Program akan bermula di Nigeria dan berkembang ke wilayah perniagaan di Afrika dan luar daripadanya dalam tempoh tiga tahun seterusnya.
Benua Afrika pada masa ini mempunyai 400 syarikat dengan keuntungan melebihi $1 bilion setiap tahun dan syarikat ini berkembang dengan lebih cepat, serta lebih menjana keuntungan secara umum berbanding rakan global mereka. Digandingkan dengan pemimpin wilayah yang sedang berkembang pesat ini, perniagaan kecil dan berkembang mencipta 80% pekerjaan di benua ini bersedia untuk melebaskan sayap.
Dengan latar belakang ini, menurut Dangote, terdapat kader baru bagi peneraju perniagaan dan dermawan yang bertanggungjawab yang memahami nilai dan potensi pelaburan berskala besar yang mampan di negara Afrika dan dijangkakan boleh memberikan impak yang lebih besar untuk penduduk dan ekonomi benua Afrika.
Pelaburan dalam latihan, penjagaan kesihatan dan kebertanggungjawapan rantai bekalan yang lebih baik telah menunjukkan hasil kewangan terus melalui hasil dalam produktiviti dan keberkesanan, sementara sokongan untuk program sosial telah memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan yang mana membuka ruang asas pengguna yang lebih luas dan tambah memungkinkan penembusan dalam pasaran baru.
Dalam ulasan beliau, CEO Yayasan Dangote, Zouera Youssoufou berkata, “GBCHealth mempunyai reputasi kukuh dalam menyatukan pelbagai kumpulan untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan komuniti. Kami bersedia untuk bekerjasama bagi menyatukan komuniti perniagaan Afrika sebagai pemangkin untuk pembangunan yang sihat dan lebih menyeluruh.”
“Apa yang diperlukan sekarang adalah pendekatan yang menggabungkan nilai maklumat tempatan dan rangkaian yang dipercayai dengan peningkatan platform global dan kepakaran untuk menyokong penglibatan sektor swasta Afrika yang tersusun dan berkesan merentasi benua dan di dalam lingkungan komuniti pembangunan global,” ulas Aig-Imoukhuede.
“Gabungan dibina atas dasar pendekatan perniagaan tempatan ke global yang telah kami bangunkan di Nigeria melalui usaha kami dengan Perikatan Korporat tentang Malaria di Afrika (CAMA). Yayasan Aliko Dangote telah menunjukkan kepakaran dalam melaksanakan program kesihatan berasaskan hasil dalam Nigeria dan di serata benua Afrika. Kami berharap kerjasama kami membuahkan hasil daripada usaha ini ke peringkat global,” kata Nancy Wildfeir-Field, Presiden GBCHealth.
Rancangan terdekat termasuk melantik CEO daripada Afrika untuk ABCHealth dan membina sokongan asas untuk gabungan tersebut bekerja menuju pelancaran pada awal 2018.
Yayasan tersebut telah menyediakan ruang pejabat dan sokongan untuk staf gabungan bagi tiga tahun pertama pembangunan.
“Ianya sebuah projek besar dan bercita-cita tinggi,” kata Dangote, “tetapi hanya dengan cara ini, Afrika mampu untuk maju ke depan dalam mengambil langkah yang berani, berfikir dengan lebih meluas serta melakukan sesuatu bersama – menghapuskan silo, bekerja merentasi sempadan, sektor dan di antara satu sama lain.”
Diedarkan oleh APO bagi pihak Kumpulan Dangote.SUMBER : Dangote Group
Hubungan Media:
Francis Awowole-Browne
Francis.Awowole@Dangote.com
+234 806 630 4898
--BERNAMA