleh itu, selain daripada kaedah keselamatan siber yang biasa bagi melindungi aset maklumat, kaedah Keselamatan OT untuk melindungi aset penting dan memastikan kelangsungan perniagaan mesti juga dianggap sebagai sebahagian daripada pendekatan berterusan untuk keselamatan siber dan pengurusan risiko.”

NTT Security memberikan "Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT" berasaskan kekuatannya dalam Kecerdasan Ancaman Global dan Analisis Lanjutan Ancaman Siber yang terkumpul melalui operasi global.

"Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT" disampaikan melalui gabungan kedua-dua Perkhidmatan Rundingan (CS) dengan Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSS). Perkhidmatan Rundingan (CS) meramalkan komponen dan risiko berpotensi bagi sistem kawalan industri dan menyediakan kaedah keselamatan yang berkesan dan cekap. Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSS) memberikan pertahanan proaktif untuk sistem kawalan industri dengan memantau, mengesan dan menyekat serangan siber secara berterusan.

Gambaran keseluruhan Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT
 
          Kategori
 
         Menu Perkhidmatan
 
CS








 
Pemahaman IT/OT 
Sistem Bersepadu dan Potensi 
Ancaman dan Risiko
 
  • Penemuan Aset
  • Penilaian Risiko Keselamatan
  • Penilaian Kerentanan Keselamatan
 
Rekaan dan Pembangunan 
Keselamatan Bersepadu IT/OT


 
  • Rundingan Pembangunan Program Keselamatan
    -  Dasar/Prosedur Keselamatan, Pengurusan Aset, Pengurusan Kerentanan, Pengurusan Kejadian, Latihan, dll.
  • Rekaan dan Pelaksanaan kaedah Keselamatan
    -  Segmentasi, Kawalan Akses, Pengukuhan hos dll.
 
MSS    Pertahanan Proaktif
  • Pemantauan dan Triaj Keselamatan
    -  Pemantauan Peristiwa, Pemberitahuan, Pemantauan Peranti, dll.
  • Pertahanan Get Laluan IT/OT
    -  Pengesanan dan Sekatan serangan siber ramalan dengan get laluan IT/OT.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b5e6229b-60d7-40ff-8120-6e13a6f36fdd

Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT daripada NTT Security

Jun Sawada berkata lagi: “Sebagai pusat yang cemerlang, NTT Security komited terhadap pelaburan berterusan dalam penciptaan perkhidmatan keselamatan inovatif dan berusaha menambah baik “Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu IT/OT”, sambil memperkukuhkan kekuatannya dalam Kecerdasan Ancaman Global dan Analisis Lanjutan dengan bekerjasama bersama NTT R&D dan persepakatan dengan rakan kongsi teknologi. Tambahan lagi, NTT Security akan mempromosikan inovasi bersama dengan pelanggan Kumpulan NTT untuk memberikan penyelesaian keselamatan canggih yang khusus.”

Nota untuk editor:

1 WannaCry
Perisian tebusan WannaCry adalah perisian hasad seperti cecacing yang menyebar dengan mengeksploitasi ETERNALBLUE eksploit yang dibocorkan oleh NSA. Perisian hasad itu menyulitkan fail, melepaskan dan menjalankan alat penyahsulit, memaparkan notis tebusan untuk sama ada $300 atau $600 yang perlu dibayar dengan Bitcoin, dan menggunakan Tor untuk saluran C2. Ia mula menular pada bulan Mei 2017.

2 Stuxnet
Perisian hasad yang melaksanakan serangan bersasaran yang dibangunkan di Iran pada tahun 2010. Ia dikenali kerana memberhentikan sistem kawalan kemudahan nuklear Iran. Ia dikatakan telah dibangunkan dengan teknologi canggih dan rumit yang berjangkit melalui rangkaian atau memori USB dan mengeksplotasi berbilang kerentanan OS.

3 CrashOverride
Perisian hasad yang melaksanakan serangan bersasaran yang digunakan semasa serangan kemudahan pemancaran Ukraine pada tahun 2016. Beratus ribu rumah telah mengalami putus bekalan kuasa pada masa itu.

Tentang NTT Security

NTT Security adalah syarikat keselamatan khusus bagi Kumpulan NTT. Dengan keselamatan yang terbina, kami membolehkan syarikat Kumpulan (Dimension Data, NTT Communications dan NTT DATA) untuk memberikan penyelesaian perniagaan yang berdaya tahan untuk keperluan transformasi digital pelanggan. NTT Security mempunyai 10 SOC, tujuh pusat R&D, lebih daripada 1,500 pakar keselamatan dan mengendalikan ratusan ribu kejadian keselamatan setiap tahun merentasi enam benua.

NTT Security memastikan sumber digunakan dengan berkesan dengan menyampaikan gabungan perkhidmatan rundingan dan pengurusan yang tepat untuk syarikat Kumpulan NTT – dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber tempatan terbaik dan mengoptimumkan keupayaan global kami. NTT Security adalah sebahagian daripada Kumpulan NTT (Nippon Telegraph dan Telephone Corporation) yang merupakan salah satu syarikat ICT terbesar di dunia. Lawati nttsecurity.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Origin Communications
t. +44 (0)20 3814 2940
e. nttsecurity@origincomms.com 

Siaran Akhbar
Perkhidmatan, harga produk dan perkhidmatan, spesifikasi, nombor telefon dll. untuk pertanyaan dan maklumat lain yang disertakan dalam siaran akhbar adalah data yang tersedia pada hari siaran. Maklumat ini mungkin berubah pada bila-bila masa tanpa notis. Dalam sesetengah keadaan, disebabkan oleh pelbagai risiko atau kejadian yang tidak dijangka, hasil sebenar mungkin berbeza daripada rancangan atau gambaran dalam siaran akhbar.

Sumber : NTT Security (UK) Ltd

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.