ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  "APLIKASI PERJALANAN RASMI JEPUN," APLIKASI BAHARU UNTUK PELANCONG DI JEPUN, DILANCARKAN: SEMUA MAKLUMAT YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MERANCANG PERJALANAN ANDA DI JEPUN, DARIPADA PERANCANGAN PRAPERJALANAN KEPADA MAKLUMAT TRANSIT TEPAT MASA YANG BERGUNA

Thursday 21/09/2017



AsiaNet 70176

TOKYO, 21 Sept., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) secara rasminya melancarkan "Aplikasi Perjalanan Rasmi Jepun," aplikasi pelancongannya untuk peranti iOS dan Android, pada 21 September 2017.

Sila muat turun: http://www.jnto.go.jp/smartapp/
 
Aplikasi itu ditujukan khas kepada pelawat antarabangsa yang melancong ke Jepun dan menawarkan maklumat mengenai destinasi pelancongan di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar, maklumat pengangkutan dan maklumat penting, dalam pelbagai bahasa sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana. Ia berfungsi sebagai sebuah portal pelancongan yang komprehensif yang menawarkan segalanya kepada pelawat ke Jepun yang mungkin diperlukan di sesuatu tempat. Berasaskan kepada maklumat pelancongan daripada JNTO dan Agensi Pelancongan Jepun, serta dengan kerjasama pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma-firma sektor swasta, aplikasi itu direka untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan di Jepun.

JNTO merancang untuk bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan lain dan menambahkan kandungan kepada aplikasi itu agar dapat membuat perjalanan di Jepun suatu pengalaman yang menyeronokkan, tanpa tekanan untuk semua orang di mana sahaja.

Aplikasi Perjalanan Rasmi Jepun: Ringkasan
1. Ciri-ciri aplikasi
- Memaparkan artikel-artikel pelancongan secara tetap, dengan kandungan yang merangkumi semua bidang di Jepun, yang ditulis oleh penulis-penulis residen dalam bahasa ibunda mereka (Bahasa Inggeris, Korea, Cina (tradisional dan mudah))
- Panduan dan pengemudian laluan
- Carian tempat berdasarkan kepada lokasi semasa
- Menyediakan maklumat kesedaran kecemasan sekiranya berlaku sesuatu bencana
- Mempamerkan aplikasi berguna yang lain untuk pelancong antarabangsa yang dikendalikan oleh Syarikat-syarikat swasta
 
2. Bahasa
- Ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Korea dan Cina (tradisional dan mudah)
 
3. Muat turun URL (percuma untuk dimuat turun dan digunakan)
iOS: https://itunes.apple.com/us/app/japan-official-travel-app/id1230367186?mt=8
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.go.jnto.jota
 
 
SUMBER: Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.