ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​CALLIDUSCLOUD MEMPEROLEH TEKNOLOGI PANGKALAN DATA BERBILANG MODEL PENERAJU

Thursday 21/09/2017



OrientDB Membawakan Kelebihan Tiada Bandingan dalam Fleksibiliti, Kebolehskalaan dan Prestasi kepada Suit Lead to Money

DUBLIN, Calif., 21 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam jualanpemasaranpembelajaran dan penyelesaian pengalaman pelanggan berasaskan awan, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah memperoleh OrientDB Ltd., penyedia peneraju untuk teknologi pangkalan data berbilang model.

OrientDB adalah pangkalan data NoSQL berbilang model dan sumber terbuka pertama yang menggabungkan sokongan untuk graf, dokumen, nilai kunci, geospatial, model berorientasikan objek dan reaktif menjadi satu pangkalan data yang boleh diskala.

CallidusCloud menggunakan pangkalan data generasi mendatang ini dalam penyelesaian Direct Selling Pro miliknya untuk industri pemasaran berbilang aras dan merancang untuk meningkatkan aplikasi lain dalam Suit CallidusCloud Lead to Money dengan teknologi baru yang inovatif ini.

Teknologi pangkalan data berbilang model dan graf digunakan oleh sesetengah syarikat pengguna dan perusahaan yang terkemuka di dunia kerana kelajuan, kefleksibelan dan kebolehskalaannya. Syarikat Fortune 500, entiti kerajaan dan perniagaan baru semuanya mengggunakan teknologi berbilang model OrientDB, dengan muat turun sumber terbuka melebihi 70,000 setiap bulan. Pelanggan termasuk Accenture, Cisco, Comcast, Pitney Bowes, Sky dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Teknologi pangkalan data yang lama dicipta 40 tahun yang lalu dalam dunia skrin hijau tanpa analisis dan rangkaian sosial,” kata Giles House, Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Produk, CallidusCloud. “OrientDB adalah teknologi generasi mendatang yang mengganggu pasaran pangkalan data, sebagaimana awan mengganggu pasaran berpremis. OrientDB penting untuk misi kami dalam menyediakan aplikasi perniagaan awan yang paling laju dan berkuasa di dunia.”

“Kami teruja untuk menyertai CallidusCloud dan menjadi sebahagian daripada misinya untuk menjadi salah satu daripada 5 syarikat awan yang unggul,” kata Luca Garulli, Ketua Pegawai Eksekutif, OrientDB. “Senarai pelanggan kami yang semakin bertambah yang menggunakan teknologi pangkalan data graf dan berbilang model untuk mencipta aplikasi baru yang mengagumkan. Kami berharap untuk terus meningkatkan produk, mengukuhkan penerajuan kami dalam pasaran pangkalan data berbilang model dan meneruskan perkembangan kukuh kami dalam Cloud.”

CallidusCloud akan terus meningkatkan teknologi, mengembangkan pangkalan pelanggan dan menyokong komuniti sumber terbuka OrientDB. Untuk maklumat lanjut tentang OrientDB, sila lawat www.orientdb.com.

Mengenai CallidusCloud 
Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD) menjalankan perniagaan sebagai CallidusCloud®, merupakan peneraju global dalam penyelesaian jualan, pemasaran, pembelajaran dan pengalaman pelanggan berasaskan awan. CallidusCloud membolehkan organisasi mempercepatkan dan memaksimumkan penerajuan mereka kepada prosesan wang dengan suit lengkap bagi penyelesaian yang mengesan petunjuk yang betul, memastikan pengagihan wilayah dan kuota yang sesuai, mengautomatikkan konfigurasi sebut harga dan menyelaraskan pampasan jualan yang memacu urusan besar dengan lebih cepat. Lebih kurang 5,700 organisasi peneraju dalam semua industri bergantung pada CallidusCloud untuk mengoptimumkan penerajuan ke proses wang untuk menyelesaikan lebih banyak urus niaga bagi menjana lebih banyak wang dengan lebih cepat.

©2017 Callidus Software Inc. Hak cipta terpelihara. Callidus, Callidus Software, logo Callidus Software, CallidusCloud, logo CallidusCloud, Clicktools, SURVE, syncfrog, TrueComp Manager, ActekSoft, ACom3, iCentera, Webcom, Litmos, logo Litmos, LeadFormix, Rapid Intake, 6FigureJobs, RevSym, OrientDB dan LeadRocket adalah tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau tanda dagangan berdaftar bagi Callidus Software Inc.

Maklumat Hubungan Media
Venus Picart
CallidusCloud
925-251-2200
pr@calliduscloud.com

Sumber : Callidus Software

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.