ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  ​CALLIDUSCLOUD MENGUMUMKAN LIGHTNING COMMISSIONS PADA SALESFORCE APPEXCHANGE, PASARAN APLIKASI PERUSAHAAN PENERAJU DUNIA

Monday 25/09/2017



Profesional jualan kini boleh mendapat manfaat daripada akses ke maklumat komisen dan pampasan insentif pada skrin Salesforce masing-masing

DUBLIN, Calif., 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD), peneraju global dalam penyelesaian jualanpemasaranpembelajaran, dan pengalaman pelanggan berasaskan awan mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melancarkan aplikasi Lightning Commissions pada Salesforce AppExchange, lantas memperkasa perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan, rakan dan pekerja mereka dengan cara yang baharu.

Dibina pada Salesforce Platform, CallidusCloud Lightning Commissions kini tersedia di AppExchange dan di calliduscloud.com/commissions.

Lightning Commissions menyediakan kebolehlihatan yang jelas bagi keseluruhan proses jualan kepada wakil jualan dan berserta alat untuk menganggar bayaran komisen dalam keadaan yang berbeza. Tawaran tersebut tersedia dalam versi Lightning atau Classic milik Salesforce dan dijalankan pada desktop atau peranti mudah alih.

CallidusCloud Lightning Commissions
Dengan CallidusCloud Lightning Commissions, wakil jualan boleh mendapat faedah daripada keupayaan berikut:
  • Menyemak pelan pampasan dan melihat anggaran komisen pada masa sebenar untuk semua peluang di semua tahap.
  • Menganggar dan meramal bayar balik komisen dalam senario urus niaga yang berbeza atau dengan diskaun yang berbeza.
Operasi jualan boleh membuat laporan dan mengubah suai ramalan dengan tepat, memperuntukkan belanjawan, mencipta promosi untuk memulakan perniagaan baharu dan mengubah proses jualan untuk memaksimumkan kejayaan. Mereka boleh mencipta dan berinteraksi dengan laporan daripada papan pemuka tunggal dan tidak perlu menunggu IT untuk mencipta dan mengintegrasi data, serta terus pergi ke pencapaian, prestasi dan butiran bayaran oleh wakil jualan, rantau, atau produk.

Proses pampasan dan bayar balik yang lebih jelas dengan Lightning Commissions membolehkan wakil jualan menyesuaikan kelakuan pada setiap tahap kitar jualan untuk memaksimumkan pendapatan mereka dan hasil organisasi. Dengan peluang yang semakin berubah, wakil jualan boleh memahami impak yang mungkin terjadi pada komisen mereka dengan lebih baik. Kebolehlihatan butiran juga meminimumkan pertikaian pampasan kerana wakil jualan boleh melihat huraian terperinci mengikut produk dan peluang dalam masa sebenar.

Lightning Commissions adalah sebahagian daripada suit CallidusCloud Lead to Money, iaitu suit SaaS yang direka untuk membantu perniagaan memacu penglibatan perusahaan, pengurusan prestasi jualan dan keberkesanan jualan sepanjang kitar jualan dengan perisian awan berbilang penyewa yang telah memenangi anugerah.

“Untuk mencapai keberkesanan, insentif jualan perlu difahami dengan baik. Wakil jualan perlu tahu kesan campuran urusan dan diskaun berbeza terhadap bayar balik mereka. Lightning Commissions menyediakan akses pantas kepada maklumat ini; pengguna tidak perlu meninggalkan Salesforce,” ujar Andres Botero, SVP dan Ketua Pegawai Pemasaran di CallidusCloud.

“Kini, semuanya semakin pintar dan lebih terhubung, syarikat mahu mengubah cara mereka berhubung dengan pelanggan, rakan dan pekerja,” ujar Kori O’Brien, Naib Presiden Kanan, Jualan ISV, Salesforce. “Dengan menggunakan Salesforce Platform, CallidusCloud memberikan cara baharu yang mengujakan kepada pelanggan untuk lebih meneliti komisen jualan dan bayaran balik.”

Mengenai Salesforce AppExchange
Salesforce AppExchange adalah pasaran aplikasi peneraju dunia yang membolehkan syarikat membuat jualan, memberikan perkhidmatan, menjalankan pemasaran dan melibatkan diri dengan cara baharu. Dengan 3,000 aplikasi rakan kongsi dan lebih daripada 4 juta pemasangan pelanggan, ia adalah sumber teknologi awan, mudah alih, sosial, IoT, analisis dan kecerdasan buatan untuk perniagaan yang paling komprehensif.

Sumber Tambahan
Salesforce, AppExchange dan lain-lain adalah antara tanda dagangan bagi salesforce.com inc.

Mengenai CallidusCloud 

Callidus Software Inc. (NASDAQ:CALD) menjalankan perniagaan sebagai CallidusCloud®, merupakan peneraju global dalam penyelesaian jualan, pemasaran, pembelajaran dan pengalaman pelanggan berasaskan awan. CallidusCloud membolehkan organisasi mempercepatkan dan memaksimumkan penerajuan mereka kepada prosesan wang dengan suit lengkap bagi penyelesaian yang mengesan petunjuk yang betul, memastikan pengagihan wilayah dan kuota yang sesuai, mengautomatikkan konfigurasi sebut harga, mempercepatkan rundingan kontrak dan menyelaraskan pampasan jualan yang memacu urusan besar dengan lebih cepat. Lebih kurang 5,700 organisasi peneraju dalam semua industri bergantung pada suit CallidusCloud Lead to Money untuk menyelesaikan lebih banyak urus niaga bagi menjana lebih banyak wang dengan lebih cepat.

Blog: www.calliduscloud.com/salespulse 
LinkedIn: www.linkedin.com/company/calliduscloud
Facebook: www.facebook.com/callidussoftware
Twitter: @calliduscloud@calliduscloudIR
Web: www.calliduscloud.com

©2017 Callidus Software Inc. Hak cipta terpelihara. Callidus, Callidus Software, logo Callidus Software, CallidusCloud, logo CallidusCloud, Clicktools, SURVE, syncfrog, TrueComp Manager, ActekSoft, ACom3, iCentera, Webcom, Litmos, logo Litmos, LeadFormix, Rapid Intake, 6FigureJobs dan LeadRocket adalah tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau tanda dagangan berdaftar bagi Callidus Software Inc. 

Hubungan Akhbar:
Venus Picart
CallidusCloud
(925) 251-2200
pr@calliduscloud.com

Sumber : Callidus Software

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.